Showing posts with label Randomness. Show all posts
Showing posts with label Randomness. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Salam 1Ramadhan

Assalamualaikum wbt

cukup menjengkelkan tak tajuk? sebenarnya tajuk taklah se'annoying' perkataan menjengkelkan tu sendiri kan? semalam tengok berita rtm dia cakap macam tu. membuatkan diri ini terpinga-pinga eh dah masuk bulan puasa ke? kalau 30 hari puasa kena cakap salam 30ramadhan ke? 

selalu dengar macam tu. instead of memberi salam dengan betul iaitu Assalamualaikum, pengantara/pembaca berita/pengacara majlis/pengulas sukan/pembancuh air lebih suka memilih perkataan salam 1malaysia. suka buat penonton rasa keliru sama ada nak jawab salam dengan waalaikumsalam atau apa??



penat membebel. *kesat peluh*



SELAMAT BERPUASA SEMUA!






tiba-tiba.




Tuesday, July 12, 2011

Mak enon ke hospital besar.

Semalam aku cuti. tapi itu bukan topik utamanya. topik utamanya ialah:

kenapa aku ambik cuti?


ok still takde sapa nak heran sebenarnya. sob sob. hari sebelumnya aku ke klinik swasta, bukan semata-mata untuk dapatkan mc okeh. taulah muka aku muka mc. aku pergi atas nasihat orang keliling yang prihatin tengok aku asyik mc tiap-tiap bulan (padahal orang perli.tapi takpe heh). aku ke hospital besar keesokannya selepas dapat recommendation oleh doktor klinik swasta. jadi ini adalah pengalaman kedua aku berurusan dengan klinik/hospital kerajaan. dulu dah pernah ke klinik daerah (sebelum ditukar jadi klinik1malaysia). nama je bertukar, sistem tetap lambat jugak. ada ke orang tengah ramai campur dengan aku yang tengah senggugut tahap kritikal, boleh tiga-tiga M.A bertugas keluar hisap rokok dan makan secara berjemaah tepat-tepat jam 10pagi? sebel betul.

jadi semalam dengan berbekalkan cerita dari pelbagai versi tentang apa penyakit aku ni, aku melangkah dengan malasnya umpama mengheret sebijik kereta kebal ke hospital. tengok orang keliling terus senyum sampai ke telinga. amik nombor giliran dan duduk. mata jangan cakaplah memang bekerja keras tengok orang lalu lalang. dalam hati duk heran kenapa dina (officemate / memang nama sbenar) cakap kalau nak pergi spital kena awal pagi kalau tak memang berjanggut ah tunggu lama. tapi ni apahal tak sampai 10 orang pun? terus rasa diri sendiri diva sebab tak payah tunggu lama.

lepas 10minit, tiba-tiba gangliosida membantu otak berkembang walaupun dengan lembap. aku perhatikan semua orang yang masuk jumpa doktor mesti bawak anak/baby. saat itu barulah aku sedar...cissss macamana boleh salah masuk unit kanak-kanak nih? *malu*

nasib baik takde yang perasankan aku time tu. haha. dah memang dasar bodoh sombong, tak tahu tapi taknak tanya. kan dah kena.dah padan muka. eh macam pantun. dah tua tapi perasan muda. *sambung berpantun* sebenarnya dulu aku pernah temankan wife bos ke hospital untuk checkup anak dia, jadi unit ni je la yang aku tahu. kahkah.

dipendekkan cerita akhirnya sampailah aku kat unit pesakit luar. makk datukkkkkkk! aku tengok orang yang menunggu dah macam konsert gig tv9 je. punyalah ramai. dalam hati dah was-was nak tunggu ke tak. tapi alang-alang dah datang aku gamble tunggu je. kot tak lain tahun pulaklah nak datang balik kan? jadi dengan penuh tawaduk dan kesabaran yang TINGGI aku pun tunggulah. tinggi betul kesabaran sampai kena bold dan capslockkan. masa daftar kat kaunter dan bayar singgit aku tanya makcik misi tu doktor laki ke pompuan? misi tu jawab sambil tangan buat-buat sibuk menulis "sama je laki dengan pompuan!". makcik misi ni garang tau. tanya pun tak boleh.

bila dah sampai giliran aku pun masuklah bilik rawatan dan terus tunjukkan surat recommendation tu. hmmppp doktor lelaki rupanya. malulah aku nak cerita hal-hal kewanitaan ni. aku kan wanita melayu terakhir. haha. lepas dapat hadiah injek dari doktor tu aku pun keluar. tak sampai seploh minit pun jumpa doktor. tunggu kemain lama lagi. alhamdulillah doktor cakap takde masalah apa-apa cuma darah rendah je. pastu doktor pesan jangan stress2. yeke aku stress? macam tak je. emo je lebih. hahaha.

kepada anda-anda di luar sana kalau teringin nak pergi hospital besar pastikan seawal subuh lagi anda dah terpacak depan pintu masuk. kalau tak sila bersedia untuk sms bos anda untuk mintak cuti sebab walaupun waktu rawatan hanya 10minit, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam untuk dapatkan rawatan. itupun kalau tak salah masuk unit kanak-kanak.

babai.



PosLaju : kasih sayang tak perlu ada jadual berkala, tak perlu ada had masa dan tak perlu tarikh luput. sakit bukan hanya datang semasa weekdays. weekend jugak boleh tahu? -budakemo-

Wednesday, June 22, 2011

Budak Cacat

Salam,


budak cacat tu aku. bukan nak ejek sapa-sapa. memang tu gelaran turun temurun dari zaman sekolah sampai uitm. aku tak tahu macam mana diorang boleh panggil aku macam tu. aku normal apa.

dulu masa sekolah menengah aku pernah masuk asrama kejap. bila masuk asrama ni mulalah bergaul dengan macam-macam jenis orang. yang paling aku ingat aku kawan dengan satu kakak senior, orang panggil kak nik. kak nik ni memang baik sangat-sangat. dia yang teman aku gi mana-mana. pergi-balik prep sama-sama, makan kat dining, outing macam macam lagilah. tapi dia jugak yang mula panggil aku dengan nama tu. kak nik kata aku 'pelik' tak macam budak budak lain. pelik macam mana? kak nik kata aku suka buat benda yang orang lain jarang buat. contoh :

mana ada orang mandi jam 3 pagi dan standby untuk ke sekolah esok semata mata taknak berebut bilik mandi pagi-pagi? 

mana ada orang jatuh tangga tiap-tiap minggu siap dah khatamkan semua tangga kat sekolah tu termasuk tangga bilik pengetua sekali?

mana ada orang skandal dengan ustaz praktikal sampai 3 orang sekaligus?

mana ada orang berani marah cikgu disiplin sampai kecoh satu sekolah? (erkkk ni aku hangin sebab cikgu tu tuduh aku bawak majalah kat asrama tapi sebenarnya orang lain. siap marah aku depan 3 skandal ustaz praktikal lagi tuh. jeles lettew!) yang jadi kecohnya sebab cikgu bi aku jumpa kertas yang aku marah-marah kat cikgu disiplin tu. boleh passing2 plak kertas tu kat budak kelas aku heh. eh terexplain pulak)

tu semua kisah zaman budak-budak baru nak up, memang rare. tapi dulu aku baik. sumpah tak tipuuuuuuuu...tapi yang aku peliknya bila masuk matrix kat sepang, ada seorang member seapartment dengan aku (kitorang dulu duduk kat apartment ok) nama dia mira pun panggil aku budak cacat. padahal mira tu budak bukit katil, melaka dan dia bukan kenal pun budak sekolah aku jadi macam mana dia boleh panggil aku macam tu? aku pernah tanya dia tapi aku tak ingat apa jawapan dia. tua betul.

lepas tu masuk uitm. punnnnnn melekat lagi nama tuh. kuat betul guna gam. cap uhu la tu. *tiba-tiba.

yang ni pun aku tak tahu apa reason mereka. takde sorang pun budak matrix aku masuk uitm dungun skali dengan aku. budak sekolah ada la sorang dua tapi amik diploma. memang sah-sah la tak geng kat uitm. jadi bila semua tempat aku pergi semua orang asyik panggil gelaran yang sama je, buat aku terfikir : BETUL KE AKU BUDAK CACAT? hahahha takleh blah tanya diri sendiri. kesian tau mak ayah aku lahir anak normal korang panggil camtuh.

tapi kan sekarang ni walaupun kat tempat kerja ni takde sapa pun panggil aku camtu, aku pulak yang terasa kat diri sendiri. bukanlah rasa diri sendiri oku pastu terus nak daftar kat jkm semata-mata nak senang dapat parking kereta. ada beberapa insiden yang menyebabkan aku berfikir sedemikian. antaranya :

kejadian 1 :

aku baru lepas beli hadiah kahwin sepupu kat satu kedai eletrik. lepas dah bayar semua adik yang kerja kat kedai tu baik hati tolong bawak benda alah tu ke kereta. aku tekan alarm. senyap. tekan kuat sikit. sunyi. tekan-tekan lagi. bisu. aku tengok adik tu, 'alarm keta ni memang gini, susah sikit'. adik tu senyum je, dalam hati mungkin dah maki aku sebab barang yang dia bawak tu berat. sambil tekan-tekan alarm aku pandang keliling. nuuuuuunn di seberang sana aku nampak ada satu lagi myvi oren. aku tengok no plat. owh kereta aku kat sana rupanya. aku tak pandang muka adik tu, terus jalan laju-laju bukak bonet dia letak barang dan aku pecut balik rumah sambil sorok muka dalam baju.


kejadian 2 :

kalau kat opis ni aku jadi tukang beli makanan tiap-tiap pagi untuk staf perempuan. kira macam dah termasuk dalam job scope aku dah. tapi aku tak kisah sebab aku tak suka orang belikan untuk aku nanti tak kena selera aku takkan makan jadi membazir. eh dah melalut. jadi pagi hari tu macam biasa aku pergilah kat kedai yang biasa aku beli tiap-tiap pagi. lepas dah bungkus semua, dengan dua tangan penuh dengan makanan kiri dan kanan aku tekan alarm. punyalah susah nak buka pintu sebab tangan dah penuh tapi aku usaha jugak. tapi tetap takleh bukak. pastu aku tengok kat seat belakang tu ada novel yang aku beli bulan lepas tapi aku pelik sebab aku dah ambik letak dalam bilik. kenapa boleh ada kat situ balik? dan saat tulah aku terdengar satu suara sumbang, 'kak, alarm kereta ni yang bunyi tadi.' aku dah merah muka. cepat-cepat masuk dalam kereta, start enjin, reverse dan pecut. oh masa reverse tu baru aku perasan kereta sebelah yang aku nak bukak pintu tadi kereta bmw sebenarnya. niza oh niza, TAK RETI NAK BEZA KE ANTARA SAGA DENGAN BMW??


kejadian 3 :

ingat lagi tak? kelik!


dahlah, aku dah fobia sekarang nak parking kat mana-mana. terus rasa nak apply kad oku dapat parking special. sekarang ni lantaklah nak panggil aku apa pun. janji semua bahagia.

***

malam tadi aku dapat tengok kl gangster. heh. lepas dah penat membebel baru boleh tengok. memang tarbaekkk!(cakap macam makcik dalam iklan polident). aaron aziz memang auummm lah! zizan pun. tiap kali scene dia memang pecah perut. tapi mamat sebelah ciknecr memang annoying giler. suka gelak kuat-kuat bila ada zizan padahal zizan belum bukak mulut lagi. satu je yang aku tak puas hati, apahal harga tiket citer melayu sampai rm12 hengget?!



babai.

Monday, June 6, 2011

Kata-kata penyejuk badan. Lebih bagus dari air cap badak.

bila tengok recent post dari blogger femes hamis jalikha tentang please teach your child a simple please & thank you, aku terasa. dan mula berfikir, dalam sehari berapa kali aku ucapkan thank you pada orang sekeliling? even pada pak guard yang hulur kunci office tiap-tiap pagi pun aku cakap terima kasih bila mood okey. tapi biasanya jarang mood aku okey pagi-pagi. hahaha.


berapa ramai di kalangan kita semua yang begitu rendah hati dan ikhlas ucapkan three miracles words : I AM SORRY, THANK YOU, PLEASE setiap hari? jarang kan? (merujuk pada diri sendiri). pernah dalam satu meeting bersama bos kecik dulu, dia cakap orang melayulah yang paling susah nak cakap those three words. ada orang tolong bukakan pintu, kita angguk dan senyum je. berat sangat mulut nak cakap TERIMA KASIH. nak nampak urban sikit cakaplah THANK YOU. tak pun nak nampak gedik boleh je cakap THANXXX YEWW.


kalau nak minta tolong orang, bagi arahan macam bos-bos. 'gambit, belikan aku nasik dua bungkus. nanti gaji aku bayar.'  susah sangat ke nak cakap, 'gambit, TOLONG belikan aku nasik dua bungkus. kau belanjalah, kau kan pengarah video muzik terkenal.'


bila kena marah dalam meeting selalu je buat muka toya. tarik muka sambil tunduk sampai hidung nak cecah meja tapi tangan bawah meja text kat officemate kutuk bos. apa salahnya bila bos habis mengamuk tengok muka bos dan cakap 'SAYA MINTA MAAF bos, saya janji akan tingkatkan bil internet sales target kita'. kan sejuk hati bos tu?


semua contoh-contoh ni merujuk pada diri sendiri ye. kalau ada nak terasa tu silakan. haha. tapi serius aku rasa akulah orang yang paling susah nak cakap bukan saja tiga perkara tu tapi semua yang melibatkan luahan perasaan. ini hanya ucapan yang keluar dari mulut saja ye. kalau setakat nak taip kot sms ke, email ke 956458652 kali pun semua orang boleh buat. kenapa ya kita (baca : aku) susah sangat nak ungkapkan penghargaan kita terhadap orang lain?



yes. kerana ego. aku selalu rasa tak payah kot cakap semua-semua tu sebab orang lain akan faham yang aku cakap TERIMA KASIH dalam hati. boleh??? tak pun aku akan cakap TERIMA KASIH melalui perbuatan. kalau dia bagi aku karipap separuh bekas dia makan, esoknya sebagai balasan TERIMA KASIH aku akan bagi dia karipap sebijik pakej dengan plastik. mulia kan?


selalunya bila ada sesiapa yang bagi hadiah atau apa-apa je, sama ada aku akan say THANK YOU accidentally ataupun memang takde langsung. lima minit lepas tu baru teringat dalam hati eh aku tak cakap TERIMA KASIH lagi eh. tapi memang tak ah kalau lepas lima minit baru nak cakap kan? jadi aku akan tunggu bila dah sampai rumah lepas tu sms ' oh SORRY, lupa nak cakap TERIMA KASIH tadi'. nampak tak game dia kat situ?






seumur hidup aku belum pernah lagi aku cakap I LOVE YOU pada mana-mana manusia kat dunia ni. kalau ada yang claim aku pernah cakap camtu pada dia mungkin masa tu aku tengah tidur pastu mimpi kapel dengan seth tan kot. dulu masa bercinta dengan monyet pun kalau habis sayang aku cuma cakap rindu-rindu je. hahahha gedik. takde masa nak saya sayang awak/i love u nih. buang masa kata ko...


bila dah tahu kekurangan diri macam ni, aku akan cuba untuk perbaiki untuk masa akan datang. ingat tu, aku AKAN cuba. taklah, kita semua patut harus wajib kena buat. jangan cuba-cuba. mungkin boleh praktikkan tagline amir rajalawak dulu kot. tapi tolonglah jangan paksa-paksa. memang sampai tahun 3030 pun aku takkan cakap kalau kena paksa. deal?




kalau susah sangat boleh try nyanyi lagu ni dulu. hafal korus pun takpe.



PosLaju : betul kata hanis, masa keciklah patut kena ajar. kan dah susah kalau tua bangka macam ni baru nak belajar semua tuh. haih!


Saturday, April 9, 2011

Hari ni aku begini, esok aku begitu



Hari ni aku sentap, esok aku kata it’s ok
 
Hari ni aku maafkan, esok aku ungkit semula

Hari ni aku lapang, esok aku sibuk

Hari ni aku senyum, esok aku mencuka

Hari ni aku tak kisah, esok aku minta balasan

Hari ni aku kenyang, esok aku lapar balik

Hari ni aku sayang, esok aku benci

Hari ni aku diam, esok aku bising

Hari ni aku terima seadanya, esok aku kata mana boleh macam tu!

Tak semestinya hari ni aku jahat, esok tak boleh jadi baik kan? 


PosLaju : Manusia berhak untuk berubah.

Saturday, April 2, 2011

Konsert Tirai AF

Malam tadi ada konsert tirai af9. boooooooooooooooooooo kat diri sendiri. apa barang layan af sekarang nih. american idol barulah urban. tapi sebab yang booo tu adalah diri sendiri jadi sila abaikan. bak kata pasha sandha "saya tak kisah apa orang nak kata yang penting saya happy".

serius aku kesian tengok budak2 af semalam. macam-macam suara yang keluar. angsa, itik , wonderpet cukup lengkap. paling kesian tengok adik diddy. memang patutlah dia tak dapat masa af4 dulu. aku tak tengok sampai habis pun konsert tu. yang orang cakap ada sorang nyanyi lagu korea tapi bunyi macam nepal tu aku tak tengok. tak sanggup nak seksa telinga lagi.

tang pengacara pun boleh tahan. buat macam konsert solo dia nak terkinja-kinja. tapi takpe, nasib baik ni af terakhir (iyolah tu) tahun depan dah takde. dahla konon buat gimik pasal pengetua tapi gimik tak menjadi hahaha. sorrylah paknil, terkutuk pulak. tulah sapa suruh kutuk zizan dulu hahahaha balas dendam.

tak kisah korang nak layan cerita apa pun yang penting korang happy. macam aku memang happy pun. sebelum tengok af aku layan imam muda. seimbang kata ko.

Assalamualaikum. (efek imam muda)

Wednesday, March 23, 2011

April's wishlist

Biasanya orang buat wishlist ni bila akhir tahun @ awal tahun. tapi aku nak buat untuk bulan april. kenapa april? sebab bulan ni tinggal dua tiga kerat je lagi dan bulan depan ialah bulan april. kalau bulan depan bulan 10 maknanya tajuk entri ni akan jadi october's wishlist. faham?


1) My Girlfriend is A Gumiho's dvd


 Dah namanya kipas susah betul nak mati mestilah letak dalam wishlist paling atas. aritu jumpa satu link untuk download full episode tapi sebab bokben macam dah merajuk sebab dua bulan tak bayar jadi jangan mimpi nak tengok semua episod. dapat tengok trailer pun dah besar rahmat. harus lipat gandakan usaha untuk mencari di luar sebab kemaman macam dengki lsg sebab tu sebarang cd/dvd lsg diharamkan masuk kawasan kemaman.


2) The Body Shop Vitamin E Face Mist



Aku duk ngidam benda alah ni rasanya dah dua tiga bulan tapi tak dapat-dapat. Tak tahu kenapa outlet bodyshop dekat sini macam hampeh. dua tiga kali pergi pun tetap takde. yang last aku pergi aritu tak sempat nak survey dah ada ke tak sebab dah tak ingat yang aku nak benda ni. dulu ingat nak try yang mac punya tapi sebab first time nak guna jadi rasanya elok beli yang murah dulu. worth trying. worth trying la sangat...cakap jelah mac tu mahal aku tak mampu hahahahah.


3) External hard disk


Aku perlukan satu external hard disk berkapasiti 250gb or above yang semestinya comel (dan murah). Hard disk yang ada sekarang umpama hidup segan mati tak mahu, tak boleh nak komplen lebih-lebih sebab yang tu pun ihsan dari adik aku. maklumlah dia tahu kakak dia kedekut tak mampu nak beli, jadi mana-mana yang dia tak pakai dia bagi aku. sekarang ni tengah survey dekat mana ada jual yang murah dan praktikal. ada cadangan? siapa yang cadangkan lowyat akan kujontos kepalanya laju-laju.


4) Chocolate indulgence


Eleh kek ni pun nak mengidam jugak ke? kata rumah dekat dengan SR, kalau order dari rumah pun berdesup sampai delivery. eh mestilah. kek bukan macam nasik yang kau kena kedarah hari-hari. hanya pada occasion penting je boleh makan. contohnya birthday party anak bff yang lahir 14 April ni ke ataupun birthday bff pada 19 Feb tapi dia beli pun kek ni. tapi kalau hari-hari ada orang nak belanja, yang tu pun termasuk dalam occasion penting. rezeki jangan ditolak. siyes rugi.


Mulanya nak tambah lagi list ni tapi nanti nampak macam tamak pulak. lagipun awal-awal dah tahu semua list tu takkan tercapai kecuali no. 4 sob sob.. kenapa? sebab april ni 2 kereta menunggu untuk diroadtaxkan.


babai wishlist.





Tuesday, March 22, 2011

Boyfriend baru

Hari ni hari pemalas. hari takde mood. eh bukan hari-hari ke aku pemalas dan takde mood? bhahahaha.


Sana-sini orang duk cerita pasal miera liyana. apek jual ikan pun dah kenal. adik-adik yang nak glemer cepat jangan pulak terjah kedai jahit suh buat baju cenggituh. banyak lagi cara lain nak glemer. masuk mentor contohnya. bukan saja dapat masuk tv, siap dapat kerja lagi.


Semalam aku mc (lagi?) sebab sakit perut. ni bukan sakit perut yang kena berlari ke tandas sebab takut tercirit ataupun yang macam period cramp tu. bukan. ni sakit yang macam elok je aku parking kereta depan office nak bukak pintu tiba-tiba perut jadi keras. otomatiknya aku tak boleh bergerak. perut keras dada senak. lama juga bertafakur depan office untuk neutralkan balik perut tu tapi tak berkesan. last-last terpaksa amik keputusan untuk give up. terpaksa ok. minta maaflah sapa-sapa yang terpaksa follow belakang kereta sorong pancit tayar semalam. kalau orang tengok mesti ingat siput babi yang bawak kereta tu. slow macam harem.


petang housemate balik dapat makan jemput2 (lagi??). sejak dua menjak housemate dah pandai buat air asam ni jemput2 macam dah jadi makanan ruji. life setiap hari pun macam tu. mendatar je. tiap-tiap hari ulang buat benda yang sama. pagi pergi kerja, petang balik kerja, tengok citer nabila-gio, sambung cinta sempurna, sambung lagi citer nazril buta. malam kalau rajin tengok berita dan csi, housemate dah membongkang tido. cuma semalam je semangat dia lain. kemain nak tengok asmara dengan semangat berkobar-kobar taknak tido. last-last aku sorang menganga depan tv. housemate? terbongkang kat tepi aku. elok jugak dia tido sebab nanti emosi dia terganggu kalau tengok asmara yang selalu emo tuh. tengok berita kul8 pun dia leh nangis ni kan pulak tengok asmara. kalau pasal tsunami jepun tu bolehla consider, tapi ni berita pasal politik apahal nak nangis merah2 mata??



PosLaju : entri macam takde hala tuju. sekian.

PosLajuLaju: oh ya, malam tadi mimpi dapat boyfriend baru. pakej sekali dengan nenek. aku pun tak faham apa maksud mimpi camtuh.

Tuesday, March 8, 2011

Bertukar password emel,facebook dan blog antara pasangan. Perlu ke?

 Nampak question mark pada tajuk? tak perlu tergesa-gesa menjawab, sabar dulu.

perkara ni terlintas di fikiran aku beberapa hari lepas bila aku update status kat facebook pasal orang curi-curi baca sms di henfon. tapi bukan tu yang aku nak bebel hari ni. cerita pasal lain cuma konsepnya tetap sama. berkongsi privasi.

kalau antara pasangan (kita cakap tentang pasangan girlfriend boyfriend ok bukan suami isteri) mungkin ada yang anggap bila kau jadi boyfriend/girlfriend aku semua benda hak milik kau akan jadi hak milik aku. jadi bila orang sms kau maknanya orang tu sms aku juga. aku ada hak nak baca sms kau. ni contoh saja. tapi....



betul ke?

..........................

budaya bertukar password antara pasangan ni dah wujud dari dulu. belum zaman friendster dah ada orang buat macam ni. sesetengah orang mungkin rasa kewlll gilewww mengaku dengan kawan-kawan dia yang password facebook pakwe ada dalam kepala otak dia. kadang-kadang siap tolong updatekan status sekali. pastu log in balik guna account sendiri dan komen. huehuehue.

sebenarnya benda ni pada aku tak ada masalah langsung. setiap orang ada pendapat masing-masing (ayat klise pasha sanda jawab soalan reporter) jadi terpulang pada individu itu sendiri. aku cuma bercerita dari sudut pandangan aku yang selalu memikirkan kewajaran perlu ke sistem pertukaran password ni antara pasangan bercinta.

First kita tengok kebaikan dia dulu. awal-awal mestilah baik-baik saja.

...

untuk pasangan yang rasa insecure sebab dapat pasangan yang terlampau hensem/cantik, perkara ini memang diwajibkan. nak-nak kalau pasangan korang tu selebriti popular, ketua pengawas sekolah, ydp mpp, ketua kelas tingkatan 1 Bijak atau ketua pasukan bola sepak kolej. peratusan untuk ditinggalkan adalah tinggi memandangkan pasangan mempunyai terlalu banyak pilihan. jadi dengan adanya senjata password ini korang bolehlah kontrol sikit dan tengok kot-kot ada awek cun add pakwe korang kat facebook terus boleh reject  tanpa belas kasihan. mesti pakwe korang pelikkan sebab dalam friendlist ada dekat 4000 tapi semuanya lelaki. apehal?


kejujuran. bila bertukar password menunjukkan kita jujur pada pasangan kita dan takde benda yang nak disorokkan. clean and clear. tak payah takut-takut pakwe tahu rahsia korang curi-curi fb chat dengan bekas pakwe. gembiranya hati bila hidup senang camni bukan hidup dalam ketakutan dan percaya kejujuran kunci kebahagian sebuah perhubungan bukannya kebahagian dalam perpisahan *tiba-tiba teringat shahir*.

jom kita cekidaut disadvantages dia pulak.

first, ofkos akan mengundang perbalahan antara pasangan. setiap orang ada sejarah masing-masing. walaupun dah putus tak semestinya tak boleh berkawan betul tak? bila dah jadi macam ni pasangan kenalah terima hakikat bahawa tak ada salahnya kalau tiba-tiba ex pakwe/makwe korang add di facebook ataupun komen pada status sebagai seorang kawan. pasangan tak bolehlah marah atau tiba-tiba tarik muncung patbelas off henfon taknak cakap lancar mogok etc etc kan? chill ok.

tak ada privasi. kalau semua benda dah dikongsi apa lagi yang tinggal untuk kita? kemain excited buka cerita kat pakwe :

sayang tadi i tengok video kat fb i seram gilerrr u. i tengok sambil pejam mata lagi. nanti i tag u video tu eh.

TAK PAYAH. I DAH TENGOK. I BUKA FB U PAGI TADI. MAMAT MANA TAK PAKAI BAJU ADD U TUH?


kecewa tau tak?


.....
 
keburukan yang paling ketara sekali ialah kalau jodoh korang tak panjang, sanggup ke buat account baru? sekali dua mungkin ok. kalau asyik on and off lima nam belas kali? dengan orang berlainan pulak tu hahaha eden tak sanggup eh.

aku bernasib baik sebab belum pernah pakwe/ex pakwe mintak password2 segala macam ni. mungkin dia takut kalau dia mintak aku akan mintak dia punya jugak. punahlah harapan dia nak main mata dengan naib pengerusi kelab pemasaran tu kan? opps! terlebey suda...


lastly,



siapa nak tukar2 password aku sila angkat lutut!




PosLaju : kepada semua yang bertanya sapa makhluk yang baca sms di henfon aku tu jangan risau. takde kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sedang nazak. baik bacakan surah Yasin pada yang nazak tu lagi elok. dapat pahala.

Thursday, February 10, 2011

Telinga berasap. PEDAS.

Assalamualaikum.

Konon hari Jumaat terus bagi salam. heh. Hari ni semangat bertanam-tanaman belum lagi habis. Ingat tak pasal aktiviti semalam? Sebenarnya selain daripada pokok kaler turquoise tu aku ada beli satu lagi jenis pokok. Yang ni untuk letak kat rumah pulak. Nak tau pokok apa?

Jeng jeng jeng!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok cukup. Tak saspen pun okeh.

Sebelum tu nak tunjuk yang ni dulu.


nampak sudu kat tepi tu? Ni bukan ubat ye adik2, ni baja.





Try me

 Inilah pokok yang aku beli. Namanya Capsicum frutescens. Tak pernah dengar? Susah nak sebut? Tak pe sebut saja cili api atau cili padi atau lada jarum atau lada tunggeng (hahaha kan buah dia memang terbalik). Macam kecoh je kan padahal beli pokok cili je. Sebenarnya ni kali ke 5647 aku cuba nak tanam pokok ni tapi tak pernah menjadi. Orang kata biar start dengan yang senang-senang dulu pastu kalau nak tanam pokok getah ke durian ke senang ah.

Semangat tau bangun-bangun je pagi terus terjah PC aku ni. Comel tak panggil pokok cili PC je? koya. Tokey semalam cakap letak baja 2 sudu je jangan lebih nanti pening pokok. Teringat bila aku tanya spokesperson tu pedas tak cili ni. Dia cakap amik ah try makan satu. pfffffttt.

Korang tolong doakan ek PC aku ni hidup subur aman damai cepat membesar dan banyak hasil. Nanti kalau buah lebat aku bagi la sorang satu buat kudap masa tengok berita jam 10.


BABAI.


Lets go green pink purple and yellow guys!

 Lets go green guys!

Bunga dan perempuan ibarat shopping dan atm card. Dua-dua saling MEMERLUKAN. Tak ada salah satu memang cacat. Sangat cacat. Sebab tu orang dolu-dolu bagi perumpamaan (susah betol nak eja) perempuan ni ibarat bunga.

Ali : Makcik, saya datang nak memetik sekuntum bunga di taman makcik, boleh tak?
Makcik : Sorry nak, rumah makcik bukan nursery. Go and find another place.

See?


Agak-agaknya kenapa tok nenek kita dulu buat perumpamaan (sumpah susah nak eja) macam tu? Adakah kerana perempuan ni memang cantik macam bunga atau pun bunga cantik macam perempuan? Kalau bunga taik ayam?*sentap* Oh hari ni aku baru tahu selain ayam, ada juga bunga taik itik. Memang competitor betul.


Hari ni office buat aktiviti menyihatkan staf-staf dia. Ya menyihatkan dari segi berpanas terik menanam pokok/bunga/pokok bunga/rumput. Nama aktiviti tu ialah TANAM POKOK ATAU BUNGA UNTUK HIJAUKAN KAWASAN SEKITAR SEBAB KITAKAN PENTINGKAN SAFETY JADI HIJAU TU SEBAHAGIAN DARIPADA SAFETY. ke safety tu kuning? hahahhaa

Setiap staf diwajibkan (wajib eh?ramai je xbawak tadi huh) bawak satu jenis pokok/bunga untuk ditanam. Jadi aku berhempas pulas la merayau meraban cari nursery tengahari tadi sebab aktiviti tu start petang sikit. Memang sengaja nak bagi semua orang perasan duk kat Amerika sebab kulit jadi tanned. Mula-mula pergi yang kat geliga otak tapi macam sikit sangat pokok dia so susah nak buat pilihan. Then pergi kat buah binjai pulak. Yang ni ok sikit sebab tahun lepas punya aktiviti pun aku cari kat sini. Tokey dia cina muka ketat je susah senyum tapi baik sebab banyak bagi tips nak tanam camne-camne kan. Assistant dia stok geng-geng marshanda baim wong ashraf sinclair (eh?) suma-suma tuh. Indonesia mali la. So dia la yang duk ikut aku tengok-tengok sambil-sambil explain sikit tu pokok apa, bunga apa, letak tengah panas ke tak macam-macamlah. Agaknya tokey tadi lantik dia jadi spokesperson kat situ kot. Ada jugak bila dia cakap sepatah haram aku tak faham. Bila aku tanya banyak kali mintak dia explain dia marah marah pulak. Eh lek ar derr..wa customer kan? hahahah bajet.

Tapi kan serius bila masuk dalam tu rasa hijau je pandangan aku. 'eh memang ah pokok daun-daun tu suma hijau gelabah ah dia nih'. Takkk maksud aku damai je perasaan bila masuk dalam tu. Tengok baaaaanyak gila pokok bunga cantik-cantik siap dengan lanskap jadi aku terus wahhhh teruja gitewwww.

Gila tak cantik kan?  






Kesukaan ramai. Cik orkid


Macam kat korea kan? *tiba-tiba*


Kenapa kebanyakan bunga kaler pink je eh?
Lavender.Purple y'all.


Eh kuning pun cantik kan?


Banyak lagilah sebenarnya bunga yang aku snap tapi tak larat nak upload satu-satu sebab bokben macam jadah apa malam ni, taula malam jumaat tak payahlah tunjuk perasaan kat aku. Eh perasan tak aku cuma mention bunga yang glemer-glemer je kan? Akak spokesperson tu ada citer nama satu-satu tapi biasalah RAM aku lambat sikit jadi tak dapat tangkap apa dia cakap.

Untuk office ni aku takdelah beli bunga-bunga ni semua sebab cerewet sangat nak jaga. Kang satu kerja pulak nak mengadap dia je sampai kerja tak jalan. Jadi aku pilih pokok berdaun yang tak berbunga (kalau tak faham buat-buat faham) sebab senang nak jaga. Buh baja then siram.


Ni antara pokok berdaun yang tak berbunga yang cantik-cantik kat sana :







Cuba teka pokok apa? Tomato? nehi nehi

Jakun tengok pokok cili purple. Comel.


Tepat jam 4.30 petang janji melayu bermulalah aktiviti men'tanned'kan kulit. Peranan aku? ohh mestilah piilih yang paling tough sekali. Aku jadi cameraman hikhik. Dan balasan untuk orang sengaja pilih kerja paling senang ialah dah abis tanam-tanam semua nak balik kerja baru aku perasan takde satu pun gambar aku dalam tu. uwaaaaaaa T______T.


Semangat.   

Semangat tak hengat.
 

Pokok akueww!!

Aku beli pokok yang ala-ala turquoise color gitu. feeling chantek2 lah kononnya. Mulanya ingat nak beli pokok getah ke balak ke kan. Mana tau akan datang boleh generate income untuk company kan? hahaktuih.

Jadi marilah kita (macam baca ikrar pulak) bertanam-tanaman untuk menghijaukan kembali bumi kita ni.


Till then, BABAI.



PosLaju : Ok ayat aku semua perempuan suka bunga tu tak boleh pakai sepenuhnya sebab ada juga yang tak suka bunga. Bunga @ interest apatah lagi kan? Tapi cuba kalau suami/bf bagi sejambak besar bunga kat kita mesti cair meleleh-leleh jugak kan?