kalau dulu menu tetap mingguan yang terlintas bersama housemate ialah tomyam, sup ayam masin dan juga bubur nasik tapi sekarang chef dah improved. nak juga bersama housemate sebab kalau tak sedap taklah tebal sangat perasaan bersalah tu.
mihun rasa macam hailam tapi kaler putih *panjangnya nama*
housemate dah kretip abis dah ni
nasi ayam madu stok untuk weekend
trifle (cubaan pertama)
trifle cubaan kedua
tu je antara menu yang sempat disnap sebelum dikendurikan. menu-menu lain ialah mee kari kembang (kembang sebab ralit tengok safiyya tak perasaan tengah celur mee), mee rebus, mihun hailam hitam tapi rasa macam tomyam dll. wahh dll macam banyak benor.
Alhamdulillah hari ni dah hari ke11 kita puasa. eh bukan kita sebab aku puasa baru 9 hari heh. memang dah macam kebiasaan bila masuk je bulan puasa menu makanan setiap hari akan bertukar-tukar dan berganda-ganda. dah takde stok maggie rendam air panas atau pun tumis sardin dan telur dadar. puasa bai, apa kelas maggie2 ni suma? cehh.
puasa tahun ni nafsu memasak begitu membuak-buak tak macam tahun-tahun lepas. yelah, kalau tahun lepas pasar ramadhan dah jadi macam rumah kedua masa bulan puasa. semua benda nampak MACAM sedap, semua benda nak beli, semua benda nak try. kesudahannya tersadailah makanan tu malam karang. masing-masing perut dah boyot, jeling je tengok makanan tak habis. membazir kan?
tahun ni alhamdulillah...boleh dikata hampir setiap hari aku dan housemate akan memasak. hampir setiap hari tuh. disebabkan weekend adalah hari cuti maka kami isytiharkan cuti memasak untuk diri kami jugak. hehe. jadi weekend memang haruslah menerjah makanan di pasar ramadhan.
kenapa aku rajin masak tahun ni? well... taklah rajin sangat. disebabkan ada geng memasak jadi kira semangat sikitlah. kenapa? ingat surau dan mengaji je ada geng? *sangat tiba-tiba* selain daripada boleh berjimat, kita jugak boleh mengasah skill memasak yang tak berapa ada di sepanjang bulan puasa. kan best tu 30 hari puasa boleh masak 30 jenis lauk pauk yang berbeza. selain tu bila kita masak sendiri, senang nak makan banyak makanan yang dimasak dijamin kebersihannya berbanding makanan dari luar. aku dengar orang perbandaran cerita ada gerai minuman yang cedok air dari tandas awam untuk dijual ke orang ramai di pasar ramadhan. sangat yuckkkks okey!
sepanjang dua minggu ni, aku dan cik housemate dah masak pelbagai (wah hiperbolanya) jenis lauk pauk. tapi yang simple-mimple jelah. kalau nak cari ikan siakap 68 rasa ke, ketam goreng berlado ke, memang taklah kan. walaupun taklah sesedap mana tapi agak-agak tekak boleh terima tu, kira oklah.
tapi yang paling menyayat hati bila buat sup ayam dua tiga hari lepas. padahal sebelum dah berpuluh kali buat okey je takde masalah. tiba-tiba hari tu entah lori garam mana parking depan rumah, aku pun tak tahulah. punyalah banyak lori tu bawak garam sampai boleh terbalik lori tu. pasal tulah sup aku pun kena tempias. hebak tak perumpamaan aku? sup ayam jadi masin yang bukan setakat masin biasa tapi masin yang amattttttt sangat. cik housemate aku memang pemasin tapi bila cakap sup tu masin sangat2 maknanya memang betullah masin. eh banyaknya perkataan masin heheh.
nasib baik boleh oter balik. kalau tak haruslah dua-dua masuk spital malam tu jugak.
morale of the story : boleh confident tapi jangan over. seksa orang lain tahu tak!
Pagi jumaat lepas ada orang promote suruh join benda alah ni pada aku dan housemate.
tempat kejadian : kedai makan nasi kerabu femes kemaman
masa kejadian : dan-dan lepas habis mencekik nasi kerabu dengan nescafe tarik. memang terbaek ah timing.
tukang promote : tokey kedai nasi kerabu
(see berapa kali aku tulis nasi kerabu? iklan percuma!)
kedai ni dah macam destinasi wajib kena pergi setiap pagi jumaat. kalau tak pergi macam tak lengkap, rasa macam pakai baju tak pakai seluar. hahaha sanggup tak pergi berjalan2 tak pakai seluar? kalau tak sanggup baik pergi je makan kat kedai tu. eh macam takde kaitan pun. abaikan.
so lepas je letak sudu garfu atas pinggan tiba-tiba tokey kedai a.k.a abang awie (nama sebenar. tak tahu samada dia peminat setia wings ke tak) panggil kitorang suh duduk kat dia. dengan muka tak malu kitorang bangunlah, mana tau dia nak cakap hari ni dia bagi makan free ke kan. harapan tu kena ada.
bila duduk je dia hulurkan template pasal program ni. masa tu muka dua-dua orang dah macam apa, kecewa sebab ingat dapat save duit makan free, rupanya kena dengar ceramah macam mana nak kaya. tapi sebab dah duduk terpaksalah dengar jugak takkan nak berambus pulak. macam-macam yang abang awie cakap. siap tunjuk gambar dia gi seminar pastu tangkap gambar dengan jutawan muda umur baru 21 tapi income RM1.2 juta dalam masa dua tiga bulan. masa tu aku dah interested sikit. bukan interested nak join tapi interested nak mintak no phone jutawan tu. mana tau ada jodoh kan? hahahah.
lepas tu adalah dia mention nama dua tiga menteri yang iktiraf program ni. paling spoil bila dia sebut nama rosmah mansor. potong stim! aku dah cuit-cuit kaki housemate kat bawah meja. takde nama lain ke nak sebut? cakaplah siti nurhaliza ke, rosminah sidek ke ada jugak mood nak dengar.
apapun aku tahu program ni memang bagus untuk semua pihak. sebagai ahli kita akan dapat side income lebih untuk shopping tampung perbelanjaan harian, sebagai ibubapa tak perlu susah-susah hantar anak pergi tuisyen mahal-mahal lagi. boleh pantau je dari rumah atau di mana saja. dan sebagai pelajar kelebihan program ni berlipat kali ganda lagi sebab boleh belajar dan usaha sendiri dengan bantuan program skor a ni.lagipun soalan-soalan direka bercorakkan 'game' jadi tak rasa stress sangat. daripada adik-adik 24/7 mengadap komputer main games tembak-tembak / jual telur ayam baik jawab soalan kat portal ni kan?
aku dah baca satu review pasal program skor a kat satu website ni. apa yang aku dapat rumuskan ianya tak lebih daripada sebuah sistem MLM yang biasa. kena jadi ahli, cari downline sekian-sekian orang, jadi upline, dapat bonus mingguan/bulanan, tiada batasan untuk income. sky is the limit. meaning selagi kau rajin kerja tunggang terbalik income kau boleh cecah sampai 1juta sebulan. logik eh?
aku takde masalah dengan MLM ni semua, cuma sebagai manusia aku ada sikit keraguan untuk sistem macam ni. dari mana company dapat duit nak bayar ribu-ribu pada ahli, berapa income bos/CEO yang buat program ni, macam mana dia rolling duit yang orang bayar dan macam-macam lagi.
so sapa-sapa yang dah join atau pernah terdengar pasal program ni mungkin boleh share pengalaman korang. jangan kedekut, aku pun nak kaya jugak.
PosLaju : sangat depressed bila selalu sangat orang yang join MLM sibuk cerita pasal kekayaan/kejayaan orang lain. polan tu baru dapat cek RM500k lepas join sebulan dua. mana cek tu??? tunjuk sat aku nak tengok!
Hari ni hari pemalas. hari takde mood. eh bukan hari-hari ke aku pemalas dan takde mood? bhahahaha.
Sana-sini orang duk cerita pasal miera liyana. apek jual ikan pun dah kenal. adik-adik yang nak glemer cepat jangan pulak terjah kedai jahit suh buat baju cenggituh. banyak lagi cara lain nak glemer. masuk mentor contohnya. bukan saja dapat masuk tv, siap dapat kerja lagi.
Semalam aku mc (lagi?) sebab sakit perut. ni bukan sakit perut yang kena berlari ke tandas sebab takut tercirit ataupun yang macam period cramp tu. bukan. ni sakit yang macam elok je aku parking kereta depan office nak bukak pintu tiba-tiba perut jadi keras. otomatiknya aku tak boleh bergerak. perut keras dada senak. lama juga bertafakur depan office untuk neutralkan balik perut tu tapi tak berkesan. last-last terpaksa amik keputusan untuk give up. terpaksa ok. minta maaflah sapa-sapa yang terpaksa follow belakang kereta sorong pancit tayar semalam. kalau orang tengok mesti ingat siput babi yang bawak kereta tu. slow macam harem.
petang housemate balik dapat makan jemput2 (lagi??). sejak dua menjak housemate dah pandai buat air asam ni jemput2 macam dah jadi makanan ruji. life setiap hari pun macam tu. mendatar je. tiap-tiap hari ulang buat benda yang sama. pagi pergi kerja, petang balik kerja, tengok citer nabila-gio, sambung cinta sempurna, sambung lagi citer nazril buta. malam kalau rajin tengok berita dan csi, housemate dah membongkang tido. cuma semalam je semangat dia lain. kemain nak tengok asmara dengan semangat berkobar-kobar taknak tido. last-last aku sorang menganga depan tv. housemate? terbongkang kat tepi aku. elok jugak dia tido sebab nanti emosi dia terganggu kalau tengok asmara yang selalu emo tuh. tengok berita kul8 pun dia leh nangis ni kan pulak tengok asmara. kalau pasal tsunami jepun tu bolehla consider, tapi ni berita pasal politik apahal nak nangis merah2 mata??
PosLaju : entri macam takde hala tuju. sekian.
PosLajuLaju: oh ya, malam tadi mimpi dapat boyfriend baru. pakej sekali dengan nenek. aku pun tak faham apa maksud mimpi camtuh.
Ramai yang cakap kalau nak jadi cikgu kena bawak banyak-banyak bersabar. Mula-mula aku agak blur bila dengan ayat tu. Nak bawak sabar tu pegi mana? Nak bawak dengan apa? Kena naik flight ke? Macamana kalau tengah semangat nak booking flight paling murah dan dah sampai last stage tiba-tiba berukben disconnected? Tak ke rasa nak maki semut-semut di sekeliling? Janganlah menyimpang jauh sangat dari lakon layar asal, sila kembali ke pangkal jalan.
Walaupun selama ni profession cikgu tak termasuk dalam list cita-cita dari sekolah rendah, tapi hari ini aku berpeluang merasai pengalaman kerjaya yang selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar bulu ketiak anak-anak didiknya. Tapi frust juga rasanya sebab boleh jadi cikgu untuk hari ni je. Hari guru pulak lambat lagi kalau tak boleh merasa macamana perasaan excited berlumba-lumba siapa dapat hadiah paling banyak dari student. Biasanya yang paling banyak tu yang paling 'in' dengan student atau yang paling glemer kononnya.
Tapi untuk anak murid aku ni janganlah tunggu hari guru baru nak membelanja gurumu ini. Hari biasa pun boleh. Cakap saja di mana dan bila. I'm available at anytime anyplace bebeh!
Kawan : Jom pegi amik saman parking aku dalam kete aku nak mintak tolong kau bayar bagi kat jiran sebelah kiri kau yang keje majlis perbandaran.Jiran sebelah kanan tu cina, jangan bagi kat dia sebab kedekut gile tak bagi parking depan umah dia.
Aku : Ade aku kesah?? (dalam hati)
Pulas tombol pintu.
Aku : eh kenape nih tak boleh bukak haa? (cuak cuba pulaspulas tombol)
Kawan : laa pehal?aku kuar tadi okeh je.cuba tolak kuat sket.(serius)
Aku : (berusaha keras untuk pulas tombol tolak pintu tapi tetap gagal.cubaan telah berjaya menarik perhatian sekeliling disebabkan bunyi tolakan yang maha dasyat.hiperbola) tak bolehlahhhhhh.....
Kawan: bolehhhh...cuba lagi..
Aku : (tarik nafas.kumpul tenaga dan haaaaaaihhhhh) mana bolehhhhhhhhhhhhh....
Pelakon tambahan muncul mendadak.
Pelakon tambahan yang muncul mendada mendadak : Kak nak kuar ke? (Menuju ke suis tepi pintu)
TING! Door opened.
Kawan + pelakon tambahan + orang sekeliling : HAHAHAHAHAHAHA!!!
Aku : vavi.
Situasi 2
Tempat : Kedai makan bawah pokok yang banyak kerengga gatal.
Aku : Petang ni nak mintak tolong polan (nama sebenar) ah mesin semak samun depan rumah yang sekali tengok orang akan keliru eh ni rumah ke hutan simpan?
Kawan : Racun je terus. Senang.
Aku : Tulah nak beli racun ah. Kalau tak puas hati dengan hausmate/ofismate senang leh racun terus muahahahah
Kawan : Beli yang elok sket takut xmati semak samun tuh
Aku : Duk pikir ni nak panggil budak potong rumput. Pastuh terus racun.
Kawan : ??
Aku : Suh dia potong ari kamis leh tak. Jumaat leh racun.
Kawan : Kalau dah tau nak racun kejadah ape nak potong??
Aku : Eh bukan kena potong dulu ke baru racun?
Kawan : (muka biru tahan gelak tapi tak leh tahan)KAHKAHKAHKAH
Aku : Fine. (tunduk muka sedut air lajulaju)
Situasi 3
Tempat : Depan tv dalam rumah anak dara pemalas basuh pinggan duk tengah mengadap citer indon wajib tayang tiap-tiap hari sebab ada Galang.
Kawan 1 : Bodohla galang ngan kirana nih. satu ari berapa belas kali nak gaduh-baik-gaduh-baik?
Aku : aah bodohla duadua. kejap baik kejap gaduh.aku pun tension.baim ngan farah elok je bahagia.
Kawan 2 : (Senyap. Makan keropok)
*iklan*
Aku : Tukar cenel jap. Boring ah iklan (capai remote dan tekantekan cari cenel best) Takde orang lain ke nak amik berlakon selain si pasa sendat nih? apesal rambut adi keras semacam je tuh?
Kawan 2 : blablabla komen blablabla komplen blablabla...
Kawan 2 : (Senyap lagi. Keropok belum habis)
*iklan*
Selepas 5 minit...iklan lagi.
Kawan 2 : Apehal banyak sangat iklan nih? Selalu tak banyak camnih.
Aku : Astro dah takde duit dowh sebab tu banyak iklan skang.
*azan Maghrib*
kawan 1 : Eh sejak bile astro ada azan?
Aku : Astro dah insap skang ler... (Khusyuk dengan azan sampai habis sambil menginsafi diri)
Azan tamat.
Sambungan citer bermula.
Paradia : you nak mi goreng mamak tak basuh tangan ke mi goreng hotel tapi macam mamak?
Kawan 1 : wehhhhh niza bodo ah ni tv3 lahhhhh! woh galang dah nak abis wooooo!!! niza asdfggghhhjjtk!!
Aku : (menyorok bawah meja)
Kawan 2 : (sambung goreng keropok) Suma bengong.
PosLaju : Kita rasa seronok membahan orang tapi tak sedar bila dibahankan. Renungrenungkan dan selamat membahan!
Hari ni tak mo emo emo lagi ye. Senyum je walaupun dah tahu ia memang palsu. Asalkan orang lain xtahu jadi tak pe.*smile*
Anda pernah pergi kenduri kawin? Apa tak pernah?? Ohhoo saya ingat saya sorang yang kolot kuno ketinggalan zaman tak suka pergi kenduri kendara bagai. Kenapa saya tak suka? eh baru perasan entry kali ni guna ganti nama saya. heheheh comel taw...
Ramai orang pernah cakap, kalau kita tak pergi kenduri kawin orang nanti kita kawin tak de orang nak datang kenduri kita. Oh sama macam karma kan? Gila jahat betol. Ada pulak main balas-balas gitu. Ingat ni zaman pantun pecah kaca pecah gelas ke? Kenduri kawin skang dah tak pakai gelas kaca la suma pakai polestrin je senang nak campak ke luar pagar bila tengok tuan rumah tak perasan. Saya teringat dulu-dulu ada satu kes (tak ingat form berapa) Ma ajak teman gi bandar nak beli barang dapur. Masa tu perasaan tak suka berjalan tu memang ada tapi memandangkan kesian dekat Ma kena beli barang sorang-sorang gagahkan jua diri ini. Tapi tahukah anda ke mana Ma telah bawa saya? wahh bunyi macam suspen tapi sebenarnya tak. Ma bawak saya pergi kenduri kawen anak kawan dia! Huh sangat mysterious tau. Ma dah tau kalau cakap terus terang memang saya takkan ikut jadi dia buat plan B. Jadi memuncunglah sepanjang kenduri tuh sampai balik umah.Bila ingat balik sangat buruk dan hodoh perangai tersebut. Kalau ada adik-adik baca tolong jangan ikut okeh?
Seumur hidup ni boleh dikira dengan jari sebelah tangan berapa kali saya menghadiri kenduri kawin. Baik undangan sahabat handai, kaum keluarga, jiran tetangga, orang-orang sekampung dan undangan lain (ko ingat ko retis ramai sangat nak jemput g kenduri dorang?)
2006. Antara kenduri terawal yang saya hadiri tanpa paksaan Ma hehehe..
Eh kenapa gambar first tak ditwirlkan? hahhaah gila malas nak pusing. Maaf kenapa muka-muka di atas terpaksa ditempek di sini.
Kenduri rakan sekerja. Excited nak pergi sebab excited nak tengok deco majlis dia sebab dia excited nak kawin jadi suma nak buat sendiri dari pelamin, hantaran, goodies, baju suma-sumala. Tolong jangan kira berapa kali word excited dalam ayat tadi dan sila abaikan kualiti gambar henset cap ayam kampung golek.
Dasar pemalas nak edit. Ni adalah latest kenduri yang saya attend (semalam heheh) lepas kenduri terus gi tengok Magika hehehe
Tu cerita pasal kenduri kahwin. Tapi sebenarnya bukan kenduri kawin je yang saya sedaya-upaya cuba elakkan, kenduri kendara yang lain juga termasuk sekali. Sebab tu mungkin kawan-kawan sekolah rendah, menengah, matriks or uitm tak pernah tengok muka ini dalam sebarang majlis reunion / perjumpaan semula / majlis raya etc etc. Saya tak ada jawapan spesifik kenapa saya tak suka ke majlis-majlis seumpama itu. Nak kata boring sebab majlis formal or banyak protokol, reunion biase-biase tepi sungai pun saya tak suka, kawan lama ajak jumpa kat kedai makan pun beribu alasan saya bagi.