Saturday, April 2, 2011

Konsert Tirai AF

Malam tadi ada konsert tirai af9. boooooooooooooooooooo kat diri sendiri. apa barang layan af sekarang nih. american idol barulah urban. tapi sebab yang booo tu adalah diri sendiri jadi sila abaikan. bak kata pasha sandha "saya tak kisah apa orang nak kata yang penting saya happy".

serius aku kesian tengok budak2 af semalam. macam-macam suara yang keluar. angsa, itik , wonderpet cukup lengkap. paling kesian tengok adik diddy. memang patutlah dia tak dapat masa af4 dulu. aku tak tengok sampai habis pun konsert tu. yang orang cakap ada sorang nyanyi lagu korea tapi bunyi macam nepal tu aku tak tengok. tak sanggup nak seksa telinga lagi.

tang pengacara pun boleh tahan. buat macam konsert solo dia nak terkinja-kinja. tapi takpe, nasib baik ni af terakhir (iyolah tu) tahun depan dah takde. dahla konon buat gimik pasal pengetua tapi gimik tak menjadi hahaha. sorrylah paknil, terkutuk pulak. tulah sapa suruh kutuk zizan dulu hahahaha balas dendam.

tak kisah korang nak layan cerita apa pun yang penting korang happy. macam aku memang happy pun. sebelum tengok af aku layan imam muda. seimbang kata ko.

Assalamualaikum. (efek imam muda)

6 comments:

Asyiqin Haulisah said...

ekekeke. entry sempoi. thumbs up.

ciknecr said...

Assalamualaikum wbt(efek jauh)
apa kelass layan american idol..baik layan idola kecil..

CikKaikazie said...

waalaikumsalam (efek terus ke telinga). hahahah idola kecil ada cikgu delly spek purple hahahah

CikKaikazie said...

sinuansaeyqin:
tqvm.thumbs up back hehehe

liyanaziz said...

booo kat diri sendiri ni gak.. hampeh, american idol ke mana, af lagi la ke laut... dah lama bhai x tengok tv... grrrrrrrr... pssst, american idol siapa kuar this week?

CikKaikazie said...

liyanaziz:
huuuuuu dah lama tak layan american idol.tengok sampai 2nd week je huhuhuh