jangan ingat majalah ujang dengan mangga je ada edisi bumper, novel pun boleh. terutamanya untuk orang yang pemalas nak buat entri satu-satu macam aku. dua tiga menjak dah pandai beli online ni memang memanjanglah order siap buat alamat kat office sampaikan receptionist dah tau sangat dah kalau ada parcel alaf21/kakinovel tu sah aku punya.
entri kali ni bukan nak review berjela macam sebelum ni. just nak komen sket je. sinopsis pun malas letak *dasar pemalas punya olang* jadi kalau rasa berkenan tu cepat-cepat ke book store untuk baca sinopsis je.heh.
1) Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
ini novel yang aku order dari kakinovel. start baca hari ahad dan habis pada sabtu. 7 hari tuuu...belum pernah lagi dapat rekod terpanjang macam ni. lagenda budak setan yang tebal gedabak tu pun boleh habis dua hari je. pendapat aku, agak tak best ( berlapik sket ayat) sebab apa yang disampaikan banyak tak de kena dengan jalan cerita. dari awal sampai akhir sibuk nak balas dendam sampai ada jugak benda yang tak logik heroin tu buat. nak tau? baca sendiri.haha.
2) Semarak Cinta - Hijratul Akisya
dibeli bersama novel kat atas tu. kira ok, berbaloi baca walaupun ni penullis baru kot. recommended.
3) Kaulah Satu - Fatinilam sari Ahmad
baca dua bab je lepas tu terus tutup sampai sekarang. tak boleh terima cakap kau-aku dengan mak sendiri. dah banyak jugak beli novel penulis ni dan semua ok cuma yang ni tak kena dengan citarasa sket. next!
4) Uda & Dara - Aisya Sofea
penantian satu penyiksaan. heh. lama nau tunggu novel terbaru aisya sofea dah sekarang terbukti tulisan beliau masih strong macam dulu. sangat berbaloi-baloi. *senyum sampai telinga* recommended.
5) Kasih Bersulam Cinta - Rozita Abd Wahab
heh heh bila baca novel ni selalu senyum sendiri. berangan lettew. kisah pasal hakim yang ego kemain tinggi melangit tapi sangat protective pada anis razikin. masing-masing buat tak kenal di kampus tapi sebenarnya ada hubungan istimewa. apa hubungan diorang berdua ni? spoil lah kalau bagitau kan...kenalah baca sendirik. lagipun cerita ni taklah macam sesetengah cerita yang kalau hero je mesti bawak mercs, bmw, lambo bagai tu kan. ni bawak motor jek.. disebabkan hakim tu anak orang kaya so kita imagine dia bawak motor besarlah, bukan ex5. recommended.
6) Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah
menitis jugaklah air mata bila baca novel ni heheh *malu*. heheh. rasa nak tumbuk-tumbuk je muka si aqil tu sebab bila bercakap ikut suka mulut je nak keluar apapun. dah tak kisah perasaan isteri dia. eh teremo pulak. apapun buku ni memang best. eh penulis dia ada blog tau, jom cekidaud ADAH HAMIDAH. recommended.
7) Gerimis Rindu - Meen Zulaikha
mula-mula terpandang novel ni terus teringat aaron aziz. haha lama tak sebut nama tuh. disebabkan kasih yang suzi aka nora elena tu best jadi harap-harapnya tempias tu kena pada yang ni pulak. tak pasti ni karya terbaru meen zulaikha atau pun tak sebab tengok cover macam dah lama. apapun memang tak mengecewakan walaupun agak klise sikit. biasalah heroin jadi pembantu orang kaya/anak orang kaya (hero) - gaduh sepam dua - jatuh cinta. klise takpe asalkan penceritaan tak membosankan kan? recommended.
ok, setakat tu jelah novel-novel yang dibeli sepanjang dua tiga minggu nih. ternyata memang ramai penulis baru yang muncul dengan karya hebat masing-masing. cuma harapnya janganlah terlampau taksub hingga tak sedar apa yang ditulis tu logik atau tak dengan keadaan masyarakat sekarang. dulu aku pernah bercita-cita nak jadi penulis. setakat cita-cita jelah. nak tulis memang tak mampu.
oh lsg dah ada single baru. tajuk Time For Love/Alone in Love. so memang dah boleh agak lagu apa dalam playlist laptop,hp, kereta dan di ofis sepanjang minggu ni. heh.
babai
Showing posts with label Novel Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Novel Pilihan. Show all posts
Monday, October 17, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Novel Pilihan : Kuseru Rindu Itu
novel ni dah baca lama. rasanya sebelum lepas raya lagi kot tapi sekarang baru nak buat review (ada orang kisah kau review ke tak?) hoho.
sinopsis asal:
ini kali ketiga beli novel karya hanni ramsul. novel kali ni agak bersifat dewasa dari novel-novel sebelum ini. banyak pengajaran yang boleh diambil walaupun bila baca tu agak sipi-sipi nak kena batang hidung sendiri haha. watak hisyam akan membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang diperlukan oleh seorang lelaki dari seorang perempuan/isteri? kalau tak cinta kenapa boleh hidup bahagia bersama selama tujuh tahun dan boleh ada anak?
mungkin dengan baca sinopsis saja kita dah dapat agak siapa sebenarnya pilihan hisyam. namun konflik yang terjadi di antara cerita masih perlu diselami terutamanya tentang perasaan dan taktik yang digunakan idayu untuk mendapatkan semula suaminya. bila masuk kisah maisara, aku rasa agak sedikit meleret di situ. banyak jugak yang aku skip hahaha yelah kita excited nak tahu kisah hisyam-idayu tiba-tiba bab maisara panjang berjela pulak.
rate : 4 bintang.
patut beli ke tak? : memey ahhhh (baca dengan nada jai kl gangster bukan suh ingat bakal bini norman hakim)
sinopsis asal:
Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

***
mungkin dengan baca sinopsis saja kita dah dapat agak siapa sebenarnya pilihan hisyam. namun konflik yang terjadi di antara cerita masih perlu diselami terutamanya tentang perasaan dan taktik yang digunakan idayu untuk mendapatkan semula suaminya. bila masuk kisah maisara, aku rasa agak sedikit meleret di situ. banyak jugak yang aku skip hahaha yelah kita excited nak tahu kisah hisyam-idayu tiba-tiba bab maisara panjang berjela pulak.
rate : 4 bintang.
patut beli ke tak? : memey ahhhh (baca dengan nada jai kl gangster bukan suh ingat bakal bini norman hakim)
Monday, June 27, 2011
Novel Pilihan : 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah)
Salam,
semalam baru je habiskan novel yang setebal dua bijik kamus dbp edisi terhad. memang gigih sungguh. al-quran dah berapa kali khatam? *erk*
sinopsis yang dicilok dari tokey buku:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
betul.
till then, babai.

**
rate : 5/5
patut beli ke tak? : patuuuuttt!!!
rasanya dari minggu lepas lagi duk meroyan nak cari novel nih. bila tengok best seller list kat mana-mana book store mesti novel nih no.1 walaupun list tu memang diorang copy je tapi tak pe. semangat kena ada.
akhirnya dapat jugak sebijik jumaat lepas. fuhh. tapi betul ke novel ni best?
betul.
bila part sedih tu memang sedih sangat terutamanya bila part buntat meninggal. hoho. banjir jugaklah kat rumah masa tu. yang lain takde sedih sangat cuma biasalah bila baca buku/tengok citer mulalah nak relatekan dengan kehidupan hari-hari. ada ke lelaki yang baik sangat macam khuzairi tu? ada ke pompuan yang kurang ajar sangat-sangat macam mia tu? macam tak logik je. ok wake up niza. dah namanya novel janganlah nak complicated sangat.
till then, babai.
Sunday, May 29, 2011
Novel Pilihan : Cinta Yang Kurasa
Rajinla pulak nak review nih. takpe, mood tengah baik jadi semua benda aku tengok/beli rasa macam nak buat product review. keh keh. tau la amik marketing tak payahlah nak praktik sangat.
kali ni aku nak citer sikit pasal novel yang baru aku abis baca dua tiga hari lepas.
Sinopsis asal dari sini : :
Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.
Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.
Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.
Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Ini novel ke-10 yang aku beli hasil tulisan anis ayuni. memang sangat-sangat excited bila dapat tahu fav. novelist ada buku baru. hari pertama keluar kat website alaf21 terus aku beli secara online. lebih empat minggu barulah sampai ke tangan aku. T___T
terus terang aku katakan yang aku agak kecewa sedikit dengan novel kali ni. *sikit je* mungkin kerana aku terlalu excited dan mengharapkan buku kali ni memberi kepuasan yang sama sepertimana novel-novel terdahulu. ini kali pertama aku baca novel anis ayuni yang ambil masa selama 4 hari. biasanya takkan lebih 1 hari. selagi tak habis memang aku takkan tidur. selain anis ayuni, ada juga beberapa novelist lain yang kalau aku dapat buku mereka memang takkan ingat benda lain kecuali makan iaitu aisya sofea, lily haslina nasir, matt romeo dan norhayati berahim.
first half novel ni agak boring bagi aku. tu yang sampai 4 hari tuh. bila dah masuk second half barulah excited tu datang. kira macam ambik masa yang lama untuk panaskan enjin. namun yang menjadi pengubat hati ialah sepertimana yang semua tahu gaya penulisan anis ayuni memang antara yang terbaik. penggunaan bahasa dan ayat yang menenangkan mata dan jiwa yang membaca. taklah macam sesetengah penulis lain yang suka guna bahasa pasar dan rojak. kalau rojak tu untuk makan sedaplah juga.
rate : tiga bintang.
patut beli ke tak? : patut. kalau declare diri sendiri sebagai peminat anis ayuni memang wajib beli ok. jangan nak pinjam orang punya.
***
sekarang mood sedang berusaha untuk menghabiskan dua buah lagi novel yang tersadai sejak minggu lepas. aja aja hwaiting! ^o^
PosLaju : semua pandangan adalah dari point of view diri sendiri. tiada kaitan dengan yang masih bernyawa ataupun yang telah tiada. tepuk dada tanya selera nak makan apa hari ni. LOL.
Subscribe to:
Posts (Atom)