Showing posts with label Kesukaan ramai. Show all posts
Showing posts with label Kesukaan ramai. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Novel Pilihan : Cinta Yang Kurasa

Rajinla pulak nak review nih. takpe, mood tengah baik jadi semua benda aku tengok/beli rasa macam nak buat product review. keh keh. tau la amik marketing tak payahlah nak praktik sangat.

kali ni aku nak citer sikit pasal novel yang baru aku abis baca dua tiga hari lepas.



Sinopsis asal dari sini : :

Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

***

Ini novel ke-10 yang aku beli hasil tulisan anis ayuni. memang sangat-sangat excited bila dapat tahu fav. novelist ada buku baru. hari pertama keluar kat website alaf21 terus aku beli secara online. lebih empat minggu barulah sampai ke tangan aku. T___T

terus terang aku katakan yang aku agak kecewa sedikit dengan novel kali ni. *sikit je* mungkin kerana aku terlalu excited dan mengharapkan buku kali ni memberi kepuasan yang sama sepertimana novel-novel terdahulu. ini kali pertama aku baca novel anis ayuni yang ambil masa selama 4 hari. biasanya takkan lebih 1 hari. selagi tak habis memang aku takkan tidur. selain anis ayuni, ada juga beberapa novelist lain yang kalau aku dapat buku mereka memang takkan ingat benda lain kecuali makan iaitu aisya sofea, lily haslina nasir, matt romeo dan norhayati berahim.

first half novel ni agak boring bagi aku. tu yang sampai 4 hari tuh. bila dah masuk second half barulah excited tu datang. kira macam ambik masa yang lama untuk panaskan enjin. namun yang menjadi pengubat hati ialah sepertimana yang semua tahu gaya penulisan anis ayuni memang antara yang terbaik. penggunaan bahasa dan ayat yang menenangkan mata dan jiwa yang membaca. taklah macam sesetengah penulis lain yang suka guna bahasa pasar dan rojak. kalau rojak tu untuk makan sedaplah juga.

rate : tiga bintang.
patut beli ke tak? : patut. kalau declare diri sendiri sebagai peminat anis ayuni memang wajib beli ok. jangan nak pinjam orang punya.

***

sekarang mood sedang berusaha untuk menghabiskan dua buah lagi novel yang tersadai sejak minggu lepas. aja aja hwaiting! ^o^
waiting list


PosLaju : semua pandangan adalah dari point of view diri sendiri. tiada kaitan dengan yang masih bernyawa ataupun yang telah tiada. tepuk dada tanya selera nak makan apa hari ni. LOL.




Sunday, April 3, 2011

Yessss Fasha Sandha menang lagi!

*tangan di bahu mata ke atas*


bila tengok kat reading list perrrgghhh ramai gila yang dah update pasal abp malam tadi. aku bet korang suma ni mesti tak tido kan? jadi sebab taknak ketinggalan aku terpaksa update jugaklah pasal abp ni. terpaksa kata koooooooooooo....

first time weh aku tengok majlis anugerah tapi tak suka tengok persembahan artis. selalu tu tunggu je sapa akan naik pentas menyanyi, lagu apa, hensem ke tak... tapi untuk abpbh2010 ni aku harap sangat takde persembahan artis. kenapa? sebab aku nak tengok pengacara bercakaaaaaaaaaap jeeeee. pengacara yang pakai suit ye, bukan dress. kadang-kadang zizan nampak lost sikit *nerves mungkin* tapi still gempak dan happening.

walaupun ramai yang dah tahu keputusan aku tetap nak umumkan jugak (tak kira!) ngehngeh.

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular
     - Sixth Sense (semua drama guna lagu diorang. kalau tak menang memang sia-sialah)


2.Pelakon TV Wanita Paling Popular
     - sila baca tajuk di atas
 
3. Penyampai Radio Popular
     - Faizal Ismail (cuak oh takut paknil menang)

4. Artis Komedi Wanita Popular
     - Noorkhiriah (aku bajet Sharifah Shahira huhuhu)


5. Penyanyi Nasyid Popular
     - Rabbani (macam dah tenggelam sekarang)


6. Pengacara TV Lelaki Popular
     - Aznil Nawawi (bosan dowh tengok muka dia. bajet best)

7. Artis Baru Lelaki Popular
     - Shahir (shahir hensem oh malam tadi)

8. Penyampai Radio Wanita Popular
     - Fara Fauzana (as expected)


9. Pelakon TV Lelaki Popular
     - Remy Ishak (lama tak tengok dia kat tv. nasib baik ada iklan dashing)

10. Pengacara TV Wanita Popular
     - Fara Fauzana (tahun akhir kot. hehhehe)

11. Artis Komedi Lelaki Popular

     - Zizan 

ollohhollohollohhhhh. credit to cikgegel.
 

12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
     - Dato Rosnani Jamil

13. Penyanyi Lelaki Popular
     - Faizal Tahir

olololo tomeynyaaa. pic from cikgegel.


14. Pelakon Filem Wanita Popular
     - Lisa Surihani (lisa comel gila)

15. Artis Baru Wanita Popular
     - Ana Raffali (nampak macam dia bawak kertas kat tangan. ke tisu?)

17. Pelakon Filem Lelaki Popular
     - Shaheizy Sam

18. Penyanyi Wanita Popular
     - Yuna (target rihanna menang. *sarcasm*)

19. Bintang Paling Popular ABPBH2010

     - Shaheizy Sam (ucapan paling jujur dan telus. tak hipo macam artis lain yang menang tiap-tiap tahun pun masih cakap 'saya tak sangka saya menang'. sangat basi.)


saat paling epik ialah kemunculan johan dan usop wilcha. hahahaha sakit perut aku tengok. apapun tahniah kepada semua yang menang. yang tak menang sila beli paper berita harian banyak-banyak tahun depan dan pangkah diri sendiri. terima kasih.


PosLaju : tak boleh lupa muka zizan masa nak announce bintang paling popular.cuak giler!




Saturday, February 26, 2011

Annoying dengan kipas susah mati? terajang ke longkang sudah.

rindu aku tak?hahahah.mestilah TAKKKK kan? haha sedar diri diri sekarang. bagi yang perasan aku lama tak update blog/blogwalking terima kasih aku ucapkan sebab anda memang warga emas prihatin. bagi yang buat-buat tak perasan terima kasih juga aku ucapkan sebab buat diri ini rasa loser hahhaha. semangat nak hapdet dah datang jadi jangan terkejut kalau lepas ni aku update lapan belas kali sehari.

*tukar dari mood perasan bagus kepada terlebih gedix*

pernah berpengalaman jadi kipas susah mati mana-mana artis/handsome boy kat sekolah? handsome boy tak payah citerlah sebab takde budak handsome kat sekolah aku dulu huehuehue.

dulu aku dah citer kan pasal ex2 boyf ni kan di mana endingnya aku dah tergolek dog kat si hot daddy tuh. sekarang ni bini aaron aziz dah boleh tarik nafas lega sebab aku dah takmo pandang laki dia dah. haku dah ada chentaaaa baruuuuu hehehehe.

nama Lee Seung Gi. Umur muda lagi (takpe2 setakat satu dua tahun ape dehal ye tak?) awal-awal dulu dah addicted dengan 1n2d ni sebab terpengaruh dengan brilliant legacy. dalam series tu dia jadi cucu nenek kaya yang maha sombong bongkak berlagak dan sewaktu dengannya. kira klise la kan mana-man hero kaya mesti ah sombong dengan heroin. bila agak-agak episod last-last tu barulah nampak ok sket tapiiiiii sombong2 pon handsome ok...cuba kalau hero tu sombong tapi muka buruk tak handsome, takde sape lalu nak tengok citer tuh kan?

sekarang ni aku dalam usaha nak cari dvd series dia yang kedua My Girlfriend Is A Gumiho. series ni dah lama dari tahun lepas lagi tapi tak taulah kenapa belum sampai malaysia lagi. ke kemaman je yang selalu lambat? haih. sapa-sapa ada nampak dvd tu kat mana-mana leh la roger-roger aku eh heheheh.

sapa-sapa yang berdekatan dengan aku sekarang ni (serumah/sebilik/seoffice/sekereta) aku mintak maaf banyak-banyak sebab korang turut terkena tempias kipas susah mati ni. list lagu dalam hp, kereta, laptop atau pc office memang semua lagu-lagu lsg je. nasyid ada jugak selit sikit2 hehe.

jomlah cuci mata dan jantung sekarang.









PosLaju : semua picas ni diambil dari  fanpage lsg ni. moh kelik.



Thursday, February 10, 2011

Telinga berasap. PEDAS.

Assalamualaikum.

Konon hari Jumaat terus bagi salam. heh. Hari ni semangat bertanam-tanaman belum lagi habis. Ingat tak pasal aktiviti semalam? Sebenarnya selain daripada pokok kaler turquoise tu aku ada beli satu lagi jenis pokok. Yang ni untuk letak kat rumah pulak. Nak tau pokok apa?

Jeng jeng jeng!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok cukup. Tak saspen pun okeh.

Sebelum tu nak tunjuk yang ni dulu.


nampak sudu kat tepi tu? Ni bukan ubat ye adik2, ni baja.





Try me

 Inilah pokok yang aku beli. Namanya Capsicum frutescens. Tak pernah dengar? Susah nak sebut? Tak pe sebut saja cili api atau cili padi atau lada jarum atau lada tunggeng (hahaha kan buah dia memang terbalik). Macam kecoh je kan padahal beli pokok cili je. Sebenarnya ni kali ke 5647 aku cuba nak tanam pokok ni tapi tak pernah menjadi. Orang kata biar start dengan yang senang-senang dulu pastu kalau nak tanam pokok getah ke durian ke senang ah.

Semangat tau bangun-bangun je pagi terus terjah PC aku ni. Comel tak panggil pokok cili PC je? koya. Tokey semalam cakap letak baja 2 sudu je jangan lebih nanti pening pokok. Teringat bila aku tanya spokesperson tu pedas tak cili ni. Dia cakap amik ah try makan satu. pfffffttt.

Korang tolong doakan ek PC aku ni hidup subur aman damai cepat membesar dan banyak hasil. Nanti kalau buah lebat aku bagi la sorang satu buat kudap masa tengok berita jam 10.


BABAI.