1) My Girlfriend is A Gumiho's dvd
Dah namanya kipas susah betul nak mati mestilah letak dalam wishlist paling atas. aritu jumpa satu link untuk download full episode tapi sebab bokben macam dah merajuk sebab dua bulan tak bayar jadi jangan mimpi nak tengok semua episod. dapat tengok trailer pun dah besar rahmat. harus lipat gandakan usaha untuk mencari di luar sebab kemaman macam dengki lsg sebab tu sebarang cd/dvd lsg diharamkan masuk kawasan kemaman.
2) The Body Shop Vitamin E Face Mist
Aku duk ngidam benda alah ni rasanya dah dua tiga bulan tapi tak dapat-dapat. Tak tahu kenapa outlet bodyshop dekat sini macam hampeh. dua tiga kali pergi pun tetap takde. yang last aku pergi aritu tak sempat nak survey dah ada ke tak sebab dah tak ingat yang aku nak benda ni. dulu ingat nak try yang mac punya tapi sebab first time nak guna jadi rasanya elok beli yang murah dulu. worth trying. worth trying la sangat...cakap jelah mac tu mahal aku tak mampu hahahahah.
3) External hard disk
Aku perlukan satu external hard disk berkapasiti 250gb or above yang semestinya comel (dan murah). Hard disk yang ada sekarang umpama hidup segan mati tak mahu, tak boleh nak komplen lebih-lebih sebab yang tu pun ihsan dari adik aku. maklumlah dia tahu kakak dia
4) Chocolate indulgence
Eleh kek ni pun nak mengidam jugak ke? kata rumah dekat dengan SR, kalau order dari rumah pun berdesup sampai delivery. eh mestilah. kek bukan macam nasik yang kau kena kedarah hari-hari. hanya pada occasion penting je boleh makan. contohnya birthday party anak bff yang lahir 14 April ni ke ataupun birthday bff pada 19 Feb tapi dia beli pun kek ni. tapi kalau hari-hari ada orang nak belanja, yang tu pun termasuk dalam occasion penting. rezeki jangan ditolak. siyes rugi.
Mulanya nak tambah lagi list ni tapi nanti nampak macam tamak pulak. lagipun awal-awal dah tahu semua list tu takkan tercapai kecuali no. 4 sob sob.. kenapa? sebab april ni 2 kereta menunggu untuk diroadtaxkan.
babai wishlist.
7 comments:
aku suka list no 4..aku rasa bulan 4 boleh mkn kek free kot..
kek free?Sr buat derma ke?
kete ke baya roadtax sndiri ye ? kesian3 .
t nak bli kek ajak kite skali ye ! haha
2kereta menunggu ye
aku nak numpang kereta aku sekali leh tak
cukupkan 3 baru afdal ;p
ENTRY HOT : Beku
hehe..cerita my gf is gumiho tuh best!!sasa dah dapat full cerita tuh..pakse kawan dwload kan..ok..x pakse..die pun obbsess..hehehe
fad:
kete sndiri byr sndiri hukhuk..
wahh ajak sekali utk tolong bayarkan ke?bagus.
nora:
ya baru afdhal.tlg byrkan lgi afdhal.
sasa hohoh best eh?tgk hero dh tau best hahahah.
Post a Comment