Showing posts with label Fesyenista Konon. Show all posts
Showing posts with label Fesyenista Konon. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Blogshop, jangan permainkan perasaan pembeli mu ini. tolonglah.

eh update lagi?

haaa kan aku dah cakap akan update  lapan belas kali sehari hahaha.

sebenarnya sekarang ni tengah bengang dengan satu blogshop ni. kira memang glemer gila la blog tu. follower cecah riban gak ar. yang buat aku bengang tahap gaban ni aku order barang dari khamis 17hb sampai hari ni  barang tu belum sampai-sampai. whatthefish apakah ikan itu?

sebelum ni aku dah beli banyak barang dari blogshop lain tak pernah ada masalah. even kalau barang tu tiba-tiba soldout atau kaler yang aku nak tu takde owner tu mesti  call/emel. takde senyap cenggitu je. masa bagi emel confirmation kemain lagi bagitau barang akan dipos sebaik saja payment dibuat. ya payment dibuat. saja kasi bold sikit nak bagitau macamana aku gelabah bukak m2u dan-dan tu jugak terus buat payment. macam biasa kat email recipient tu letaklah emel blog tu kan (as they wish). tapi sampai sekarang yillek. YILLEK tau tak?

so khamis baru ni aku emel la nak tanya apa citer nih kan senyap je. dan dia reply! tau dia cakap apa?
TERIMA KASIH SABAR MENUNGGU.  perasaan aku?




FAHAM?

Dah ah nak gi nangis bawah bantal sekarang.


PosLaju : barang dah sampai.heh.agaknya kena buat entri macam ni dulu baru berdesup barang tu berlari kat kita ek.apa pun ni pengalaman. lepas ni kena pikir 153254 kali dulu sebelum jengah balik kat blogshop tu.babai blogshop yang dimaksudkan.

Saturday, October 23, 2010

Orang nak cool kau pun nak cool juga

Ni n3 bulan lepas. tak perasan belum post lagi. hehehe.


Lately aku tak tahu kenapa nafsu membeli tudung sangat membuak-buak seperti gunung berapi yang dah lama pasang niat nak meletus di sangat para saintis dah confident kawasan tersebut selamat untuk didiami. Dalam masa sebulan dua aku dah beli lebih kurang 20 tudung/shawl plus inner skali. Gila babun kan? Kot celah mana nak pakai aku pun tak tahu...

Tapi yang pasti semua tudung tersebut sangat chantekkk terbaeekk dari ladang okeh. Dah lama giler cari inner cotton tapi tak jumpa2 akhirnya jumpa kat sini sebab terpengaruh (wahhh?) dengan budak chantek ni. Sangat cool pakai inner ni dan muka tak jadi macam bola tapi bila pakai orang tetap nak sepak sebab annoying sangat hahahah.

Ada juga yang aku jumpa shawls chantek2 kat sini dan sini. Pantang tengok je ada update stock baru yang awesome mesti gedik-gedik nak beli pastu memang tak beli selai je sebab pikir rugi bayar kos pos laju kalau beli satu je. Haahaa kedekut giler.

Dulu selalu rasa tak confindent je nak pakai shawls belit putar alam ni. Selalu pikir nanti orang tengok pelik pulak aku pakai camnih tak pun nanti orang kata alien zaman sekarang dah pandai pakai tudung eh? huhuh sadis tol..First time aku pakai tudung ala-ala bini Dato' K ramai kagum (baca:terkejut beruk) tengok aku sampai ada yang panggil ninja.huh wtf?? Tapi bila dah 2,3 kali pakai aku dah tak kisah dah. Suka ati kaulah bedah nak cakap ape pun yang penting aku selesa dan boleh perasan diri chantek okeh.

Dah usaha taknak bagi muka nampak bulat tapi tang pipi tu tetap tak boleh sorok damnnn!




Shawl ni dah lama hehehe.Eh kenapa gaya sama je nih? Tempat pon sama apehal?

Takleh blah gambar mata juling blur pon nak letak jugak!

Dahlah. Nanti ada yang muntah pulak. 

BABAI.