Monday, October 17, 2011

Novel Pilihan : Edisi Bumper

jangan ingat majalah ujang dengan mangga je ada edisi bumper, novel pun boleh. terutamanya untuk orang yang pemalas nak buat entri satu-satu macam aku. dua tiga menjak dah pandai beli online ni memang memanjanglah order siap buat alamat kat office sampaikan receptionist dah tau sangat dah kalau ada parcel alaf21/kakinovel tu sah aku punya.

entri kali ni bukan nak review berjela macam sebelum ni. just nak komen sket je. sinopsis pun malas letak *dasar pemalas punya olang* jadi kalau rasa berkenan tu cepat-cepat ke book store  untuk baca sinopsis je.heh.

1) Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
ini novel yang aku order dari kakinovel. start baca hari ahad dan habis pada sabtu. 7 hari tuuu...belum pernah lagi dapat rekod terpanjang macam ni. lagenda budak setan yang tebal gedabak tu pun boleh habis dua hari je. pendapat aku, agak tak best ( berlapik sket ayat) sebab apa yang disampaikan banyak tak de kena dengan jalan cerita. dari awal sampai akhir sibuk nak balas dendam sampai ada jugak benda yang tak logik heroin tu buat. nak tau? baca sendiri.haha.

2) Semarak Cinta - Hijratul Akisya
dibeli bersama novel kat atas tu. kira ok, berbaloi baca walaupun ni penullis baru kot. recommended.

3) Kaulah Satu - Fatinilam sari Ahmad
baca dua bab je lepas tu terus tutup sampai sekarang. tak boleh terima cakap kau-aku dengan mak sendiri. dah banyak jugak beli novel penulis ni dan semua ok cuma yang ni tak kena dengan citarasa sket. next!

4) Uda & Dara - Aisya Sofea

penantian satu penyiksaan. heh. lama nau tunggu novel terbaru aisya sofea dah sekarang terbukti tulisan beliau masih strong macam dulu. sangat berbaloi-baloi. *senyum sampai telinga* recommended.

5) Kasih Bersulam Cinta - Rozita Abd Wahab


heh heh bila baca novel ni selalu senyum sendiri. berangan lettew. kisah pasal hakim yang ego kemain tinggi melangit tapi sangat protective pada anis razikin. masing-masing buat tak kenal di kampus tapi sebenarnya ada hubungan istimewa. apa hubungan diorang berdua ni? spoil lah kalau bagitau kan...kenalah baca sendirik. lagipun cerita ni taklah macam sesetengah cerita yang kalau hero je mesti bawak mercs, bmw, lambo bagai tu kan. ni bawak motor jek.. disebabkan hakim tu anak orang kaya so kita imagine dia bawak motor besarlah, bukan ex5. recommended.

6) Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah





menitis jugaklah air mata bila baca novel ni heheh *malu*. heheh. rasa nak tumbuk-tumbuk je muka si aqil tu sebab bila bercakap ikut suka mulut je nak keluar apapun. dah tak kisah perasaan isteri dia. eh teremo pulak. apapun buku ni memang best. eh penulis dia ada blog tau, jom cekidaud ADAH HAMIDAH. recommended.

7) Gerimis Rindu - Meen Zulaikha

mula-mula terpandang novel ni terus teringat aaron aziz. haha lama tak sebut nama tuh. disebabkan kasih yang suzi aka nora elena tu best jadi harap-harapnya tempias tu kena pada yang ni pulak. tak pasti ni karya terbaru meen zulaikha atau pun tak sebab tengok cover macam dah lama. apapun memang tak mengecewakan walaupun agak klise sikit. biasalah heroin jadi pembantu orang kaya/anak orang kaya (hero) - gaduh sepam dua - jatuh cinta. klise takpe asalkan penceritaan tak membosankan kan? recommended.


ok, setakat tu jelah novel-novel yang dibeli sepanjang dua tiga minggu nih. ternyata memang ramai penulis baru yang muncul dengan karya hebat masing-masing. cuma harapnya janganlah terlampau taksub hingga tak sedar apa yang ditulis tu logik atau tak dengan keadaan masyarakat sekarang. dulu aku pernah bercita-cita nak jadi penulis. setakat cita-cita jelah. nak tulis memang tak mampu.

oh lsg dah ada single baru. tajuk Time For Love/Alone in Love. so memang dah boleh agak lagu apa dalam playlist laptop,hp, kereta dan di ofis sepanjang minggu ni. heh.



babai

No comments: