Showing posts with label Bengangku Bengangmu Jua. Show all posts
Showing posts with label Bengangku Bengangmu Jua. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Kerja tu ibadah kan?

hohohoh hari ni dapat notis dari bos yang semua staff (dept aku jekk) TIDAK DIBENARKAN bercuti, m.c, pura-pura m.c ataupun pura-pura pengsan dari hari ini hingga 28hb September ni. walau kena merangkak pun wajib datang kerja. weekend pun wajib datang kerja tahu? bye bye invincible youth, bye bye saturday freedom, bye bye nasik kerabu abang awie. sob sob...

eh kenapa nak hiperbola melampau kalau notis kena datang kerja? kerja tu kan ibadah...sumber rezeki...punca pendapatan...IKHLAS NIZA...IKHLASSSSSSSS.....


sobsobsosbsssss...


PosLaju : ikhlas la sangat...yang letak label bengangku bengangmu tu apehal?

Sunday, July 10, 2011

Antara perhimpunan bersih yang HARAM dan konsert gig tv9 yang HALAL, mana satu pilihan kolbu?



tengah tunggu nightline kot-kot ada yang kena tangkap masa bersesak nak pergi tengok konsert tv9 tadi. happylah korang dapat layanan mesra dari abang-abang polis muka ketat dahtu dapat makan buffet macam kat hotel lagi.


siapa taknak woi!!!

Thursday, June 16, 2011

Filem KL Gangster Yang Hampeh!

yaaaaaaa sangat-sangat hampeh. tengah berasap sekarang nih bila fikir kehampehan filem ni jadi jangan tanya aku apa-apa ok.




kenapa?



SEBAB SAMPAI SEKARANG AKU TAK DAPAT TENGOK LAGI FILEM TU TAU TAK!!!


orang lain dah pum pang sana sini nak gi tengok untuk kali ke 338 tapi aku suku cerita pun belum tengok. mula-mula keluar dulu rasa macam ek eleh citer camni pun ada orang tengok ke? harap iklan je gempak tapi jalan cerita hancur cam filem kongsi dulu (abang payed kamil tolong terasa). tapi bila baca banyak review yang bloggers lain buat rasa macam omgggg kenapa aku tak tengok lagi?? betol ke bila scene zizan suma gelak kahkah macam nak pecah panggung? betol ke seth tan aaron aziz jantan habis tunjuk muscle seketul-seketul?

gambar takde kena mengena. adik2 tolong tutup mata.


haaaaa ni baru betul!



google

google

kalau tak kerana dua manusia ni memang TAAAAKKKKKK la kan aku nak pergi tengok filem tuh. apa ingat aku minat sangat ke dengan filem fighting2 yang banyak gaduh dari bercakap?



PosLaju : kepada cik necr yang baru dapat anak buah semalam, sila bersedia fizikal dan mental moh kita pakat serbu TGV!


Sunday, June 5, 2011

Spam email yang nak kena sepuk sepam dua

Pagi tadi dapat spam email yang agak annoying. bukan agak. memang annoying. biasanya kalau dapat aku terus delete, tak pernah baca. bukan dapat duit pun kalau bukak email cenggitu. tapi kali ni tergerak hati nak bukak dan baca.








kan dah menyesal.




mohamed khairudin, sila pastikan dirimu dicover insurans sebelum sepukku naik ke kepalamu.




Wednesday, May 11, 2011

Lagu untuk semua

Salam,

Pernah tak kamu dengar lagu yang sepatah haram kamu tak faham tapi boleh membuatkan kamu depressed? dan juga sedih. T___T



semangat tolonglah datang balik.



Poslaju: thanks to cik tini yang comel kerana award tu. sorry tak pernah join untuk award/contest jadi tak tahu nak buat apa. hahaha lame sungguh alasan. next time kita belajar dengan tini eh.

Tuesday, May 3, 2011

Bukan adik Remy Ishak

Tak faham dengan sesetengah orang yang suka buat andaian sendiri tentang hidup orang lain lepas tu sibuk cerita andaian dia pada orang orang lain. dah macam adik beradik pawang panggil hujan. tak pernah betul.

kalau nak tahu hal sebenar tanya tuan empunya badan. selisih bahu 367 kali sehari tapi tak pernah sekalipun nak tanya betul ke tak cerita yang dia dengar. aku manusia tak makan orang. walaupun makan hati tapi tu hati ayam, bukan manusia.

maaflah kebelakangan ni entri agak pms sikit. biasalah, kalau tak pms bukan perempuan namanya. 

sekarang ni banyak kisah yang tak terjangkau dek akal berlaku. emel 1malaysia - misteri osama laden - grup malaysia yang gila nak jadi kpop walaupun tengok muka rasa nak kepuk kepala sekor-sekor - sambungan video seks politikus - rcw kecoh 1 malaysia bila anak kena debik - teka-teki bmi rosmah - dua orang sepupu nak kawin next week (eh ni pun tak terjangkau dek akal ke? mestilah. dua2 muda dari aku!) -  dan macam-macam lagi. *malas nak fikir haha*




jadi apa kita patut buat? duduk kat rumah diam-diam, tengkan hati dan jiwa, jangan berat kepala fikir pasal orang lain, fikir apa patut aku masak hari ni? senang.

makin banyak aku mengarut rupanya. patut berhenti dulu. babai.






eh apa kaitan remy ishak dengan entri ni? tadi aku terbaca pasal dia dalam paper. susah bila jadi orang glamour, sana-sini orang nak sok-sek-sok-sek.buat tu tak kena buat ni salah. tapi yang sadisnya suka sangat tabur cerita sana-sini. aku tak minat pun si remy ni cuma berkongsi situasi je.


kenapalah aku tak baca pasal dr rozmey? kot tak mesti tajuk entri ni akan jadi bukan adik dr rozmey. barulah betul-betul fanatik ddr. kalau ddr terbaca kotlah dia nak ambik aku jadi model produk dia mana tau kan?

Trendsetter



Tuesday, April 26, 2011

Saya bukan tak tetap pendirian, saya bertolak-ansur

Salam...

Ingat lagi tak wishlist mengarut ni? heh. mengarut-mengarut pun kalau dah kata nak tu memang tak boleh buat apa. tinggal external hardisk je yang tak dapat eh bukan tak dapat BELUM dapat lagi. hehe. nak buat wishlist Mei pulak ke? cari maut namanya tu.

hari ni nak cakap pasal KETEGASAN. semalam bos kata aku tak tegas, ikut je apa orang kata cakap walaupun aku tak setuju. pada hari yang sama ada staff cakap aku terlalu ikut kehendak client, takde pendirian. hari tu masa jumpa lawyer company, dia cakap aku kena tegas tak boleh ikut je apa orang beritahu. so bila dah tiga orang cakap benda yang sama dalam masa tak sampai seminggu aku jadi terfikir, betul ke aku jenis lembu ikut je apa orang lain cakap?

recap balik senario-senario zaman dulu kala aku rasa ada betulnya apa yang diorang cakap. cuma aku bukan tak tegas or tak tetap pendirian tapi lebih pada tak sampai hati nak bagitahu hal sebenar/pendirian aku. cehh nak jugak bela diri. haktuih.

contohnya camni, aku tak suka kalau operasi syarikat tergendala disebabkan benda remeh yang tak sepatutnya terjadi dan akan menjejaskan hubungan syarikat dengan client. bukan tak tegas kena marah-marah tapi lebih kepada cover untuk staff dan kebanyakannya melibatkan duit ringgit lah.

kalau staff kena outstation dan finance lambat bagi duit aku akan dulukan duit aku. padahal boleh je suruh staff guna duit sendiri dulu. kalau staff balik dari outstation declare duit tak cukup aku akan topupkan. padahal boleh je mintak staff ganti sendiri. kalau buat event apa-apa bila budget tak cukup aku akan cukupkan. padahal boleh je buat bodoh. kalau elaun pelatih praktikal lambat aku akan bagi duit aku dulu. padahal takde kena mengena dengan hidup aku pun. kalau office nak beli apa-apa aku akan belikan dulu pastu bila claim tapi tak dapat-dapat aku buat senyap je. bukan tak sayang duit tapi sebab malas nak bising.

aku bukan nak cerita pasal aku ni pemurah tak sayang duit ke, tak kisah pasal duit, duit aku berkepuk ke..BUKAN. NEHI. sebab banyak kali jugak aku bagi duit kat orang dalam masa yang sama aku pulak pinjam duit dengan orang lain. tak ke bangang namanya tuh. tapi bukan semuanya melibat duit. ada jugak pasal kerja.

contoh kalau kena outstation staff A kena uruskan pasal travel dia tapi dia taknak buat sebab dia kata bukan kerja dia jadi aku yang tolong arrange untuk dia A-Z tapi dekat form aku letak nama dia. kononnya dia yang buat sendiri. tapi tak semua staff camnih, sorang dua yang rasa baru nak naik. kalau kena mintak approval atau kena jumpa orang kat hq memang muka akulah yang selalu menempek kat sana. sampai ada staff kat hq suh aku apply satu meja kat sana senang kalau gi sana dah ada tempat nak duduk. *sarcasm*

serius dulu aku macam tak kisah pasal semua ni (sumpah seranah dalam hati tak ambik kira ye. haha) tapi bila bos cakap camtu, kira macam aku ni senang untuk diambil kesempatan, rasa macam sentap jugaklah.

aku tak suka bila orang fikir aku macam ni tapi  aku tak tahu macam mana nak explain kat orang lain yang aku tak suka. faham tak? pernah jugak bila rasa takde mood aku kononnya nak tegaslah tapi bila diorang tinggi suara sikit mulalah nak nangis boooboooo. abis tu cuba bagitau macam mana lagi aku nak buat?

benda ni bukan je melibatkan kerja tapi kehidupan peribadi. dengan family, kawan-kawan, adik beradik, kawan rapat eh bukan ke sama je tuh? haha. nampak sangat hidup aku cuma dikelilingi golongan tu je. serius aku tak tahu nak buat macamana nak bagitau kalau aku tak suka buat sesuatu benda tu. kang kalau betul-betul strict orang benci pulak.

ke lebih senang jadi kebencian orang dari beri kesempatan orang take advantage ke atas kita?

cari ilham dalam mimpi

PosLaju : aku bukannya nak cerita aku ni staff contoh walaupun pernah dapat anugerah staff cemerlang (bluwekkk wekkk). bila ada orang tegur aku macam shocked. sentap. dan post entri ni.

Wednesday, April 20, 2011

Konvokesyen untuk kali ke-4.

bila masuk bulan april je tiap-tiap tahun mesti rasa arrrrrrrrrrgghhhh tensionnyaaa nak kena konvo lagikk!!

kalau ikutkan tahun ni dah kali keempat aku ikut konvo. first masa grad uitm dulu dan yang tiga lagi lepas kerja. hah kerja pun siap ada konvo ke? kalau dah konvo empat kali mesti sekarang ni aku dah geng prof dr muhaya mohamad dah. tak pun razak mohaideen. boleh berlakon filem nenek the movie pulak.

tapi nak buek camno kalau dah kojo kuli orghang eh. kono la ikut jugok. kot tak ikut mampuih den kono hompuk dek bos den. memang membongak ah sekojap. best tak nogori aku? ke bunyi cam siam? haha.

esok kena set dalam kepala otak ada raptai konvo pukul lapan pagi dah kena terpacak kat mpk. tak boleh lewat seminit pun. pastu hari sabtu untuk majlis konvo sebenar pukul 7.30 pagi dah kena ada kat sana sebab pukul lapan pintu akan ditutup secara tak automatik. bila tengok aturcara yang menyebabkan aku terpaksa mengorbankan hari cuti terus rasa dengggg! diorang tak tau ke pagi jumaat jadual aku dah tetap kat kedai nasi kerabu abang awie? mana boleh ubah suka-suka hati. ingat lagi tak kisah abang awie yang ni? hehe yang sampai sekarang selalu mengelak sembang lama-lama dengan dia.

tapi kan tapi kan.. kalau student yang konvo tu ada yang aummmmmm macam  kat bawah nih, buatlah konvo tiap-tiap bulan pun tak pe, mak rela nokksss!

yang aummm tu belah kanan ye, bukan kiri.








sekarang ni nak bersiap fizikal dan mental untuk bertahan dalam dewan dari pagi sampai petang tanpa buat apa-apa dan tanpa makanan. demyu!



nak pergi bertapa dalam gua kejap.



Saturday, April 16, 2011

Sudah jatuh dihempuk wilcha

Salam.

dah seminggu aku tak muntah kat sini kan? hape? tak kisah?


.............


nak merajuk sebenarnya tapi tak jadi sebab takde orang pedulik pun kannnnnn. ni nak story mory pasal kejadian selasa minggu lepas. kejadian yang menyebabkan aku berjalan dah macam oku sekarang.

pada suatu hari...jeng jeng jeng.. (tak saspen pun ok)

aku dengan niat yang tak berapa suci murni keluar kat depan rumah nak angkat kain. bukanlah kain yang aku pakai tapi kain kat jemuran. (tu pun nak explain ke?) sajalah nak tunjuk rajin dekat auntie-auntie ngan uncle-uncle kat taman ni kot2 ada anak bujang nak dikenenkan. bila sedar yang semua jiran aku cina terus semangat merudum. jalan pun agak malas di situ dan saat itulah aku tak sedar selipar yang aku pakai tu tapak agak licin. jadi bila aku nak melangkah dekat longkang kecik depan rumah tiba-tiba...

GEDEBUKKK!!!!!

tahukah tuan-tuan bunyi apakah itu? tak payah susah-susah nak teka sebab sound efek memang tak sama dengan bunyi sebenar dan bunyi sebenar memang tak sama dengan ejaan sebab aku tak tau nak eja macam mana bunyi orang jatuh. jadi sila terima yang gebebuk tu efek kepada bunyi jatuh. dan tak payahlah nak bayangkan macam mana rupa aku masa tu.

ya, memang akulah yang tergolek tu. buat show depan rumah sendiri memang best. yang bagusnya sikit pun aku tak menjerit apatah lagi menangis melolong. sopan katanya. mata cepat-cepat tengok keliling kot-kot ada penonton tak berbayar.kalau ada pun mesti apek-apek tu dah berlari masuk dalam rumah sebab takut aku menjerit mintak tolong dia angkat. hahaha.

aku nak bangun cepat-cepat tapi sakitnya Ya Rabbi!!!! terpaksa control cun bangun pelan-pelan dan buat-buat takde apa terjadi. masuk je dalam rumah terus mengadu kat housemate sambil tunjuk luka ngan darah kat kaki. sob sob. then masuk bilik air nak gi mandi plus cuci luka. bila kena je air hah masa tulah baru nak menjerit terpekik terlolong. seyes pedih!

yang tu baru part jatuh. ni yang pasal lepas jatuh kena hempuk dengan wilcha pulak.

tak taulah kenapa hormon aku malam tu nak buat perangai. tiba-tiba dan-dan tu jugaklah nak terpeot aka period pain aka senggugut aka sakit-orang-perempuan-yang-memang-sangat-sakit. aku dengan senggugut dah macam adik beradik kembar seiras. tak boleh berpisah langsung. jadi boleh bayangkan tak macam mana keadaan aku malam tu? tolong simpati dan kutip derma sekarang. (eh?)

kesan dari dua-dua incident tu aku dapat mc 3 hari taauuuuuuuuuuuu.. (2 hari je sebenarnya. 1 hari lagi aku bagi bonus pada diri sendiri).

Jadinya pengajaran yang kita dapat ambik dari kejadian ni ialah :
  • pastikan jangan pakai selipar yang tapak dah haus. tolong beli selipar baru.
  • pastikan niat kena bersih, jangan nak menunjuk rajin depan jiran cina.
  • tolong kira tarikh peot betul-betul. jangan bagi clash dengan tarikh nak jatuh. rugi.

motif entri adalah sangat ke laut. harap tak menyesal baca. hahahha


babai.




Monday, March 28, 2011

Biasalah budak belum baligh memang macam tu.

Salam.


Mood sangat down hari ni. sangat-sangat.


Pernah tak korang rasa nak marah orang tapi takleh orang tu takde depan korang?

Pernah tak korang loya nak muntah bila kena maki hamun dengan orang lain?

Pernah tak korang pelik sebab sepatutnya bukan korang yang kena maki tapi sebab korang yang angkat phone jadi koranglah mangsanya?

Pernah tak korang menggigil nak pitam sebab kawal perasaan daripada nak mengamuk balik kat orang tu?

Pernah tak korang rasa lepas kena marah nak lari balik rumah kemas kain baju dan hantar surat resign hari tu jugak?


ya aku sedang alaminya. dan ya aku kena marah. (macamlah tak pernah kena marah sebelum ni kan). memang penipu besar la kan sepanjang kerja tak pernah kena marah. kerja kat mana-mana pun sama. kalau bukan bos yang marah, mesti kawan-kawan satu office. tak pun kalau deal direct dengan customer percumalah kena tadah telinga kan.

ni kali kedua (kot?) aku rasa depressed macam ni. kali pertama dulu sebab kena maki dengan customer yang maha bekeng siap nak datang baling meja kat muka aku. nasib baik tak jadi kalau tak harus berkampung kat spital. hikhikhik... eh kata depressed? boleh gelak ketawa gumbira lagi. *pujuk diri sendiri*

kali ni aku macam tak boleh terima sebab dah sah lagi confirm benda tu jadi bukan salah aku. tapi customer is always right kan? so kena buat-buat terima lah. WAK LUUU!!! kalau customer tu jenis beradap sopan memang tak kisahla kan. ni jenis yang dah tahu diri tu bodoh tapi sombong memang tak ahhhh. minta maaf aku cakap dia bodoh tapi kenyataannya memang macam tu. aku tahu tahap pendidikan dia macam mana jadi jangan salahkan aku keluarkan perkataan tu.

sebab tu bila dia maki hamun aku senyap je. kalau aku lawan balik maknanya aku dua kali lebih bodoh dari dia. kalau aku marah pun aku marah dalam blog je, aku kan sopan *tetibe*. jadi biarlah dia menjerit sorang-sorang kat dalam phone sebab aku letak gagang atas meja muahahahaha. tu pun boleh dengar lagi suara dia okeh. pakai mic ke hape ntah.

tak payahlah nak perli-perli aku cakap semua staff kat sini mesti cepat kaya sebab makan duit haram macam tu.

ehem ehem...

adik helmi (haa kan aku dah reveal nama kau!), nak tanya sikit. masa datang sini dulu berapa ribu awak bayar ye? eh tak bayar? oooo tajaan rupanya... WEH KO TU DATANG SINI ORANG SPONSOR LAGI NAK BANYAK BUNYIK!!!

tarik nafas.

*astagfirullahalazim*

jangan bagi can setan berparti. kawal perasaan.


banyak lagi sebenarnya ayat-ayat power keluar dari mulut abang sore sedap ni. siap dengan cadangan-cadangan bernas macam mana nak mantapkan prestasi kerja aku. kalau dia belajar tinggi sikit mungkin dia boleh jadi bos aku sekarang.tapi sebelum jadi bos aku, aku nak suruh dia masuk kelas kesedaran sivik atau hafal lagu siti nurhaliza yang budi bahasa budaya kita tu. eh terkutuk lagi.

dahlah lagi banyak aku tulis lagi banyak ayat lemak manis keluar kang.


babai adik helmi. nanti  tunggu i datang dalam mimpi u malam ni. aummmm!!!


PosLaju : eh baru perasan kali ni dah tak nanges bila kena marah. WOOOHAAAAA!!

Wednesday, March 2, 2011

Panas hati.

aku panas hati hari ni.

panas hati sebab kebodohan diri sendiri.

panas hati sebab baru teringat aku defrost peti ais petang semalam tapi lupa nak tutup.

panas hati sebab bila teringat nak tutup suis peti ais hari dah petang dan aku masih kat office.

panas hati sebab bila balik rumah nak tutup peti ais baru sedar kunci tertinggal dalam rumah.

panas hati sebab ada orang kata lsg gay. *tiba-tiba*

panas hati sebab kira duit nak bayar baju club tiba-tiba duit tak cukup.esok dateline.

panas hati sebab gaji belum masuk.




point last paling jujur sebenarnya.

Saturday, February 26, 2011

Blogshop, jangan permainkan perasaan pembeli mu ini. tolonglah.

eh update lagi?

haaa kan aku dah cakap akan update  lapan belas kali sehari hahaha.

sebenarnya sekarang ni tengah bengang dengan satu blogshop ni. kira memang glemer gila la blog tu. follower cecah riban gak ar. yang buat aku bengang tahap gaban ni aku order barang dari khamis 17hb sampai hari ni  barang tu belum sampai-sampai. whatthefish apakah ikan itu?

sebelum ni aku dah beli banyak barang dari blogshop lain tak pernah ada masalah. even kalau barang tu tiba-tiba soldout atau kaler yang aku nak tu takde owner tu mesti  call/emel. takde senyap cenggitu je. masa bagi emel confirmation kemain lagi bagitau barang akan dipos sebaik saja payment dibuat. ya payment dibuat. saja kasi bold sikit nak bagitau macamana aku gelabah bukak m2u dan-dan tu jugak terus buat payment. macam biasa kat email recipient tu letaklah emel blog tu kan (as they wish). tapi sampai sekarang yillek. YILLEK tau tak?

so khamis baru ni aku emel la nak tanya apa citer nih kan senyap je. dan dia reply! tau dia cakap apa?
TERIMA KASIH SABAR MENUNGGU.  perasaan aku?




FAHAM?

Dah ah nak gi nangis bawah bantal sekarang.


PosLaju : barang dah sampai.heh.agaknya kena buat entri macam ni dulu baru berdesup barang tu berlari kat kita ek.apa pun ni pengalaman. lepas ni kena pikir 153254 kali dulu sebelum jengah balik kat blogshop tu.babai blogshop yang dimaksudkan.

Monday, January 31, 2011

Muda-muda dah nyanyuk kenapa?

Kelik kalau rabun.


See perkataan tuh berserta meaningnya sekali? Tak payah berlari masuk dalam bilik untuk ambik cermin mata sebab tuan-tuan tak silap tengok memang itulah yang tertulis kat situ.

Pernah dengar cerita makcik-makcik/kakak-kakak/abang-abang/paklong-paklong pasal kalau sakit sanggup pergi specialist/private clinic daripada ke hospital kerajaan semata-mata tak sanggup mendengar bebelan nurse yang maha garang? Pernah baca ruangan sms komplen kat surat khabar Metro? Berapa banyak sms yang diterima mengadu pasal kena marah dengan nurse? Banyak kan? Ya, bukan semua nurse kat Malaysia ni yang barannya cenggitu, SEGELINTIR saja.Ingat tu, segelintir je. Sila google kalau tak faham maksud segelintir tu. Yelah mana tak kena hamun dek akak-akak nurse kalau sehari berapa ratus orang sakit yang datang, akak-akak tu kena ulang soalan yang sama je. Bawak ic tak? Sakit apa? Nak mc tak? Bak singgit!  Mestilah tension bai.

Aku bukan nak cerita kisah akak-akak nurse sebenarnya tapi biasalah melayu aku kalau  bab ke laut memang nombor wahid. Kisah akak nurse cuma contoh je untuk apa yang berlaku hari ni.Nak detailkan sangat rasanya tak perlulah sebab ibarat melumurkan garam kasar ke luka yang masih basah berdarah (wahh??).

Kronologinya lebih kurang macam nilah :

Lokasi : Tempat belajar aka Tepi Sawah Tok Cah

a) Kata kastemer servis tahap international plus rakyat didahulukan, kenapa bila nampak kastemer (aku) masuk, staf yang ada kat kaunter pura-pura tak nampak dan jalan selaju mungkin masuk ke dalam? Dua kali tekan loceng (selang beberapa minit) baru sengih-sengih keluar. Itik betol.

b) Punyalah lama nak panggil orang yang patut aku jumpa. Mungkin orang tu tengah masak gulai kawah kot *fikir positif* Staf tadi tak bagitau mintak aku tunggu kat mana. So aku yang terpinga-pinga ni ikut dia kat kaunter satu lagi padahal orang yang aku nak jumpa tu tunggu kat kaunter mula-mula tadi. Kuang asam!

c) Aku bagi dokumen kemudian tiba-tiba dia cakap "Sori cik, dokumen ni tak diterima. Sijil tak boleh release lagi". Aku dah macam 'eh whatthe apa ni? Semalam dah confirm boleh amik tiba-tiba boleh tukar pulak?' Dan lepas tu puaslah aku berargument dengan akak tu untuk release jugak sijil tu sebab semalam dia dah janji. Boleh pulak dia buat-buat kena amnesia kononnya tak pernah cakap camtu. Abis tu yang dua orang staf office aku bermeeting semalam tu dengan hantu jerangkung la ye?

d) Aku dah fed-up. Aku rasa tahun ni akak tu akan menang Pekerja Paling Teguh Pendirian aka NYANYUK. Syabas! Aku nak bagi surat sikit untuk akak tu. Harap baca.

Akak, 
Sampainya hati akak buat saya macam ni. Akak ingat dekat ke office saya dengan office akak tu? JAUH TAU TAK? Dahla saya pergi dengan kereta sendiri aka confirmlah tak boleh claim duit minyak. Akak tau tak Ron 97 akan naik sposen esok? Walaupun saya tak guna ron 97 tapi saya tetap marah kenapa nak naik lagi sebab saya tau lepas ni ron 95 pulak yang akan naik.


 Akak,
 Saya cadangkan akak makan E-Brain DCL untuk mengekalkan daya ingatan akak. Saya tahu mungkin akak stress tak boleh update status kat Facebook sebab dah kena block tapi akak janganlah lepaskan kemarahan akak tu pada saya. Penat-penat saya amik docs tu dekat hq akak reject pulak. Kalau betul tak boleh terima kenapa tak cakap dari semalam? Akak sengaja nak mempermainkan hati dan perasaan saya kan? sob sob.


Akak,
Tak pelah kak, kita akan jumpa lagi minggu depan. Saya harap masa tu akak dah start makan E-Brain takut nanti tiba-tiba saya kena datang lagi bulan depan. Kot ye pun akak minat nak jumpa saya selalu tak payahlah tunjuk sangat k sebab saya tak minat pun nak jumpa akak.


Sekian.


Yang bengang dengan sikapmu,
-Cik Bengis-