Saturday, October 23, 2010

Kenapa aku terpaksa tolak cinta mereka?

Siapa yang tak pernah ada pengalaman bercinta dalam hidup sila lempang diri sendiri sekarang!

Bersedialah terima hakikat bahawa hidup anda sangatlah loooser ok. Kau pegi tanya budak tadika 6taun gerenti kau malu pada diri sendiri sebab budak tu dah ada 3 boyfren sebelum ni. 6taun okeh?Kau ada???*mengaku loser*

Sepanjang hidup bertahun-tahun (dah baligh) dah banyak cinta lelaki yang aku terpaksa tolak. Ramai yang kata aku memilih. kot celah mana memilih pun aku tak tahu. My ex2 dulu memang handsome, cukup handsome tapi hati aku tak boleh terima. Entahlah ada aje halangan yang datang macam tak merestui hubungan kami ecehh... Oklah, entry ni just nak share kenapa aku tak boleh get along with all my exs. Sorry to all my exs kalau I terpaksa tunjukkan muka you olls.p/s: mana-mana yang ada penyakit kronik lagi berbahaya dilarang membaca sampai habis dikhuatiri penyakit korang akan menyerang bila-bila masa. Aku bagi warning ni!

Ramai orang kata cinta pertama memang susah nak lupa. So do I ecehhh. wtf ecehh dari tadi tapi tak cerita2 jugak? okla ini adalah cinta pertama aku...



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Handsome tak? Sape kate tak boleh get lost! Dulu bagi budak yang tak akil baligh macam aku dapat yang macam ni dah cukup sempurna dah. dah boleh berlagak bawak gambar pi kelas tayang muka pakwe hahahaha. Sape-sape yang kenal aku dulu memang taulah yang aku dah cukup tangkap leleh lentoks dengan mamat ni. Memang fanatik gile babs ah dengan KRU masa tu. Dari tahun 1992  darjah 2 beb dah pandai tangkap lentok. Masa tu belum ada henfon xleh nak sms2 bagai. Jadi main surat-surat ngan kad-kad jelah. Tingat ada satu kali raya tu aku kirim kad raya kat abang yuci ni. Punyalah panjang aku tulis sampai tak muat kad sambung dengan kertas kajang pulak last-last dia balas IKHLAS DARI:(sign diorang bertiga). Dapat yang gitu pun aku dah besar rahmat sengih sorang-sorang sampai abis raya pastu sambung sengih sampai raya aji pulak. Tapi bila aku masuk matrik hubungan kami macam dah renggang. Dia ajak aku kawen tapi aku cakap tunggu lepas abis belajar. Agaknya abang yuci boring tunggu aku study tak abis2 jadi dia main mata ngan era pajira.

Eh tercrop pulak!

Hancur hati aku bila dapat tau yang dia nak kawen ngan era sobs sobs...Tapi sebab sayangkan study aku terpaksa mengalah sobs sobs...Jadi hubungan kami tamat waktu sebelum dia kawen. Walaupun sekarang dia dah duds tapi tak macam tawar hati dah tak nak pisang berbuah 2 kali hahaha hahkktuih!!




Zamani ni bukanlah aku gila sangat pun. Just spare part je lepas clash ngan Yusry hahahah. Tapi aku suka giler sore dia masa tuh. Kenapa putus? Dia degil. Aku suruh potong rambut dia taknak. Nak jugak simpan rambut rebonding tuh kalah tau rambut aku.




Pastu aku terjatuh cinta pulak dengan mamat nih...


Macam kena paksa senyum je..takutla tu kena pakai baju shell takut orang kata eh ni pump attendant apesal hot sangat?Tak pelah yang penting u hensem i tetap suka. Rugi tau LO ngan scha tak suka u. Dah tak suka banyak bunyi pulak. U pukul2 manja je pun nak bising. U pun selalu pukul i, i tak bising pun. Apa salahnya tolong pukulkan nyamuk kan?

Tapi satu je yang i tak berkenan ngan u tahu tak. Body u yang macam malek noor tu buat i rasa macam berjalan dengan bodyguard body builder je, tough semacam. Dahla u suka pakai baju tarik perhatian orang. Kenapa tak percaya? u tengok nih...

Haaa tak percaya lagi? Tengok ni pulak.

Benci tau! Suka buat orang ingat u single lagi. abes tu i ni u nak campak kat lombong mana? dahla tak nak kawan ngan u lagi sob sob..



Credit to fesbuk Zizan


Hahaha ex yang ni aku suka sangat. Kalau dating dengan dia memang tak kering gusi gigi. Bukan sebab sepanjang masa duk melantak jadi gusi tak sempat kering tapi sebab duk gelak memanjang. Dia tak payah cakap duk diam pun aku gelak bila tengok muka dia. Tengah tulis ni pun aku rasa nak gelak hihihi...

Ok serius sekarang. dulu aku ingat dah sama negeri kelahiran ni senang sikit. Kenduri pun dekat-dekat je tak payah travel jauh. Balik kampung raya pun tak payah gaduh. Tapi punca kami clash pun sebab sikap dia yang tak pernah serius tulah. Ada ke muka aku dah abis ketat giler serius duk cari solution pasal nasib penduduk Palestin yang tak abis2 dikecam dek lahanat Israel dia boleh buat lawak pasal kucing Mak Tin gaduh ngan ayam Pak Rais berebut whiskers? Kan tak de sifat2 humanity tuh? CANCEL.






Bila umur dah dewasa sikit taste pun mula berubah. Nak cari lelaki baik-baik yang soleh gitu hehehehe....

 Nampak tak NUR kat situ? Bukan nur amina dalam nur kasih tu..ni nur cahaya keimanan la hahahahah.... Start suka kat fizz bila tengok nur kasihlah. Sejuk hati perut tengok dia cakap, berjalan, makan semualah. Dah habis nur kasih pun still suka lagi tengok dia. Fizz jadi orang jahat pun aku suka sebab aku dah pesan siap-siap kat dia " kalau abang (dah muka baik, panggil pun kenalah sopan awww) nak berlakon jadi orang jahat boleh tapi kopiah tu jangan tinggal lak. Apa salahnya jadi pembunuh beriman..."


Tang lesung pipit tu yang tak leh tahannnn. Ni masa raya tahun ni. Kaler baju satu tema ngan kaler keta aku hahahaha sweet kan abang fizz? Tapi akhirnya cinta kami kecundang jugak di tepi jalan mati. Tak pela bang, saya redha je abang dengan si almy kurus keding tu. Apalahnya mengalah kalau abang cuba nak solehahkan dia kan? *terharu.baru sedar diri ada sifat dermawan macam ni*.





Lepas kapel dengan ustaz tiba-tiba rasa nak kapel dengan rockstar pulak ngeh3.


 Tabik spring!!!! Inilah bintang batu (rockstar??) kesayanganku ever. Dengan yang ni tak payah cakap banyak...cukup suruh dia nyanyi je dah leh tangkap lentok..Kalau tengok bang pejal perform memang tiba2 jiwa tu terasa nak naik stage perform bersama. Punyalah jauh aura tu datang. Memang semangat ah tengok dia nyanyi. Tapi setiap orang ada masa2 ups and down jadi bang pejal pun tak terkecuali. Korang mesti tau kan kes bukak dada baju dia dulu? Aku pun heran apa yang pelik sangat dia buka2 baju tu sampai kena gam bagai. Oh lupa kat Malaysia artis lelaki tak boleh seksi2, artis pompuan telanjang takpe.

 Tak pelah bang pejal, kalau tak leh nyanyi lagi pasni u terbang jelah. Boleh pergi vacation free tak payah pening2. i jadi u punya lana lang okeh?




Bila dah sampai 6 lelaki ni aku rasa dah penat nak couple. (Wekkkk!) Takut tak jadi lagi. (Wekkk lagi!) takut nanti kena mengalah lagi bagi can kat artis2 pompuan yang baru nak up tuh (nak wekkk lagi tapi tak jadi.tahan je dalam perut).

Tapi kan tapi...........haaa ni aku harap sangat cinta aku yang last akan long lasting macam bateri energizer tu. Kira ni yang last jadi nak biar jadi macam cerita cinderella tu kan  they live happily ever after la konon. Hahaha. Nak tau tak sape my recent boyf? Tak pelah biarlah aku simpan je yang ni dalam lubuk hati yang paling dalam ewahhh..

Ok bai.



















Eh ada lagi? Kenapa pulak macam tak puas hati je muka tu? Okla okla sebab korang dah paksa kan (citt podah!) terpaksalah aku reveal juga sape boyf aku sekarang. Tapi jangan kutuk tau. Boyf aku bese2 je tak de hensem mana pun hehehehe...

Ni dia...

Taraaaaaaa


*Tarik nafas*. Handsomenye!!!!

*Tarik nafas dalam2* Cekci tau!

*Tarik nafas eh terkentut pulak!*

Puas hati???

Hahahahaha. Aku gilakan aaron sekarang. Tolong lempang laju2 sebab minat kat hot daddy camnih!



i jeles tau!



BABAI.


Posmen: TQ to cik gegel sebab simpan semua gambar ex i. Biase dia simpan gambar ex orang nih!

3 comments:

CikKaikazie said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

leh caye ke ni....hua3

CikKaikazie said...

nak suh buat akuan bersumpah ke?