Saturday, February 26, 2011

Annoying dengan kipas susah mati? terajang ke longkang sudah.

rindu aku tak?hahahah.mestilah TAKKKK kan? haha sedar diri diri sekarang. bagi yang perasan aku lama tak update blog/blogwalking terima kasih aku ucapkan sebab anda memang warga emas prihatin. bagi yang buat-buat tak perasan terima kasih juga aku ucapkan sebab buat diri ini rasa loser hahhaha. semangat nak hapdet dah datang jadi jangan terkejut kalau lepas ni aku update lapan belas kali sehari.

*tukar dari mood perasan bagus kepada terlebih gedix*

pernah berpengalaman jadi kipas susah mati mana-mana artis/handsome boy kat sekolah? handsome boy tak payah citerlah sebab takde budak handsome kat sekolah aku dulu huehuehue.

dulu aku dah citer kan pasal ex2 boyf ni kan di mana endingnya aku dah tergolek dog kat si hot daddy tuh. sekarang ni bini aaron aziz dah boleh tarik nafas lega sebab aku dah takmo pandang laki dia dah. haku dah ada chentaaaa baruuuuu hehehehe.

nama Lee Seung Gi. Umur muda lagi (takpe2 setakat satu dua tahun ape dehal ye tak?) awal-awal dulu dah addicted dengan 1n2d ni sebab terpengaruh dengan brilliant legacy. dalam series tu dia jadi cucu nenek kaya yang maha sombong bongkak berlagak dan sewaktu dengannya. kira klise la kan mana-man hero kaya mesti ah sombong dengan heroin. bila agak-agak episod last-last tu barulah nampak ok sket tapiiiiii sombong2 pon handsome ok...cuba kalau hero tu sombong tapi muka buruk tak handsome, takde sape lalu nak tengok citer tuh kan?

sekarang ni aku dalam usaha nak cari dvd series dia yang kedua My Girlfriend Is A Gumiho. series ni dah lama dari tahun lepas lagi tapi tak taulah kenapa belum sampai malaysia lagi. ke kemaman je yang selalu lambat? haih. sapa-sapa ada nampak dvd tu kat mana-mana leh la roger-roger aku eh heheheh.

sapa-sapa yang berdekatan dengan aku sekarang ni (serumah/sebilik/seoffice/sekereta) aku mintak maaf banyak-banyak sebab korang turut terkena tempias kipas susah mati ni. list lagu dalam hp, kereta, laptop atau pc office memang semua lagu-lagu lsg je. nasyid ada jugak selit sikit2 hehe.

jomlah cuci mata dan jantung sekarang.









PosLaju : semua picas ni diambil dari  fanpage lsg ni. moh kelik.



2 comments:

sasa said...

tengok strong heart x??die jd mc..comeel gile..slaloo kena buli dengan ho dong mula2..hehe

CikKaikazie said...

tgk kt youtube je..sbs xde ada kbs je hohohoh..