Sunday, May 29, 2011

Novel Pilihan : Cinta Yang Kurasa

Rajinla pulak nak review nih. takpe, mood tengah baik jadi semua benda aku tengok/beli rasa macam nak buat product review. keh keh. tau la amik marketing tak payahlah nak praktik sangat.

kali ni aku nak citer sikit pasal novel yang baru aku abis baca dua tiga hari lepas.



Sinopsis asal dari sini : :

Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

***

Ini novel ke-10 yang aku beli hasil tulisan anis ayuni. memang sangat-sangat excited bila dapat tahu fav. novelist ada buku baru. hari pertama keluar kat website alaf21 terus aku beli secara online. lebih empat minggu barulah sampai ke tangan aku. T___T

terus terang aku katakan yang aku agak kecewa sedikit dengan novel kali ni. *sikit je* mungkin kerana aku terlalu excited dan mengharapkan buku kali ni memberi kepuasan yang sama sepertimana novel-novel terdahulu. ini kali pertama aku baca novel anis ayuni yang ambil masa selama 4 hari. biasanya takkan lebih 1 hari. selagi tak habis memang aku takkan tidur. selain anis ayuni, ada juga beberapa novelist lain yang kalau aku dapat buku mereka memang takkan ingat benda lain kecuali makan iaitu aisya sofea, lily haslina nasir, matt romeo dan norhayati berahim.

first half novel ni agak boring bagi aku. tu yang sampai 4 hari tuh. bila dah masuk second half barulah excited tu datang. kira macam ambik masa yang lama untuk panaskan enjin. namun yang menjadi pengubat hati ialah sepertimana yang semua tahu gaya penulisan anis ayuni memang antara yang terbaik. penggunaan bahasa dan ayat yang menenangkan mata dan jiwa yang membaca. taklah macam sesetengah penulis lain yang suka guna bahasa pasar dan rojak. kalau rojak tu untuk makan sedaplah juga.

rate : tiga bintang.
patut beli ke tak? : patut. kalau declare diri sendiri sebagai peminat anis ayuni memang wajib beli ok. jangan nak pinjam orang punya.

***

sekarang mood sedang berusaha untuk menghabiskan dua buah lagi novel yang tersadai sejak minggu lepas. aja aja hwaiting! ^o^
waiting list


PosLaju : semua pandangan adalah dari point of view diri sendiri. tiada kaitan dengan yang masih bernyawa ataupun yang telah tiada. tepuk dada tanya selera nak makan apa hari ni. LOL.




2 comments:

sitianis said...

bole kasi tajuk novel yg awk rase best x? cz sy baru minat2 nak bc novel and first novel yg sy bc novel ni laa...yg awk rs 5bintang ke novel ape eh..share plz..

CikKaikazie said...

novel 5 bintang?fuhhhh terlalu banyak sangat.just quote few ye.BIARLAH YM BERBICARA(HANNI RAMSUL),PERGILAH AIR MATA (HANI RAMSUL),semua novel tulisan AISYA SOFEA, ANIS AYUNI, MA LEE CHUSWAN, LILY HASLINA NASIR.

banyak sangat eh?
hehe