Sunday, May 29, 2011

Mereka dah jadi PUAN!

wooo sedih oh dua orang sepupu kesayangan dah tak jadi cik dah. dua-dua dah puan.

hari ni mood sakit kaki dan pinggang. mujurlah semangat bekerja masih tebal. dua hari bertungkus lumus dan bercomot-comotan untuk persiapan kenduri dua sepupu tersayang memang letih. tapi seronok. sangat.


pukul 9 bertolak dari kemaman, sampai kat kuala terengganu lebih kurang jam 12. sekali lagi makan buah langsat. tak tahu bila boleh master dalam bab ingat directions. sampai-sampai je terus ambik tugas pakaikan inai kat pengantin. dah siap semua terus menyibuk kat dapur dengan geng mak-mak. niat sebenarnya cari makanan kahkah.

lepas tu godek-godek hantaran. cari ilham sebenarnya. eh tiba-tiba? hahah. dekat jam 4 semua sibuk mengerjakan telur rebus untuk bagi kat tetamu. dua ribu bijik okeh. mau tak patah pinggang.


dah nak maghrib semua berhenti untuk  semayang pastu sibuk nak siap-siap untuk majlis akad nikah malam tu. yang kakak dah selamat last week, ini akad nikah untuk adik.

pengantin yang kanan ye, kiri tu bapak pengantin pompuan huahuha
dah selamat




esoknya majlis kenduri untuk kedua-dua pengantin. senangkan buat sekaligus, penat sekali je. sebelah pagi untuk along dan izani dulu.




pengantin aka penyambut tetamu. memang serba boleh.

sebelah petangnya pada pukul 2 petang bermula majlis persandingan untuk nani dan pasangan.

 pengantin menepung tawar pengantin. kan dah kata serba boleh.


yang tu jelah gambar yang terdaya untuk diupload. lembap nak mamp meninggal. buat kedua-dua pengantin, along vs izani dan nani vs farhan SELAMAT PENGANTIN BARU. kamu berdua sangat chantek semalam. sila bertungkus-lumus di majlis i pulak ye. hahahah gila kejam.


PosLaju: bila dah ramai-ramai dalam majlis camtuh, soalan cepu cemas memang tak dapat nak elaklah. YANG NI BILA LAGI? MANANYA KAD? BILA NAK LANGSUNG? TAK TERINGIN KE? NAK DUIT TAK? banyak-banyak soalan yang last aku paling suka. sabar ye makcik-makcik, kalau ada nanti saya buat announcement kat tv3 ye.

Novel Pilihan : Cinta Yang Kurasa

Rajinla pulak nak review nih. takpe, mood tengah baik jadi semua benda aku tengok/beli rasa macam nak buat product review. keh keh. tau la amik marketing tak payahlah nak praktik sangat.

kali ni aku nak citer sikit pasal novel yang baru aku abis baca dua tiga hari lepas.



Sinopsis asal dari sini : :

Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

***

Ini novel ke-10 yang aku beli hasil tulisan anis ayuni. memang sangat-sangat excited bila dapat tahu fav. novelist ada buku baru. hari pertama keluar kat website alaf21 terus aku beli secara online. lebih empat minggu barulah sampai ke tangan aku. T___T

terus terang aku katakan yang aku agak kecewa sedikit dengan novel kali ni. *sikit je* mungkin kerana aku terlalu excited dan mengharapkan buku kali ni memberi kepuasan yang sama sepertimana novel-novel terdahulu. ini kali pertama aku baca novel anis ayuni yang ambil masa selama 4 hari. biasanya takkan lebih 1 hari. selagi tak habis memang aku takkan tidur. selain anis ayuni, ada juga beberapa novelist lain yang kalau aku dapat buku mereka memang takkan ingat benda lain kecuali makan iaitu aisya sofea, lily haslina nasir, matt romeo dan norhayati berahim.

first half novel ni agak boring bagi aku. tu yang sampai 4 hari tuh. bila dah masuk second half barulah excited tu datang. kira macam ambik masa yang lama untuk panaskan enjin. namun yang menjadi pengubat hati ialah sepertimana yang semua tahu gaya penulisan anis ayuni memang antara yang terbaik. penggunaan bahasa dan ayat yang menenangkan mata dan jiwa yang membaca. taklah macam sesetengah penulis lain yang suka guna bahasa pasar dan rojak. kalau rojak tu untuk makan sedaplah juga.

rate : tiga bintang.
patut beli ke tak? : patut. kalau declare diri sendiri sebagai peminat anis ayuni memang wajib beli ok. jangan nak pinjam orang punya.

***

sekarang mood sedang berusaha untuk menghabiskan dua buah lagi novel yang tersadai sejak minggu lepas. aja aja hwaiting! ^o^
waiting list


PosLaju : semua pandangan adalah dari point of view diri sendiri. tiada kaitan dengan yang masih bernyawa ataupun yang telah tiada. tepuk dada tanya selera nak makan apa hari ni. LOL.




Wednesday, May 25, 2011

Perbezaan drama melayu dan drama korea

Minta maaf banyak-banyak entri kali ni masih pasal korea. buat yang tak suka boleh click X kat atas tu. aku masih di dalam malaysia cuma feeling di korea. lagipun dah lama tak buka tv melayu. latest ialah semalam, tengok berita tv3 pasal subsidi. adalah 5 minit aku tengok lepas tu terus tukar channel 391. eloklah aku tak tengok habis berita tu sebab macam kejadah hape nak bandingkan sepanyol dan greece dengan malaysia? boleh darah tinggi tahu tak!

back to topic. aku confirm 600% kebanyakan kamu-kamu sekarang mesti suka tengok korean series kan? eleh yang tak ngaku tu malu letteww. takpe mengaku je dalam hati.

aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku perasan bila tengok drama korea dan drama melayu. sinetron tolak jauh-jauh.

1) Hero

paling klise ialah rosyam noor. kalau tanya 10 tahun dulu memanglah dia juara segala hero. tapi kalau tengok tv sekarang ni dia yang jadi hero rasa macam "eh takde muka lain ke nak ambik jadi hero? apa punya taste la producer ni?" sekali tengok producer ialah rosyam noor dan runika mohd yusuf jadi "oh ok. patutlah...."
mostly kita tengok pelakon melayu ramai muka macho, handsome, badan ketak-ketak, ada misai janggut sket kan? jarang sangat muka jambu putih-putih comel-comel. kalau ada pun masa adam af2 berlakon dulu. tapi filem dia tak laku kan? kuang3x.

sebaliknya pelakon drama korea kebanyakannya memang biasalah semua nak jambu-jambu. kalau boleh semua idol group tu nak ambik jadi pelakon. sekarang susah nak jumpa pelakon korea yang muka jantan. dulu memang tangkap leleh habis dengan jang dong gun. tapi sekarang dia dah jadi macam rosyam noor versi korea. dah tua dah. jadi boleh senyap-senyap masuk muzium. haha. sekarang satu-satunya yang boleh challenge jang dong gun ialah hyun bin. dalam survey yang dibuat oleh korea's marketing and r&d untuk march 2011, sepuluh korea's top male actors dipilih dan survey dijalankan di beberapa kawasan di korea and guess what? hyun bin dapat no. 1 ok! my lsg pun takleh challenge dapat no. 8 je hukhuk. tapi untuk kategori top male singers lsg dapat no.1 huahahaha. so sekarang ni dah in love dengan hyun bin. last week baru habis tengok series secret garden, jadi sampai sekarang dalam playlist hanya ada lagu that man by hyun bin je. lsg berehat seketika.hahah over.

oppa, see you soon in 2012. sobs sobs

kesimpulan : drama melayu menang. apa barang muka jambu-jambu kan?

2) Heroin

setakat ni belum ada lagi mana-mana pelakon wanita kat malaysia yang aku boleh capture lakonan mereka yang betul-betul berkesan. oh lisa surihani mungkin. tu pun beberapa minit je dalam lbs yang masa que pukul dia mati-matian. serius aku nangis dowh. haha.

aku salute dengan choi ji woo, the korea hallyu star. walaupun dia tak cantik dan dah berumur tapi lakonan dia dalam stairway to heaven memang mantap. aku tengok 17 kali, 17 kali aku nangis. song hye kyo pun best. both fullhouse and worlds within, lakonan dia memang best. walaupun orang kata dia tu 'queen of the surgeries' tapi lantak dialah kan.

kesimpulan : drama korea menang sikit. sikit pun jadilah kan?

3) soundtrack

drama melayu kalau nak buat soundtrack jarang sangat (ke takde langsung?) lagu tu dibuat untuk series tu. biasanya cilok dari mana-mana artis je. nak-nak kalau lagu dari indonesia. cerita melayu guna lagu tu tup tup sinetron dari sana pun guna lagu sama. hadoiiii. tapi yang paling best ialah kumpulan sisth sense. pernah aku perasan dalam seminggu 5 drama guna lagu diorang walaupun tak declare sebagai soundtrack. gila kentang kan sixth sense.

drama korea mana yang takde soundtrack cuba cakap! wahh garang nih. yela mungkin ada, MUNGKIN ya. tapi kebanyakannya hampir 99% memang ada soundtrack masing-masing. siap ada album lagi. yang paling aku ingat ialah soundtrack untuk fullhouse dan brilliant legacy sebab semua lagu dia best. series lain ada satu dua je best.

kesimpilan : drama korea menang. nak buat drama meletops kena ada budget untuk lagu sendiri, iye dokk?

4) Jalan cerita

drama melayu sekarang dah macam sinetron indonesia. balik-balik kisah adik-beradik berebut harta, makcik-pakcik nak rampas kuasa, makcik-makcik kumpul kat depan rumah mengumpat jiran beli perabot baru bla bla bla.

drama korea? hero mesti orang kaya yang nak mengorat heroin miskin. sanggup buat apa saja nak tunjuk hero sanggup berkorban even bertukar nyawa sekalipun. ending mestilah happy ending. kang kalo sad ending ada yang patah dua dvd tu kang.

kesimpulan : dua kali lima. klise.

5) Kenderaan

Jarang kan tengok pelakon dalam drama melayu naik bas/public transport? kalau ada pun mesti bukan hero.mesti watak-watak picisan yang hidup di bawah paras kemiskinan. hero? mestilah bmw x6, jaguar, bumble bee takpun paling-paling koman pun inspira. kalau hero miskin mesti cerita rempit, pakai lagenda.

cuba kalau drama korea, hero naik bas atau pengangkutan awam ialah perkara biasa. hero berebut teksi dengan heroin (personal taste), hero ternaik bas yang sama dengan heroin tiap-tiap hari sebab nenek tak bagi pakai kereta (brilliant legacy), hero dan heroin naik subway/bas yang maha sempit ramai giler orang pastu hero amik kesempatan tarik heroin duduk dekat-dekat nak protect la kononnya (cofee price/gumiho). see?

kesimpulan : drama korea menang. apa salahnya hero down to earth sikit kan?


dari lima point drama korea menang tiga, drama melayu satu dan satu seri. okla kan. ni cuma pendapat aku je. kalau tak setuju takpe. jangan pulak cakap aku tak sedar diri nak kutuk melayu ke hape. heh heh.

oh ya, sekarang ni satu-satunya drama melayu yang aku tengok ialah nora elena. tu pun bukan setiap hari. adalah seminggu dua kali tengok. tu pun sebab drama tu adaptasi dari novel kasih suci. jadi jalan cerita memang dah tahu jadi tak excited nak tengok. tapi sebab ada aaron aziz tertengok jugaklah. hahah gatal.

ada satu lagi dvd series yang dah beli dari minggu lepas tapi tak sempat tengok. kena tunggu next weekend sebab weekend ni ada kenduri y'all. woh niza pi kenduri oh.

ok takde sape nak heran. babai.

Thursday, May 19, 2011

Musim mengawan

Setakat hari ni dah tak terkira berapa jemputan aku dapat untuk kenduri sepanjang mei dan jun. kalau tengok dari sudut positif memanglah menguntungkan poket sebab cuba kau rasa lapar sikit terus berlari masuk bilik cari kad dan tengok kenduri mana hari ni boleh berdesup pergi mentekedarah. kan dah jimat makan tengahari dan makan petang. makan petang tu untuk yang muka tak malu la nak salam dua kali dengan tuan rumah. kahkah.

tapi kan serius aku rasa tahun ni aku dapat paling banyak jemputan berbanding tahun-tahun lepas. kawan-kawan sekolah dan matrix dulu toksah kiralah. disebabkan sekarang aku cuma buka fb setahun sekali je (eh?) jadi tiap kali buka memang  berderet msg masuk inbox mintak alamat nak pos kad tapi satu pun aku tak balas. haha. yang tag kad kahwin pun ramai. tak masuk lagi yang buat invitation kat fb suh rsvp tapi semua aku tak respond lagi. minta maaflah kawan-kawan, bukan sombong cuma..ntahlah. baca balik entri ni ye?

bila dapat banyak jemputan mulalah nak kaji (baca : bandingkan) kad kahwin polan tu dengan kad minah ni. kad anu tu besar cantik wangi tapi kad anu ni potosetet a4 je. aippp aippp tak baik tau banding-bandingkan camtuh. tu usaha dia, kemampuan dia sukati dialah. tapi kan dalam banyak-banyak isi kandungan kad kahwin tu ada satu je yang menimbulkan kecurigaan (ning baizura sila mainkan cd anda sekarang). aku tak faham kenapa yang ruang TURUT MENGUNDANG tu kena letak semua nama mak ayah adik beradik yang memang sah-sah akan menyibuk masa majlis tu? ke sepatutnya memang kena tulis macam tu? serius aku nak tahu ni. sekarang bila aku dapat kad, mata memang otomatik akan cari part tu.tapi ada jugak yang ada kesedaran tak buat camtuh. kira diorang sedar tanpa nak TURUT MENGUNDANG sangat pun, memang muka mak ayah adik beradik yang diorang kena hadap dulu masa hari kahwin tuh.

setakat hari ni dalam banyak-banyak undangan aku cuma attend satu je. tu pun akad nikah sepupu sendiri. majlisnya dua minggu lagi. mati weh kalau aku tak pergi. buatnya che su aku sumpah jadi sesumpah tak ke haru? buat masa ni gambar belum ada (tunggu sapa-sapa tag kat fb je) sebab aku tak ambik gambar sangat hari tu. aku kan takde dslr. tetibe.

bila tengok sepupu yang paling rapat dah settled down, tiba-tiba nafsu nak kahwin pun turut membuak-buak. kenapa macam lucah je membuak-buak ni? ok tukar. turut membara. eh macam sama je. haha.

takpe, aku bagi peluang dulu untuk sepupu sepapat baya adik-adik ni untuk amik turn. aku kemudian takpe. takkan lari gunung dikejar. yelah gunung memang takkan lari ke mana pun. tapi kau ingat umur tu boleh stop-stop ke? penat kejar tahun ni berhenti rehat kejap sambung kejar tahun depan. takdenye derrr!


Poslaju : Terima kasih buat semua yang sudi mengundang walaupun tahu aku memang liat yang amat nak berkenduri-kendara nih. mana-mana yang dekat tu aku akan cuba jugak untuk hadir. tengah tunggu kad orang tu nak berkenduri kat pulau redang ni. lambat benor kadnya. posmen berenang dari pulau tak sampai-sampai lagi.



Wednesday, May 11, 2011

Lagu untuk semua

Salam,

Pernah tak kamu dengar lagu yang sepatah haram kamu tak faham tapi boleh membuatkan kamu depressed? dan juga sedih. T___T



semangat tolonglah datang balik.



Poslaju: thanks to cik tini yang comel kerana award tu. sorry tak pernah join untuk award/contest jadi tak tahu nak buat apa. hahaha lame sungguh alasan. next time kita belajar dengan tini eh.

Sunday, May 8, 2011

Senyum kembung.

Lokasi kejadian :
Restoran makanan tak berapa segera. servis lembap.

Pelakon :
Watak utama 1 : Gadis A (pelanggan di restoran makanan tak berapa segera).
Watak utama 2 : Lelaki A (pekerja/cashier di restoran makanan tak berapa segera)
Watak picisan  : Gadis B (pelanggan juga di restoran tak berapa segera itu. *berapa kali nak ulang ni??*)

Adegan :
Gadis A sedang beratur untuk membeli makanan tak berapa segera dan diserve oleh Lelaki A. Gadis B berada di belakang Gadis A sedang membajet nak beli apa cukup ke tak duit semua sambil menguping telinga perbualan dua watak utama.

Lelaki A : hai selamat datang blablabla nak melantak dekat sini ke tapau?
Gadis A : satu makan sini satu tapau.
Lelaki A : nak oder apa cik?
Gadis A : set ciken cop tu berapa? (sambil tangan tunjuk ke arah papan iklan)
Lelaki A : rm9.90 cik..
Gadis A : iye ke??? *buat muka*
Lelaki A : *tercengang* haaahh?! *cover balik* oh semua sekali rm10.50 termasuk TAX.
Gadis A : tax tu apa?
Lelaki A : cukai. (sabarlah hati)
Gadis A : oklah saya amik set ciken cop tu je taknak cukai.
Lelaki A : ???????????????? (terus hantar surat resign)

Gadis B : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAAHA!!!!


moralofthestory : jangan biarkan orang yang beratur di belakang berdiri terlalu dekat hingga boleh dengar perbualan kita. kalau dia sama jakun takpe.

Thursday, May 5, 2011

Bila lelaki join kelas make-up...

Mesti korang kata lelaki tu auww auww kan?

aku pun. haha.

semalam office aku buat kelas grooming dan make-up. cool kan? apa ingat kalau office buat mesti jenis kursus yang duduk dalam hall yang aircond sejuk nak mati pastu mata tersengguk-sengguk tunggu breakfast lunch tea time je kan? hoh.

yang bestnya kelas tu waktu office jadi tak payah buat keje eh tak tak haha. yang bestnya sebab tak ramai orang. 12 peserta je jadi penceramah tu bolehla pay attention lebih kat muka sorang-sorang.oh dalam 12 orang tu 11 je perempuan, sorang lagi jantina berlainan. memang percuma je kena bahan. memang havoc lah ada yang sorang tu. dia marah sebut nama penuh dia, suruh panggil sam je. hahaha comel.

kelas kali ni dianjurkan oleh mary kay, well-known jugakla kan. cantik okeh akak yang bagi ceramah tu. nama kak linda. dahlah muka flawless gila, pregnant 4 bulan homaigod tengok muka kalah anak dara. padahal make-up nipis sangat-sangat. dua orang pari-pari (assistant) pun cantik-cantik tapi tetap takleh lawan kak linda gojes.

mula-mula diorang suruh kita rate muka sendiri, tengok tahu ke tak jenis muka sendiri. kulit ni macam-macam jenis. ada yang kulit berminyak, kering, kusam, berjeragat, jururawat jerawat dan macam-macam lagi. aku bantai je kulit muka aku jenis apa sebab memang tak pernah check pun. takkan nak tulis kulit saya dah cantik takde masalah langsung. kau ingat kau baby?

then dia akan tengok pulak yang sebetulnya dan mark kulit kita sesuai dengan skin cara nombor berapa. aku dapat no.2, produk untuk kulit normal. kelas atau kursus macam ni bagus sebenarnya untuk semua, bukan perempuan je. sebab dia akan ajar step by step bermula dari cara kita cuci muka hinggalah ke make-up. sebelum ni kalau cuci muka tu macam ambik syarat je kan. letak foam-tonyoh kat muka 10saat-tadah muka kat air-siap.

aku takdelah nak detailkan apa yang kitorang belajar semalam sebab kelas tu 3 jam tau tak. memang cramp ah bontot nak tunggu sampai habis. cuma macam kursus make-up lain juga lepas sesi cuci muka - pakai masker - cuci balik - dan jeng jeng tibalah masa yang dinanti semua orang. make-up time!

muka teruja gila nak mula make-up. dah dapat free goodies berisi macam-macam alat make-up takkan tak teruja, ye dok? walaupun sebelum ni memang selalu make-up tapi jenis cincai jelah. tau letak eye shadow, eyeliner, blusher tapi semua main bantai je. agak-agak muka dah cun (uwekkkk) kira oklah.

tapi yang tak bestnya semua orang dapat eyeshadow color sweet2 pink pastel gitu aku sorang je dapat biru apehal?

ada berani?   

minta maaflah takde gambar betul aku cilok dari google je. memang tak teringat langsung pun nak bergambar bagai.

yang paling aku suka pasal product mary kay ni ialah dia punya foundation dan juga masker. kak linda bagi kami guna Mary Kay@Full-Coverage Foundation. tak payah guna tebal-tebal pun dah boleh cover seluruh muka. nampak natural macam tak pakai pun. jimat sungguh. masker tu pulak tak pasti jenis apa tapi memang puas hati gila bila pakai. dia suruh apply kat sebelah muka je untuk dapatkan perbezaan. lepas cuci semua terus hilang kedut-kedut kat antara pipi dengan hidung tu. sebelah lagi tetap ada. ajaibkan?

mesti ada yang tertanya-tanya (oloh!) berapa ratus yuran nak masuk kelas grooming dan make-up ni kan? kitorang cuma bayar RM10 jeeeee! dapat goodies berisi trial pack 3 color eyeshadow, 1  cheek color, 1 lipstick dan juga baucar bernilai RM10. berbaloi-baloi kan?

sapa-sapa yang nak buat kelas camnih kat office dia atau dengan kawan-kawan leh contact aku (wah?) nanti aku bagi contact no. kak linda. kak linda tu memang sporting plus kelakar gila. eh bukan gila. kelakar sangat-sangat.

masa dan manusia sangat-sangat mencemburui aku. sekarang sedang menaip dalam gelap sebab bos dah tutup lampu aircond semua. bos jeles. kena balik sekarang sambung kat rumah.

babai.


tambahan : walaupun entri ni semua pasal make-up je tapi kelas ni banyak juga sentuh pasal etika dan penampilan. ceramah dekat sejam. tak boring tapi fun!



Tuesday, May 3, 2011

Bukan adik Remy Ishak

Tak faham dengan sesetengah orang yang suka buat andaian sendiri tentang hidup orang lain lepas tu sibuk cerita andaian dia pada orang orang lain. dah macam adik beradik pawang panggil hujan. tak pernah betul.

kalau nak tahu hal sebenar tanya tuan empunya badan. selisih bahu 367 kali sehari tapi tak pernah sekalipun nak tanya betul ke tak cerita yang dia dengar. aku manusia tak makan orang. walaupun makan hati tapi tu hati ayam, bukan manusia.

maaflah kebelakangan ni entri agak pms sikit. biasalah, kalau tak pms bukan perempuan namanya. 

sekarang ni banyak kisah yang tak terjangkau dek akal berlaku. emel 1malaysia - misteri osama laden - grup malaysia yang gila nak jadi kpop walaupun tengok muka rasa nak kepuk kepala sekor-sekor - sambungan video seks politikus - rcw kecoh 1 malaysia bila anak kena debik - teka-teki bmi rosmah - dua orang sepupu nak kawin next week (eh ni pun tak terjangkau dek akal ke? mestilah. dua2 muda dari aku!) -  dan macam-macam lagi. *malas nak fikir haha*




jadi apa kita patut buat? duduk kat rumah diam-diam, tengkan hati dan jiwa, jangan berat kepala fikir pasal orang lain, fikir apa patut aku masak hari ni? senang.

makin banyak aku mengarut rupanya. patut berhenti dulu. babai.






eh apa kaitan remy ishak dengan entri ni? tadi aku terbaca pasal dia dalam paper. susah bila jadi orang glamour, sana-sini orang nak sok-sek-sok-sek.buat tu tak kena buat ni salah. tapi yang sadisnya suka sangat tabur cerita sana-sini. aku tak minat pun si remy ni cuma berkongsi situasi je.


kenapalah aku tak baca pasal dr rozmey? kot tak mesti tajuk entri ni akan jadi bukan adik dr rozmey. barulah betul-betul fanatik ddr. kalau ddr terbaca kotlah dia nak ambik aku jadi model produk dia mana tau kan?

Trendsetter