Wednesday, May 25, 2011

Perbezaan drama melayu dan drama korea

Minta maaf banyak-banyak entri kali ni masih pasal korea. buat yang tak suka boleh click X kat atas tu. aku masih di dalam malaysia cuma feeling di korea. lagipun dah lama tak buka tv melayu. latest ialah semalam, tengok berita tv3 pasal subsidi. adalah 5 minit aku tengok lepas tu terus tukar channel 391. eloklah aku tak tengok habis berita tu sebab macam kejadah hape nak bandingkan sepanyol dan greece dengan malaysia? boleh darah tinggi tahu tak!

back to topic. aku confirm 600% kebanyakan kamu-kamu sekarang mesti suka tengok korean series kan? eleh yang tak ngaku tu malu letteww. takpe mengaku je dalam hati.

aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku perasan bila tengok drama korea dan drama melayu. sinetron tolak jauh-jauh.

1) Hero

paling klise ialah rosyam noor. kalau tanya 10 tahun dulu memanglah dia juara segala hero. tapi kalau tengok tv sekarang ni dia yang jadi hero rasa macam "eh takde muka lain ke nak ambik jadi hero? apa punya taste la producer ni?" sekali tengok producer ialah rosyam noor dan runika mohd yusuf jadi "oh ok. patutlah...."
mostly kita tengok pelakon melayu ramai muka macho, handsome, badan ketak-ketak, ada misai janggut sket kan? jarang sangat muka jambu putih-putih comel-comel. kalau ada pun masa adam af2 berlakon dulu. tapi filem dia tak laku kan? kuang3x.

sebaliknya pelakon drama korea kebanyakannya memang biasalah semua nak jambu-jambu. kalau boleh semua idol group tu nak ambik jadi pelakon. sekarang susah nak jumpa pelakon korea yang muka jantan. dulu memang tangkap leleh habis dengan jang dong gun. tapi sekarang dia dah jadi macam rosyam noor versi korea. dah tua dah. jadi boleh senyap-senyap masuk muzium. haha. sekarang satu-satunya yang boleh challenge jang dong gun ialah hyun bin. dalam survey yang dibuat oleh korea's marketing and r&d untuk march 2011, sepuluh korea's top male actors dipilih dan survey dijalankan di beberapa kawasan di korea and guess what? hyun bin dapat no. 1 ok! my lsg pun takleh challenge dapat no. 8 je hukhuk. tapi untuk kategori top male singers lsg dapat no.1 huahahaha. so sekarang ni dah in love dengan hyun bin. last week baru habis tengok series secret garden, jadi sampai sekarang dalam playlist hanya ada lagu that man by hyun bin je. lsg berehat seketika.hahah over.

oppa, see you soon in 2012. sobs sobs

kesimpulan : drama melayu menang. apa barang muka jambu-jambu kan?

2) Heroin

setakat ni belum ada lagi mana-mana pelakon wanita kat malaysia yang aku boleh capture lakonan mereka yang betul-betul berkesan. oh lisa surihani mungkin. tu pun beberapa minit je dalam lbs yang masa que pukul dia mati-matian. serius aku nangis dowh. haha.

aku salute dengan choi ji woo, the korea hallyu star. walaupun dia tak cantik dan dah berumur tapi lakonan dia dalam stairway to heaven memang mantap. aku tengok 17 kali, 17 kali aku nangis. song hye kyo pun best. both fullhouse and worlds within, lakonan dia memang best. walaupun orang kata dia tu 'queen of the surgeries' tapi lantak dialah kan.

kesimpulan : drama korea menang sikit. sikit pun jadilah kan?

3) soundtrack

drama melayu kalau nak buat soundtrack jarang sangat (ke takde langsung?) lagu tu dibuat untuk series tu. biasanya cilok dari mana-mana artis je. nak-nak kalau lagu dari indonesia. cerita melayu guna lagu tu tup tup sinetron dari sana pun guna lagu sama. hadoiiii. tapi yang paling best ialah kumpulan sisth sense. pernah aku perasan dalam seminggu 5 drama guna lagu diorang walaupun tak declare sebagai soundtrack. gila kentang kan sixth sense.

drama korea mana yang takde soundtrack cuba cakap! wahh garang nih. yela mungkin ada, MUNGKIN ya. tapi kebanyakannya hampir 99% memang ada soundtrack masing-masing. siap ada album lagi. yang paling aku ingat ialah soundtrack untuk fullhouse dan brilliant legacy sebab semua lagu dia best. series lain ada satu dua je best.

kesimpilan : drama korea menang. nak buat drama meletops kena ada budget untuk lagu sendiri, iye dokk?

4) Jalan cerita

drama melayu sekarang dah macam sinetron indonesia. balik-balik kisah adik-beradik berebut harta, makcik-pakcik nak rampas kuasa, makcik-makcik kumpul kat depan rumah mengumpat jiran beli perabot baru bla bla bla.

drama korea? hero mesti orang kaya yang nak mengorat heroin miskin. sanggup buat apa saja nak tunjuk hero sanggup berkorban even bertukar nyawa sekalipun. ending mestilah happy ending. kang kalo sad ending ada yang patah dua dvd tu kang.

kesimpulan : dua kali lima. klise.

5) Kenderaan

Jarang kan tengok pelakon dalam drama melayu naik bas/public transport? kalau ada pun mesti bukan hero.mesti watak-watak picisan yang hidup di bawah paras kemiskinan. hero? mestilah bmw x6, jaguar, bumble bee takpun paling-paling koman pun inspira. kalau hero miskin mesti cerita rempit, pakai lagenda.

cuba kalau drama korea, hero naik bas atau pengangkutan awam ialah perkara biasa. hero berebut teksi dengan heroin (personal taste), hero ternaik bas yang sama dengan heroin tiap-tiap hari sebab nenek tak bagi pakai kereta (brilliant legacy), hero dan heroin naik subway/bas yang maha sempit ramai giler orang pastu hero amik kesempatan tarik heroin duduk dekat-dekat nak protect la kononnya (cofee price/gumiho). see?

kesimpulan : drama korea menang. apa salahnya hero down to earth sikit kan?


dari lima point drama korea menang tiga, drama melayu satu dan satu seri. okla kan. ni cuma pendapat aku je. kalau tak setuju takpe. jangan pulak cakap aku tak sedar diri nak kutuk melayu ke hape. heh heh.

oh ya, sekarang ni satu-satunya drama melayu yang aku tengok ialah nora elena. tu pun bukan setiap hari. adalah seminggu dua kali tengok. tu pun sebab drama tu adaptasi dari novel kasih suci. jadi jalan cerita memang dah tahu jadi tak excited nak tengok. tapi sebab ada aaron aziz tertengok jugaklah. hahah gatal.

ada satu lagi dvd series yang dah beli dari minggu lepas tapi tak sempat tengok. kena tunggu next weekend sebab weekend ni ada kenduri y'all. woh niza pi kenduri oh.

ok takde sape nak heran. babai.

2 comments:

parkker said...

Ni dah kira minat sampai ke tulang rusuk ko ek....

Daddylicious said...

haha....hentam saja asal hati puas...