Sunday, May 29, 2011

Mereka dah jadi PUAN!

wooo sedih oh dua orang sepupu kesayangan dah tak jadi cik dah. dua-dua dah puan.

hari ni mood sakit kaki dan pinggang. mujurlah semangat bekerja masih tebal. dua hari bertungkus lumus dan bercomot-comotan untuk persiapan kenduri dua sepupu tersayang memang letih. tapi seronok. sangat.


pukul 9 bertolak dari kemaman, sampai kat kuala terengganu lebih kurang jam 12. sekali lagi makan buah langsat. tak tahu bila boleh master dalam bab ingat directions. sampai-sampai je terus ambik tugas pakaikan inai kat pengantin. dah siap semua terus menyibuk kat dapur dengan geng mak-mak. niat sebenarnya cari makanan kahkah.

lepas tu godek-godek hantaran. cari ilham sebenarnya. eh tiba-tiba? hahah. dekat jam 4 semua sibuk mengerjakan telur rebus untuk bagi kat tetamu. dua ribu bijik okeh. mau tak patah pinggang.


dah nak maghrib semua berhenti untuk  semayang pastu sibuk nak siap-siap untuk majlis akad nikah malam tu. yang kakak dah selamat last week, ini akad nikah untuk adik.

pengantin yang kanan ye, kiri tu bapak pengantin pompuan huahuha
dah selamat




esoknya majlis kenduri untuk kedua-dua pengantin. senangkan buat sekaligus, penat sekali je. sebelah pagi untuk along dan izani dulu.




pengantin aka penyambut tetamu. memang serba boleh.

sebelah petangnya pada pukul 2 petang bermula majlis persandingan untuk nani dan pasangan.

 pengantin menepung tawar pengantin. kan dah kata serba boleh.


yang tu jelah gambar yang terdaya untuk diupload. lembap nak mamp meninggal. buat kedua-dua pengantin, along vs izani dan nani vs farhan SELAMAT PENGANTIN BARU. kamu berdua sangat chantek semalam. sila bertungkus-lumus di majlis i pulak ye. hahahah gila kejam.


PosLaju: bila dah ramai-ramai dalam majlis camtuh, soalan cepu cemas memang tak dapat nak elaklah. YANG NI BILA LAGI? MANANYA KAD? BILA NAK LANGSUNG? TAK TERINGIN KE? NAK DUIT TAK? banyak-banyak soalan yang last aku paling suka. sabar ye makcik-makcik, kalau ada nanti saya buat announcement kat tv3 ye.

5 comments:

PeNgEmiS dUniA said...

wow ! anda pula bila ? ;)

i just wonder , bila la turn fad . lalala~

Nini Hartini said...

oh sorang sanding pagi, sorang petang? mcm tu pulak eh? hehe..

soalan cepumas tu mmg wajib tau. nnt bila dah kawen, bila nk pregnant pulak? tu lah soalannya. bila dh dpt 1, bila nk dpt anak lg? mcm2 tak ke sudah. hehe

ciknecr said...

kamu bila lagi?

CikKaikazie said...

@fad:
jgnlah tmbahkan bilangan orang yg bertanya ye fad hahahaha


@tini:
yela kan.manusia ni tak pernah puas.ada je nak ditanya

CikKaikazie said...

@ciknecr:
tanya diri sendiri ke?

hahahhaha