Thursday, May 19, 2011

Musim mengawan

Setakat hari ni dah tak terkira berapa jemputan aku dapat untuk kenduri sepanjang mei dan jun. kalau tengok dari sudut positif memanglah menguntungkan poket sebab cuba kau rasa lapar sikit terus berlari masuk bilik cari kad dan tengok kenduri mana hari ni boleh berdesup pergi mentekedarah. kan dah jimat makan tengahari dan makan petang. makan petang tu untuk yang muka tak malu la nak salam dua kali dengan tuan rumah. kahkah.

tapi kan serius aku rasa tahun ni aku dapat paling banyak jemputan berbanding tahun-tahun lepas. kawan-kawan sekolah dan matrix dulu toksah kiralah. disebabkan sekarang aku cuma buka fb setahun sekali je (eh?) jadi tiap kali buka memang  berderet msg masuk inbox mintak alamat nak pos kad tapi satu pun aku tak balas. haha. yang tag kad kahwin pun ramai. tak masuk lagi yang buat invitation kat fb suh rsvp tapi semua aku tak respond lagi. minta maaflah kawan-kawan, bukan sombong cuma..ntahlah. baca balik entri ni ye?

bila dapat banyak jemputan mulalah nak kaji (baca : bandingkan) kad kahwin polan tu dengan kad minah ni. kad anu tu besar cantik wangi tapi kad anu ni potosetet a4 je. aippp aippp tak baik tau banding-bandingkan camtuh. tu usaha dia, kemampuan dia sukati dialah. tapi kan dalam banyak-banyak isi kandungan kad kahwin tu ada satu je yang menimbulkan kecurigaan (ning baizura sila mainkan cd anda sekarang). aku tak faham kenapa yang ruang TURUT MENGUNDANG tu kena letak semua nama mak ayah adik beradik yang memang sah-sah akan menyibuk masa majlis tu? ke sepatutnya memang kena tulis macam tu? serius aku nak tahu ni. sekarang bila aku dapat kad, mata memang otomatik akan cari part tu.tapi ada jugak yang ada kesedaran tak buat camtuh. kira diorang sedar tanpa nak TURUT MENGUNDANG sangat pun, memang muka mak ayah adik beradik yang diorang kena hadap dulu masa hari kahwin tuh.

setakat hari ni dalam banyak-banyak undangan aku cuma attend satu je. tu pun akad nikah sepupu sendiri. majlisnya dua minggu lagi. mati weh kalau aku tak pergi. buatnya che su aku sumpah jadi sesumpah tak ke haru? buat masa ni gambar belum ada (tunggu sapa-sapa tag kat fb je) sebab aku tak ambik gambar sangat hari tu. aku kan takde dslr. tetibe.

bila tengok sepupu yang paling rapat dah settled down, tiba-tiba nafsu nak kahwin pun turut membuak-buak. kenapa macam lucah je membuak-buak ni? ok tukar. turut membara. eh macam sama je. haha.

takpe, aku bagi peluang dulu untuk sepupu sepapat baya adik-adik ni untuk amik turn. aku kemudian takpe. takkan lari gunung dikejar. yelah gunung memang takkan lari ke mana pun. tapi kau ingat umur tu boleh stop-stop ke? penat kejar tahun ni berhenti rehat kejap sambung kejar tahun depan. takdenye derrr!


Poslaju : Terima kasih buat semua yang sudi mengundang walaupun tahu aku memang liat yang amat nak berkenduri-kendara nih. mana-mana yang dekat tu aku akan cuba jugak untuk hadir. tengah tunggu kad orang tu nak berkenduri kat pulau redang ni. lambat benor kadnya. posmen berenang dari pulau tak sampai-sampai lagi.



4 comments:

Nini Hartini said...

kad tini dulu, TURUT MENGUNDANG SEISI KELUARGA. tapi kad tini dulu pihak suami yg buat. so redha je lah apa yg siap walaupun x sama dgn taste tini. hehe


bila nk dtg kad wangi dari Niza ehhh..haha

alia zarfullah said...

MUSIM MENGAWAN? OOO TIDAKKK. KENA SIMPAN KUCING DALAM SANGKAR NI. HEHE

CikKaikazie said...

@tini
besday tini bila? meh nak hantar kad siap sembur perfume satu botol haha.

CikKaikazie said...

@alia
kucing takde musim.asal ada partner ikut suka dia je hahah