Tuesday, February 8, 2011

Solusi berkesan untuk mangsa traffic

Hello drivers!

Eh kenapa drivers?

Sebab kita semua kan pemandu kat dunia ni so drivers la. Tak kirala pemandu kereta, lori, bas, kapal selam ataupun pemandu lulusan sekalipun semua tu kita panggil pemandu. Tak tau pemandu lulusan tu apa? Pernah jadi AJK Konvokesyen tak? Pergi apply sekarang untuk rasakan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya bila barisan yang anda sedang pandu tu terhenti separuh jalan sebab lagu Negaraku dah dimainkan. Biru mukaku memandang CEO di atas pentas.

*iklan tamat*

Macam mana dengan cuti CNY korang? Happening tak? Mestilah happening kalau tiap hari ade je aktiviti nak dibuat. Pergi kenduri-kendara dan tidur sepanjang hari pun kira aktiviti jugaklah. Aktiviti aku? uhhhh mestilah lebih happening dan pening. Kerjanya cuma meredah lautan kereta yang tak pernah surut sebab semua orang sibuk nak balik bakar mercun sama-sama. Tak pun nak pasang tanglung.

Bila dah raya jalan pun mulalah nak beraya bersama. Semua jalan macam mengalu-alukan kedatangan kereta untuk berada lebih lama lagi di atasnya. Macam pasang gam. Tak bergerak langsung. Bila jalan jammed otak kita pun akan jadi jammed. Bila dua-dua dah jammed mulalah semua benda yang terlintas kita nak carutkan. Kereta potong belah kiri kita rasa nak berlari kejar kereta tu lepas tu wushu muka driver tuh, burung terbang nun jauh kat atas langit pun rasa nak tembak pastu buat bbq 16 rasa nyum2. Kebanyakan pemandu yang terperangkap dalam kesesakan trafik akan terasa boring/menyampah/meluat/nak-cepat-baliktengokdoraemon dan sewaktu dengannya.

Ada bran? *cik gegel punya*

Tapi pernah tak kita fikir secara positif kebaikan yang kita akan dapat dari kesesakan trafik ni? Cepat fikir cepat.

Salah satunya ialah kita boleh gunakan masa yang ada tu untuk membaca. Tak kiralah buku agama, novel, majalah, buku teks Sejarah, katalog Giant waima buku panduan telefon sekalipun. Bila kita membaca otak kita akan fokus sepenuhnya pada pembacaan dan kita tak ada masa nak fikir bila kereta nak gerak dan bila nak sampai kat tempat yang kita nak pergi tu. Barulah tercapai kempen Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. *bangga* Tapi kena alert jugaklah jangan sampai kereta depan dah gerak 10 batu kau baru nak masuk gear.

Selain tu kita juga boleh bersihkan habuk-habuk kat dashboard yang sebelum ni tak pernah amik tahu pun. Tahu hantar car wash saja. Kalau ada partner kat sebelah lagi senang berduet membersihkan dashboard, lantai, kusyen dan silap-silap kalau ada air mineral lebih korang boleh keluar cuci kereta sekali. LOL.

Bagi pencinta makanan, inilah masanya korang melantak sepuas-puasnya apa saja makanan yang ada sebab masa ni tak de siapa nak larang (kalau soranglah). Kalau boleh bila musim perayaan, stok makanan kena masukkan dalam list sekali. Taklah kebulur nanti kalau 4 jam stuck dalam jammed. Dan kalau ada makanan lebih tu hulur-hulurlah sikit kat jiran depan dan belakang. Sharing is caring, kan?

Cari jodoh.
heh siap bold bagai. Bab cari jodoh semua macam semangat kan? *mengata dulang*. Sebelum ni dah ramai yang bagi tips tempat-tempat yang sesuai untuk cari jodoh. Antaranya MASJID *alhamdulillah*, tempat kenduri, shopping complex, rumah member ada adik cun/abang handsome dan juga kubur. Eh kubur pun boleh apa. Anak-anak yang datang ziarah kubur tulah calon jodoh bukannya nek nak okeh. Nak moden sikit, tengah traffic jam pun sempat. Snap je gambar kereta/tuan punya kereta pastu upload dalam facebook. Tulis caption "akhirnya aku berjumpa dengan jodohku. Pemilik kereta sila hubungiku di talian 0123456789". Nampak tak usaha di situ?

Siapa yang tak pernah amik gambar dalam kereta? haaaa agak-agak ar kalau nak menipu pun. Takkan tak pernah an? Macam istilah awek-awek sekarang ni, camwhore. Ambik gambar sendiri atau bergambar dengan awek/pakwe dengan tangan bertongkat di dagu atau kembongkan pipi sambil booolatkan mata *bajet*. heheh tu jugak antara aktiviti sihat yang boleh kita amalkan semasa terperangkap dalam jem. Dan lepas tu wajib upload dalam facebook dan buat folder khas tajuk stok geli gila gedix hahahahha. *terasa*.

Test vokal. Ok yang ni practical untuk yang bakal menghadiri audition  AF9 tak lama lagi. Bezanya tak ada pengkritiklah. Korang boleh melalak puas-puas sampai tercabut anak tekak pun takde yang marah. Kalau nak ada pengkritik buka semua tingkap kereta biar kereta sebelah tolong judgekan. Tapi bersedialah mental dan fizikal tuk terima kutukan/carutan pedas dari pengkritik bebas ni.

Tu sajalah yang aku dapat kongsi kali ni. Kalau ada cadangan lain bolehlah topupkan. nak tolong topup henfon pun boleh. Jadi mulai sekarang bolehlah kita setkan minda kita bahawa traffic jam bukanlah seteruk yang kita duk sangka selama ni. Mohla kita pakat ramai-ramai berhappy-happy menikmati kelajuan kereta-bak-siput-sedut-tercabut-cengkerang okay?


Babai.

4 comments:

Mr. Swift said...

Haha, muntah sekali kat sini! :DD



Mr. Swift Currently Posted : Email Kontroversi Dari Lisa Surihani!

ciknecr said...

bergambar tangan di dagu???huhuhu..ada pengalaman ke?

Miecyber said...

Janganlah ada yang tertidur pulak semasa membaca tu...

Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion

CikKaikazie said...

mr swift:
thanks tolong muntah sini hehehe

ciknecr:
hahhaha nk tgkkah tangan di dagu itu?

miecyber:
kl tertidur satu hal lain plk jem kat situ hehe