Sunday, April 10, 2011

Hari jadian

Semangat baru pulih. Mood harus happy sikit hehehe.sikit ke???

satu hari tau tak aku pegang henpon tiap saat duk jeling-jeling kot-kot ada sms masuk tak sedar ke, kotlah  henpon bunyi aku tak dengar ke...manalah aku tau sebab deria pendengaran sekarang agak tak membantu langsung. mana taknya kalau ringtone tu sama je dengan lagu yang letak dalam winamp setiap hari. pernah dulu masa duk gebang ramai-ramai dalam bilik housemate, siap layan lagu dari playlist henpon. tiba-tiba aku dengar bunyi lagu jaiho (ringtone henpon satu lagi. fav. tuh. sampai sekarang aku tak tukar) dan-dan tu jugak aku capai henpon dan duk hello hello sengsorang. memang free je kena bahan ramai-ramai.

maaf sedikit tersasar di situ. jom kembali ke jalan yang benar. dan akhirnya lebih kurang 4.58 pm ada satu call in. waaaaaa memang dari orang yang ditunggu-tunggu!

memanglah sedikit sentap bila time birthday, orang yang kita sayang buat-buat tak ingat/lupa nak letak reminder kat henpon. sedih woh. sebelum-sebelum ni bangun pagi-pagi je mesti dia call tak pun sms.(call pagi-pagi nak spotcheck dah semayang subuh ke tak sebenarnya). tiba-tiba tahun ni hari dah nak gelap baru nak wish apehal? wah emo nih.

hahahah takdelah nak emo sangat pun. mana boleh emo weh..mak sendiri tuh. emo lebih-lebih kang sapa nak masak sedap-sedap kalau aku balik rumah?

malu oh bila tengah cakap dengan ma tiba-tiba leh nangis. terharu plus sedih sebab ingat ma dah tak ingat anak dia sorang yang tercampak kat sini. maklumlah sekarang ni ma dengan abah tengah bergumbira di putrajaya. bila adik call jumaat lepas cakap ma ngan abah nak gi putrajaya sebab iman masuk wad dan nurin sakit, terus aku cuak. mesti kes teruk sebab ma nak terus pergi dan-dan tu jugak.

tapi bila ma call tadi kecuakan tu terus hilang. sebab suara bercakap yang semangat dan background yang sangat bising macam duk kat fun fair pun ada. baru balik dari makan nasi arab katanya. aku lupa birthday abangcik pun hari ni. fineeee.

sekadar gambar hiasan untuk tatapan ma dan abah. anakmu ini memang multitasker.


PosLaju : Perubahan memerlukan sokongan dari orang sekeliling. Jangan robohkan tekad ini. Tolonglah.

PosLajuGiler : Bunga dan perempuan memang tak dapat dipisahkan kan? hehehhehe

7 comments:

ciknecr said...

jai ho..ohh aku ingat situasi itu..

CikKaikazie said...

Ohh jangan diungkit kisah seram itu. untuk 18PL je.

Miecyber said...

Kasih ibu tiada tandingannya....

Tandas segera

Nini Hartini said...

bila birthdaynya? happy birthday...

rindu tau...dok menunggu entry terbaru tp senyap je. finally hapdet gak hah.

CikKaikazie said...

sangat betul!!!

CikKaikazie said...

@tini 10april..tima kasih.intenet hampeh sket. lembap nak update. rindu? haha malu pulak ai...

Nini Hartini said...

eh..eh..malu pulak?hehe...