dia cakap aku dah macam artis sekarang. semua orang yang masuk bilik dia dia akan tunjuk album tu. suruh tengok perbezaan aku dulu dan sekarang. aku masih blur. tak tahu album apa yang dimaksudkan. last-last bila dia cakap tu album aku yang aku simpan kat ofis lama di hq masa baru masuk kerja tahun 2008 dan aku pun omjayyyyyyyy!!! tu album zaman kanak-kanak ribena kat uitm dulu tuhhhhhhh.
kenapa ada dengan dia? kenapa aku boleh tinggal kat situ? kenapa aku tak ingat aku ada album tu? siapa dah tengok? kenapa dia tengok? sapa suruh dia tengok?
dan bila aku ke hq maka terjadilah beberapa sesi bertemu peminat yang dah tengok album aku. betul-betul macam artis. antara komen-komen yang diajukan ialah :
- album awak ke yang saya tengok kat bilik cik eny tu? (diiringi gelak kihkihkih)
- adik awak ke yang pakai tudung kaler sekian-sekian. sebijik la muka. (dah sah-sah tu muka aku)
- ni kakak dia ke? kenapa kakak lagi cantik? (fineeeee)
- kenapa dagu dulu runcing je? sekarang...(sila sambung ayat sendiri)
- baju ni ada lagi tak? muat lagi ke? (keji gila)
dahlah aku tak sanggup nak dengar. takut meroyan macam semalam.
ADA LORI ADA BAS
KAU TUNGGULAH GILIRAN KAU NAIK BAS!
3 comments:
bila nak naik bas?nak tumpang skali?
alaaa nk tengok gak albam tuu
pastu nk tanya solan banyak2 sampai ko meroyan buat sekian kalinya
huahuahua :p
ENTRY HOT : Nak Merajuk
ciknecr:
ada bas ada lori
sila naik bas sendiri
nora:
hahahaha keji giler..
Post a Comment