Sunday, March 27, 2011

Kenapa benda ni takde masa aku amik SPM dulu? kalau tak dah jadi professor dah.

SKOR A



Pagi jumaat lepas ada orang promote suruh join benda alah ni pada aku dan housemate.


tempat kejadian : kedai makan nasi kerabu femes kemaman
masa kejadian   : dan-dan lepas habis mencekik nasi kerabu dengan nescafe tarik. memang terbaek ah timing.
tukang promote : tokey kedai nasi kerabu
(see berapa kali aku tulis nasi kerabu? iklan percuma!)


kedai ni dah macam destinasi wajib kena pergi setiap pagi jumaat. kalau tak pergi macam tak lengkap, rasa macam pakai baju tak pakai seluar. hahaha sanggup tak pergi berjalan2 tak pakai seluar? kalau tak sanggup baik pergi je makan kat kedai tu. eh macam takde kaitan pun. abaikan.


so lepas je letak sudu garfu atas pinggan tiba-tiba tokey kedai a.k.a abang awie (nama sebenar. tak tahu samada dia peminat setia wings ke tak) panggil kitorang suh duduk kat dia. dengan muka tak malu kitorang bangunlah, mana tau dia nak cakap hari ni dia bagi makan free ke kan. harapan tu kena ada.


bila duduk je dia hulurkan template pasal program ni. masa tu muka dua-dua orang dah macam apa, kecewa sebab ingat dapat save duit makan free, rupanya kena dengar ceramah macam mana nak kaya. tapi sebab dah duduk terpaksalah dengar jugak takkan nak berambus pulak. macam-macam yang abang awie cakap. siap tunjuk gambar dia gi seminar pastu tangkap gambar dengan jutawan muda umur baru 21 tapi income RM1.2 juta dalam masa dua tiga bulan. masa tu aku dah interested sikit. bukan interested nak join tapi interested nak mintak no phone jutawan tu. mana tau ada jodoh kan? hahahah.


lepas tu adalah dia mention nama dua tiga menteri yang iktiraf program ni. paling spoil bila dia sebut nama rosmah mansor. potong stim! aku dah cuit-cuit kaki housemate kat bawah meja. takde nama lain ke nak sebut? cakaplah siti nurhaliza ke, rosminah sidek ke ada jugak mood nak dengar.


apapun aku tahu program ni memang bagus untuk semua pihak. sebagai ahli kita akan dapat side income lebih untuk shopping tampung perbelanjaan harian, sebagai ibubapa tak perlu susah-susah hantar anak pergi tuisyen mahal-mahal lagi. boleh pantau je dari rumah atau di mana saja. dan sebagai pelajar kelebihan program ni berlipat kali ganda lagi sebab boleh belajar dan usaha sendiri dengan bantuan program skor a ni.lagipun soalan-soalan direka bercorakkan 'game' jadi tak rasa stress sangat. daripada adik-adik 24/7 mengadap komputer main games tembak-tembak / jual telur ayam baik jawab soalan kat portal ni kan?


aku dah baca satu review pasal program skor a kat satu website ni. apa yang aku dapat rumuskan ianya tak lebih daripada sebuah sistem MLM yang biasa. kena jadi ahli, cari downline sekian-sekian orang, jadi upline, dapat bonus mingguan/bulanan, tiada batasan untuk income. sky is the limit. meaning selagi kau rajin kerja tunggang terbalik income kau boleh cecah sampai 1juta sebulan. logik eh?


aku takde masalah dengan MLM ni semua, cuma sebagai manusia aku ada sikit keraguan untuk sistem macam ni. dari mana company dapat duit nak bayar ribu-ribu pada ahli, berapa income bos/CEO yang buat program ni, macam mana dia rolling duit yang orang bayar dan macam-macam lagi.


so sapa-sapa yang dah join atau pernah terdengar pasal program ni mungkin boleh share pengalaman korang. jangan kedekut, aku pun nak kaya jugak.


PosLaju : sangat depressed bila selalu sangat orang yang join MLM sibuk cerita pasal kekayaan/kejayaan orang lain. polan tu baru dapat cek RM500k lepas join sebulan dua. mana cek tu??? tunjuk sat aku nak tengok!

6 comments:

ciknecr said...

paling suka bila dgr duit byk2..camne nak join ni???hahaha

parkker said...

MLM........HUHUHU,toya mat amin..

CikKaikazie said...

ciknecr jom kita usaha usha no fon jutawan muda tu dr abg awie jom!hahaha

CikKaikazie said...

parkker sapa si toya tuh?

Nini Hartini said...

adik tini ada gak guna skor A ni. tp 20% history di computer adlh dua buka skor A. 80% lg main facebook. Baguskan? haha...

Tini byk pglmn join MLM. Pastu mst lah upline ckp dia dpt cek gitu, gini, lepas setahun tini lari dr upline tu, jumpa dia naik bas balik kg. mane BMW mata belalang kau? haha

parkker said...

mat amin la...xkenal ke? anak pak usin ngongek tuuuu..