Tuesday, March 8, 2011

Bertukar password emel,facebook dan blog antara pasangan. Perlu ke?

 Nampak question mark pada tajuk? tak perlu tergesa-gesa menjawab, sabar dulu.

perkara ni terlintas di fikiran aku beberapa hari lepas bila aku update status kat facebook pasal orang curi-curi baca sms di henfon. tapi bukan tu yang aku nak bebel hari ni. cerita pasal lain cuma konsepnya tetap sama. berkongsi privasi.

kalau antara pasangan (kita cakap tentang pasangan girlfriend boyfriend ok bukan suami isteri) mungkin ada yang anggap bila kau jadi boyfriend/girlfriend aku semua benda hak milik kau akan jadi hak milik aku. jadi bila orang sms kau maknanya orang tu sms aku juga. aku ada hak nak baca sms kau. ni contoh saja. tapi....



betul ke?

..........................

budaya bertukar password antara pasangan ni dah wujud dari dulu. belum zaman friendster dah ada orang buat macam ni. sesetengah orang mungkin rasa kewlll gilewww mengaku dengan kawan-kawan dia yang password facebook pakwe ada dalam kepala otak dia. kadang-kadang siap tolong updatekan status sekali. pastu log in balik guna account sendiri dan komen. huehuehue.

sebenarnya benda ni pada aku tak ada masalah langsung. setiap orang ada pendapat masing-masing (ayat klise pasha sanda jawab soalan reporter) jadi terpulang pada individu itu sendiri. aku cuma bercerita dari sudut pandangan aku yang selalu memikirkan kewajaran perlu ke sistem pertukaran password ni antara pasangan bercinta.

First kita tengok kebaikan dia dulu. awal-awal mestilah baik-baik saja.

...

untuk pasangan yang rasa insecure sebab dapat pasangan yang terlampau hensem/cantik, perkara ini memang diwajibkan. nak-nak kalau pasangan korang tu selebriti popular, ketua pengawas sekolah, ydp mpp, ketua kelas tingkatan 1 Bijak atau ketua pasukan bola sepak kolej. peratusan untuk ditinggalkan adalah tinggi memandangkan pasangan mempunyai terlalu banyak pilihan. jadi dengan adanya senjata password ini korang bolehlah kontrol sikit dan tengok kot-kot ada awek cun add pakwe korang kat facebook terus boleh reject  tanpa belas kasihan. mesti pakwe korang pelikkan sebab dalam friendlist ada dekat 4000 tapi semuanya lelaki. apehal?


kejujuran. bila bertukar password menunjukkan kita jujur pada pasangan kita dan takde benda yang nak disorokkan. clean and clear. tak payah takut-takut pakwe tahu rahsia korang curi-curi fb chat dengan bekas pakwe. gembiranya hati bila hidup senang camni bukan hidup dalam ketakutan dan percaya kejujuran kunci kebahagian sebuah perhubungan bukannya kebahagian dalam perpisahan *tiba-tiba teringat shahir*.

jom kita cekidaut disadvantages dia pulak.

first, ofkos akan mengundang perbalahan antara pasangan. setiap orang ada sejarah masing-masing. walaupun dah putus tak semestinya tak boleh berkawan betul tak? bila dah jadi macam ni pasangan kenalah terima hakikat bahawa tak ada salahnya kalau tiba-tiba ex pakwe/makwe korang add di facebook ataupun komen pada status sebagai seorang kawan. pasangan tak bolehlah marah atau tiba-tiba tarik muncung patbelas off henfon taknak cakap lancar mogok etc etc kan? chill ok.

tak ada privasi. kalau semua benda dah dikongsi apa lagi yang tinggal untuk kita? kemain excited buka cerita kat pakwe :

sayang tadi i tengok video kat fb i seram gilerrr u. i tengok sambil pejam mata lagi. nanti i tag u video tu eh.

TAK PAYAH. I DAH TENGOK. I BUKA FB U PAGI TADI. MAMAT MANA TAK PAKAI BAJU ADD U TUH?


kecewa tau tak?


.....
 
keburukan yang paling ketara sekali ialah kalau jodoh korang tak panjang, sanggup ke buat account baru? sekali dua mungkin ok. kalau asyik on and off lima nam belas kali? dengan orang berlainan pulak tu hahaha eden tak sanggup eh.

aku bernasib baik sebab belum pernah pakwe/ex pakwe mintak password2 segala macam ni. mungkin dia takut kalau dia mintak aku akan mintak dia punya jugak. punahlah harapan dia nak main mata dengan naib pengerusi kelab pemasaran tu kan? opps! terlebey suda...


lastly,



siapa nak tukar2 password aku sila angkat lutut!




PosLaju : kepada semua yang bertanya sapa makhluk yang baca sms di henfon aku tu jangan risau. takde kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sedang nazak. baik bacakan surah Yasin pada yang nazak tu lagi elok. dapat pahala.

12 comments:

parkker said...

wahhh,susah gak kl org x jujur ni ek...

PeNgEmiS dUniA said...

haha . fad dulu pnah bg kt org , pastu last2 tka je snyp2 . haha

CikKaikazie said...

bkn ssh tp menyusahkan...

CikKaikazie said...

fad xtuka pswd laen ke heheheh

Unknown said...

perbalahan tu aku sokong..

Soffea Rahim said...

sukew sgtz entry ni.stju seratus peratus ! :)

Soffea Rahim said...

sukew sgt entry ini coz setuju SERATUS PERATUS.hehe. :)
and your way of writing is entertaining!

Unknown said...

sebenarnye kalau dua2 pasangan tu jujur, xde masalah pun bertukar password..lainla kalau memng byk skndal kat dlm sosial network tu, memang cari nahas la jawabnye..hahahaha

noa said...

kalau masing2 dah jujur n percaya each other, tuka2 p/word ni takyah arrr

ENTRY HOT : Lucah Day :p

CikKaikazie said...

HS:
tq sokong heheee

sofea:
sy up 200% hehe..tq..

Nini Hartini said...

Dulu ms belum kawen, mmg x pernah betukar2 pswd ngn bf. mmg sy tak kan bg kalau dia mintak sekalipun. mujur dia x mintak...tp, dia rela hati bg pswd friendster dia.(zmn tu fb x femes lg)..hehe...sbb dia jrg check, so minta sy tlg check. dah diberi, jgn lah salah guna kepercayaan pula. hoho...

tp kalau saya? sanggup clash je dpd bg. itu kan privasi. Dah kawen ni lainlah. jgn kate pswd fb, no pin bank pn suami tau. Yg pntg kepercayaan

Terima kasih! :)

CikKaikazie said...

btol2.dah kawen memang tak kisahlah kan nak bagi.tapi kalau kapel2 je baik takyah..