Thursday, August 11, 2011

Bila chef niza ke dapur

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni dah hari ke11 kita puasa. eh bukan kita sebab aku puasa baru 9 hari heh. memang dah macam kebiasaan bila masuk je bulan puasa menu makanan setiap hari akan bertukar-tukar dan berganda-ganda. dah takde stok maggie rendam air panas atau pun tumis sardin dan telur dadar. puasa bai, apa kelas maggie2 ni suma? cehh.

puasa tahun ni nafsu memasak begitu membuak-buak tak macam tahun-tahun lepas. yelah, kalau tahun lepas pasar ramadhan dah jadi macam rumah kedua masa bulan puasa. semua benda nampak MACAM sedap, semua benda nak beli, semua benda nak try. kesudahannya tersadailah makanan tu malam karang. masing-masing perut dah boyot, jeling je tengok makanan tak habis. membazir kan?

tahun ni alhamdulillah...boleh dikata hampir setiap hari aku dan housemate akan memasak. hampir setiap hari tuh. disebabkan weekend adalah hari cuti maka kami isytiharkan cuti memasak untuk diri kami jugak. hehe. jadi weekend memang haruslah menerjah makanan di pasar ramadhan.

kenapa aku rajin masak tahun ni? well... taklah rajin sangat. disebabkan ada geng memasak jadi kira semangat sikitlah. kenapa? ingat surau dan mengaji je ada geng? *sangat tiba-tiba* selain daripada  boleh berjimat, kita jugak boleh mengasah skill memasak yang tak berapa ada di sepanjang bulan puasa. kan best tu 30 hari puasa boleh masak 30 jenis lauk pauk yang berbeza. selain tu bila kita masak sendiri, senang nak makan banyak makanan yang dimasak dijamin kebersihannya berbanding makanan dari luar. aku dengar orang perbandaran cerita ada gerai minuman yang cedok air dari tandas awam untuk dijual ke orang ramai di pasar ramadhan. sangat yuckkkks okey!

sepanjang dua minggu ni, aku dan cik housemate dah masak pelbagai (wah hiperbolanya) jenis lauk pauk. tapi yang simple-mimple jelah. kalau nak cari ikan siakap 68 rasa ke, ketam goreng berlado ke, memang taklah kan. walaupun taklah sesedap mana tapi agak-agak tekak boleh terima tu, kira oklah.

tapi yang paling menyayat hati bila buat sup ayam dua tiga hari lepas. padahal sebelum dah berpuluh kali buat okey je takde masalah. tiba-tiba hari tu entah lori garam mana parking depan rumah, aku pun tak tahulah. punyalah banyak lori tu bawak garam sampai boleh terbalik lori tu. pasal tulah sup aku pun kena tempias. hebak tak perumpamaan aku? sup ayam jadi masin yang bukan setakat masin biasa tapi masin yang amattttttt sangat. cik housemate aku memang pemasin tapi bila cakap sup tu masin sangat2 maknanya memang betullah masin. eh banyaknya perkataan masin heheh.

nasib baik boleh oter balik. kalau tak haruslah dua-dua masuk spital malam tu jugak.


morale of the story : boleh confident tapi jangan over. seksa orang lain tahu tak!










7 comments:

sumaiyah mokhtar said...

hehehehe nanti nak masak mintak tlg sape2 yang tk puasa tlg rase. hehehe :)

parkker said...

xpe2...katil hospital byk lg yg kosong tu..hehehe

ciknecr said...

takde bukti ke????

Nini Hartini said...

ala biasala niza, bulan puasa masak tawar masin tu boleh dimaapkan. hehe

tp biasa beli kt baazar mcm x tahan lama je. nk buat uk sahur, mcm dah basi.

CikKaikazie said...

@sumaiyah
duk ngan housemate 2org je.dua2 puasa.abih camno?

CikKaikazie said...

@parkker
ada pengalaman ke duk katil spital?

parkker said...

ish2...xde lg.xnak duk sana,seram sangat...