Sunday, June 12, 2011

Budaya tengok bola yang takkan pernah hilang!

Salam.

Kalau tak buat entri pasal bola semalam pun semua orang tahu negeri mana yang tak dapat cuti menang. aipp aippp bukan TAK dapat ye, BELUM dapat. MB tolong faham ayat saya baik-baik sebab saya siap birukan lagi.

semua orang maklum bagaimana keadaan stadium semasa dan selepas perlawanan kan? memang meriah. botol air dengan plastik dah macam props tambahan untuk mencantikkan kawasan padang. belum kira lagi bunga api,mercun, bendera yang penonton bawak untuk kibar dan buang lepas habis perlawanan. memang marvelous abis!

aku yang tengok kat tv pun rasa sakit mata bila tengok banyak sangat sampah sarap kat mana-mana ceruk stadium. tak kiralah sebelah penonton kelantan ke terengganu. memang teruk. dan senario sebegini memang biasa kita nampak dan akan sentiasa nampak pada masa akan datang selagi stadium masih berfungsi.


kepada abang2, akak2, pakcik2, adik2 yang kemain semangat pergi ke stadium semalam, korang tak rasa kesian ke dekat makcik-makcik/pakcik-pakcik yang kena kutip sampah korang tu? berat sangat ke nak buang sampah sendiri? memanglah makcik/pakcik dibayar gaji sebab tu kerja diorang tapi tak boleh ke buat stadium tu macam rumah sendiri? lepas minum air ada ke korang campak botol dengan plastik tu sesuka hati? cubalah buat kalau rasa nak kena hambat keluar dek mak bapak.

bila tengok keadaan tu semalam aku teringat clipping dari series 1n2d di mana the members ke busan dan berpeluang untuk menyaksikan korean baseball league dan merasai betapa uniknya tradisi penduduk busan terhadap sukan ini.


apakebende banyak oren ni?

see that orange plastic bags hanging on the ahjussi's head?    




ya, yang dipakai di atas kepala mereka itu ialah plastik sampah yang mana kita selalu guna untuk buang sampah (of courselah!).

tapi kenapa diorang ikat kat kepala? 

*brilliant*puji diri sendiri

sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan sokongan dan kesatuan mereka terhadap sukan yang menjadi kebanggaan penduduk di busan. menurut trip 1n2d, plastic tersebut diedarkan dalam masa 10 minit kepada hampir 30,000 penonton. WOW!

namun di sebalik agenda sambutan itu, agenda tersembunyi ialah untuk mendorong semua penonton untuk mengambil sampah mereka sendiri sebelum keluar dari stadium. unik kan? mula-mula bagi plastic untuk ikat kat kepala to cheerish the moment kemudian dah habis enjoy semua pakat kutip sampah masing-masing. the cleaners tengok pun boleh senyum lebar sebab ringan sikit kerja diorang.

kenapa kita tak boleh buat macam mereka?


sebab kita semua ada penyakit.



























penyakit MALAS!


PosLaju : kepada yang tak tahu series 1n2d, sila klik!

3 comments:

Anonymous said...

org melayu langsung x macam mat saleh..penyokong bola sepak melayu mmg ramai..tapi, x profesional sbb asyik baling sampah dalam stadium..cuba tngok stadium mat2 saleh..mane de pagar..stadium malay je kena letak pagar

CikKaikazie said...

btol3
siap kena ada gap lagi antara penyokong lawan..

Nini Hartini said...

Maaf, i sangat kampung. haha. oren utu utk negeri mana?... ermm budaya tgk bola mmg dh lama hilang dr diri tini. hehe.. x minat sgt bola malaysia. kadang2 layan jugak klu xde keje.

Spicy Chicken DalBokeumTang 닭볶음탕

.