Sunday, January 30, 2011

Jangan nak handsome sangat boleh tak?

Pernah rasa down atau sedih sampai susah nak buka mulut untuk senyum pada orang sekeliling? Pernah rasa tersisih sebab kawan-kawan rasa annoyed sebab bila buat lawak kau ketat mulut tak gelak langsung? Pernah rasa nak gelak tapi langsung tak de faktor penyumbang kegelakkan itu?

Meh sini ubatnya.
 

Kenal tak?

Tak? Huhu meh nak bagi klu lagi.


Cute tak?


Tak kenal lagi? Ok2 ni last. yang ni memang aci potong kuku korang mesti kenal punyalah.hehe


*Pengsan*

*Sedar dari pengsan*

Kan dah cakap sure kenal kan? (sedapkan hati sendiri padahal sorang pon tak faham apa aku nak cakap). Okla baik aku reveal sekarang sebelum ada yang letupkan muka aku sat lagi.


Lee Seung Gi, Lee Soo Geun, Kang Ho Dong, Eun Ji Win, Kim JongMin


 2 days 1 night

Inilah ubat sebenarnya yang kadang-kadang membuatkan aku senyum sendiri sampai kalau orang tengok mesti ingat aku kurang waras atau paling tidak sedikit gila. Start tengok series ni sebab dulu dah addicted dengan Brillliant Legacy yang ada Seung Gi yang super handsome walaupun perangai dia dalam citer tu memang annoying gila. Dalam program ni kelima-lima artis akan travel ke seluruh Korea untuk memperkenalkan tempat-tempat yang menarik sekaligus mempromosi Korea ke seluruh dunia. (kat Paris pun ada tayang program ni tau). Di setiap checkpoint semua peserta akan diberi beberapa cabaran yang gila mencabar dan semua pemenang akan diberi ganjaran yang best2. Biasanya makananlah, tak pun asingkan tempat tidur pemenang dengan loser. Kau bayangkan kalau musim winter macamana si loser nak tidur kat luar bilik dengan tak ada alat pemanas whatsoever... beku tau tak?

Untuk sapa-sapa yang ada simpton-simpton yang aku nyatakan di awal tadi aku syorkan tengok show ni yang membuatkan kita akan tergedik-gedik nak masukkan dalam wishlist azam tahun depan iaitu untuk holiday kat KOREA!


Tapi inilah penyebab utama punca kegedikkan itu...


*Pengsan lagi*
Bangun balik.

Dan....


eeuwww malu i!
*niza pengsan tak bangun-bangun*

Tolonglah niza jangan nak gedik sangat!


PosLaju : All picas credit to cik gegel.

PosLajuLaju : Post ni disedut kat sini ngeh3.

2 comments:

ciknecr said...

kenapa aku pengsan bila tgk gmbr yang 1st tu...

CikKaikazie said...

hahaha suci gila wehh jiwon masa tuh..