Wednesday, January 5, 2011

Toleh Belakang Sekejap.

Happy new year!!!





Hahahah dasar muka tak bersalah punya budak. Tahun baru dah pat hari, hari ni baru terhegeh-hegeh nak wish-wish bagai. Lembap faham tak? Yela aku mengaku aku lembap. Dahla lembap comel pulak tu eh eh wadde?

Hahah. Serius sekarang.

Bila dah masuk tahun baru ni rasa janggal pulak nak menulis. (Tu pun nak bagitau ke?). Perasaan bercampur-baur. Rojak. Ok kita lupakan benda tak penting ni. So macam bloggers lain jugaklah bila masuk je tahun baru mesti nak recap balik apa yang jadi sepanjang tahun lepas kan? BETULLLLL. Kan aku dah cakap. Ok ni aku amik randomly je. Nak suruh ingat exact tarikh, masa, tempat , berapa kali kentut masa tu memanglah sumpah tak ingat kan?

Inilah listnya.

1) Merasa pakai kereta sendiri. Cukup berlagak tak letak dalam list nombor atas sekali?haha. Aku tau korang pun pernah rasa kan macamana rasanya bila dapat merasa bawak kereta sendiri nak-nak kalau kereta korang tu stok yang layak bawak pengantin baru berarak dari rumah ke hotel. Perasan perasaan dia memang lain macam sket. Myvi? Binatang apa tu? Ok fine.

2) Mengimprove skill memasak. Bila duduk jauh dari family secara otomatiknya skill memasak tu akan naik dengan sendirinya tanpa perlu dikerah. Start dari pandai tekan suis kettle sampailah boleh memasak gulai kawah macam katering untuk kenduri kawin sendiri ngeh3. Tambahan pula bila tinggal serumah dengan geng-geng yang tak pandai tak berapa mahir memasak, jadi di situlah karektor chef terkenal akan timbul seolah-olah aku ni memang anak Chef Wan sejak azali lagi. Elia tolong jangan terasa ok. Tapi yelah dah namanya anak dara kan memang yang senang-senang jelah. Bermula dengan goreng-goreng, tomyam-tomyam, sup-sup, masakmerah-masakmerah dan sebagainya hinggalah ke udang masak lemak cili api semuanya dah ditry. Soal berebut udang dalam mangkuk gulai dengan tangan tak perlulah kita cerita ya. Oh ya, masak lemak tu bukan aku yang masak. Kalau aku masak mungkin bukan setakat berebut udang dalam mangkuk tapi kemungkinan akan saling membunuh sesama sendiri.

3) Dapat 3 anak sedara serentak dalam masa kurang 3 minggu. Abang. angah dengan acik. Boy, boy and girl. Nama? hahaha agak blur sket...tapi eh jap...Muhammad Hazim Uzair, Naim Iman Qayyum & Puteri Nur Dania Haifa. hahah cik kak lulus ingat nama yang berjela macam keretapi tuh. Nanti nama anak aku (wah??) nak letak nama pendek-pendek je, senang nak panggil. Mat, main sini jap! Jadi nama pun akan jadi Mat bin dot dot. Jadi sapa-sapa yang ada cita-cita macam aku bolehlah masuk meminang sekarang. Eh???

4) Bertukar bos. Dulu bos aku lelaki sekarang dah tukar perempuan. Bukanlah bermakna bos aku yang dulu dah buat pembedahan tukar jantina tapi memang totally tukar orang lain, nama lain, badan lain, muka lain, kentut pun bau lain. Faham? Ramai orang kata tak boleh nak cope dengan bos pompuan. Cerewetlah, banyak songeh, kuat komplen, moody blabla bla tapi eh kenapa macam tengah cakap pasal diri sendiri je ni?LOL. Tapi kan kenapa aku rasa best je bila berboskan seorang perempuan ek? Bagi aku bila dapat bos perempuan ni kita akan rasa sedikit bebas menyuarakan pendapat, boleh makan-makan dalam bilik bos sambil tengok bos concentrate buat kerja, boleh ajak bos shopping tudung dan ajar cara pakai belit-belit, boleh gelak-gelak bersama tanpa stress dan tanpa perlu kaver sopan. Setakat hari ni alhamdulillah lagi sebab dapat bos yang tak menstresskan aku. Harapnya kekallah sampai bila-bila kan bos kan?

5) Jap nak fikir apa lagi yang jadi tahun lepas. Eh nak fikir pun ada nombor jugak ke?

6) Secret Recipe dah ada kat Chukai. Lepas ni dah tak payah nak drive ke mesra alam mall semata-mata nak mencekik tiramisu 1 slice je.

7) Habiskan nasik minyak di majlis kahwin bff. Ada kat sini.

8) 2010 adalah tahun memborong segala tudung/shawl/inner dari semua jenis kain dan untuk semua color. Si syaiton memang ah bersorak sebab ada jugak yang nak ikut jejak dia. Bila tengok balik semua sumpah membazir sebab banyak lagi yang tak pakai tapi aku semangat gila beli yang lain. Padahal color dekat-dekat sama. Adik-adik tolong jangan tiru peel kakak ni ye. Tapi kalau nak tudung free bagi no fon abang dulu ye eh tak tak.

9) Konflik jiwa raga. 2010 terlalu banyak perkara berlaku yang melibatkan perasaan. Kasih sayang keluarga, adik beradik, kawan-kawan, officemate, orang sekeliling plus plus. Harapnya 2011 takkan ada lagi kejadian-kejadian yang meruntun jiwa raga (Eddie Hamid tolong amik saya jadi penulis lirik lagu awak boleh?) macam tahun lepas. I really hope so. Bila dah speakang ni memang serius abislah.

10) Apa lagi ek? Kenapa macam sikit sangat ke aku yang tak peka? Eh ade lagi jap jap.

11) Blogging. heh. Dah lama teringin nak ada blog sendiri dan 2010 realisasikan impian aku. Suci tak ayat aku? Dulu-dulu bila baca blog Hanis dan kawan baik Hanis nih rasa macam cool gila bila ada blog. Boleh membebel tentang apa saja yang berlaku sekeliling kita. Boleh share tips yang sungguh macam-macam dan sungguh berguna dan memang dicari-cari sebelum ni. Cuma setiap tindakan yang diambil mestilah ada risikonya kan? Haters dan fakers toksah cakaplah, memang dah lumrah tak semua orang akan suka apa yang kita buat kan? Redha jelah.

12) Rasanya tu jelah kot. Kalau ada lagi aku update dalam hati boleh tak?hahah. Obvious sangat nakkan list panjang berjela sampai penutup pun kau nak letak nombor ke niza?

13) Oklah. Bye.





6 comments:

noa said...

aku suka aar kenangan 2010 ko yg no 5 tu

lalalalla

CikKaikazie said...

kahkah.

aku suka komen ko yang ni.

Anonymous said...

hahaha..

Anonymous said...

aku suka..hahahaha

Anonymous said...

aku pong...hahahaha

CikKaikazie said...

?
hahahahah
?