Thursday, September 30, 2010

Kenduri-kendara Anak Dara

Hari ni tak mo emo emo lagi ye. Senyum je walaupun dah tahu ia memang palsu. Asalkan orang lain xtahu jadi tak pe.*smile*


Anda pernah pergi kenduri kawin? Apa tak pernah?? Ohhoo saya ingat saya sorang yang kolot kuno ketinggalan zaman tak suka pergi kenduri kendara bagai. Kenapa saya tak suka? eh baru perasan entry kali ni guna ganti nama saya. heheheh comel taw...


Ramai orang pernah cakap, kalau kita tak pergi kenduri kawin orang nanti kita kawin tak de orang nak datang kenduri kita. Oh sama macam karma kan? Gila jahat betol. Ada pulak main balas-balas gitu. Ingat ni zaman pantun pecah kaca pecah gelas ke? Kenduri kawin skang dah tak pakai gelas kaca la suma pakai polestrin je senang nak campak ke luar pagar bila tengok tuan rumah tak perasan. Saya teringat dulu-dulu ada satu kes (tak ingat form berapa) Ma ajak teman gi bandar nak beli barang dapur. Masa tu perasaan tak suka berjalan tu memang ada tapi memandangkan kesian dekat Ma kena beli barang sorang-sorang gagahkan jua diri ini. Tapi tahukah anda ke mana Ma telah bawa saya? wahh bunyi macam suspen tapi sebenarnya tak. Ma bawak saya pergi kenduri kawen anak kawan dia! Huh sangat mysterious tau. Ma dah tau kalau cakap terus terang memang saya takkan ikut jadi dia buat plan B. Jadi memuncunglah sepanjang kenduri tuh sampai balik umah.Bila ingat balik sangat buruk dan hodoh perangai tersebut. Kalau ada adik-adik baca tolong jangan ikut okeh?


Seumur hidup ni boleh dikira dengan jari sebelah tangan berapa kali saya menghadiri kenduri kawin. Baik undangan sahabat handai, kaum keluarga, jiran tetangga, orang-orang sekampung dan undangan lain (ko ingat ko retis ramai sangat nak jemput g kenduri dorang?)

2006. Antara kenduri terawal yang saya hadiri tanpa paksaan Ma hehehe..

Eh kenapa gambar first tak ditwirlkan? hahhaah gila malas nak pusing. Maaf kenapa muka-muka di atas terpaksa ditempek di sini.

 Kenduri rakan sekerja. Excited nak pergi sebab excited nak tengok deco majlis dia sebab dia excited nak kawin jadi suma nak buat sendiri dari pelamin, hantaran, goodies, baju suma-sumala. Tolong jangan kira berapa kali word excited dalam ayat tadi dan sila abaikan kualiti gambar henset cap ayam kampung golek.
Dasar pemalas nak edit. Ni adalah latest kenduri yang saya attend (semalam heheh) lepas kenduri terus gi tengok Magika hehehe

Tu cerita pasal kenduri kahwin. Tapi sebenarnya bukan kenduri kawin je yang saya sedaya-upaya cuba elakkan, kenduri kendara yang lain juga termasuk sekali. Sebab tu mungkin kawan-kawan sekolah rendah, menengah, matriks or uitm tak pernah tengok muka ini dalam sebarang majlis reunion / perjumpaan semula / majlis raya etc etc. Saya tak ada jawapan spesifik kenapa saya tak suka ke majlis-majlis seumpama itu. Nak kata boring sebab majlis formal or banyak protokol, reunion biase-biase tepi sungai pun saya tak suka, kawan lama ajak jumpa kat kedai makan pun beribu alasan saya bagi. 


Ntahlah, dah memang jenis kera sumbang kot?


Wednesday, September 29, 2010

Paksaan Beraya

Hari ni hari raya.

Maksud aku sambutan hari raya di HQ. Tapi aku masih di ofis, selesaikan kerja-kerja yang berdateline semalam tapi sebab tak mampu siapkan terpaksa pandai pandai ubah dateline ke hari ni. Jadi dengan sisa semangat serta misi dan visi kerja yang dah tinggal -ve infiniti, aku terpaksa kerahkan diri untuk siapkan hari ni dan akhirnyaaaaaaaa fuuuhh lega dah siap!

Kenapa -ve infiniti?

Orang yang tak melalui apa yang aku rasa tak kan dapat rasa apa yang infiniti tu. Mungkin ada yang anggap aku tak cerdik sebab cerita masalah dalam blog (eh ada orang baca ke blog aku??) tapi disebabkan ni blog mak jadi suka ati mak la nyah nak crite apa pon kan?kan?bak kata azwan ali tu..ade aku kesahhh???

Ok. Sebelum blog ini menjadi hancur  aci main calit-calit jari *amboi amboi amboi* baik aku meneruskan segmen keluh kesah bersama mak esah ini. Sebelum ni aku percaya buat baik dibalas baik. Sekarang pun aku masih percaya. Sikit pun aku tak harapkan apa yang aku bagi / sumbangkan pada rice cooker (baca:periuk nasi) akan dibalas kembali dengan secara besar-besaran. Tak. Tak balas pun tak pe. Aku tak kecik hati. Tak dengki. Tak busuk hati.
Tapi...

Kenapa bagi tuba pada aku?
Kenapa tambah garam pada luka aku?
Kenapa??
*Sighhhh~~~

(cik gegel)
Selama hampir 3 tahun aku cuba jadi yang terbaik untuk beras (baca : bos) dan juga antah-antah (baca : staf) sebab aku nak buktikan pilihan beras untuk hantar aku ke sini tak salah. Walaupun aku dipulau oleh antah antah sekalian aku masih steady, masih ke rice cooker tersengih-sengih macam kerang buruk yang busuk buat-buat muka tembok tegur orang sana sini. Tapi bila balik rumah tercebik cebik nangis sorang-sorang dalam kereta. Walaupun dimaki hamun oleh ex-antah 5 minit sebelum berbuka puasa pun aku masih ok. Tergugat sikit bila dicarut oleh salah seorang bapa pelajar tapi aku tetap ok.

Ex-antah yang beradap sopan maki hamun orang 5 minit sebelum berbuka
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Aku sangat sedih.SERIUS.



Monday, September 27, 2010

Kangen Banget!

Budak 'bisu' yang baru tahu nikmat menangis bila umur dah 5 tahun iaitu mulai pertengahan tahun ni. Percaya tak Puteri ni tak pernah menangis sejak kecik? Hahah heaven jadi mak ayah budak ni tau. Tapi bila dah tahu cara-cara menangis dengan betul memang siap ah. Kecik besar kecik besar je masa tengok dia ngamuk kat supermarket aritu hahaha.

Adik Puteri, Dhia umo 2thn lebih. Sangat hiper, macam lelaki tapi sebab pakai baju pink kurang sikit kemachoannya. Sangat manja tapi selalu memang bila gaduh dengan kakaknya. Nanti nak cerita tentang teguran someone (bukan family) pasal saya nampak macam lebih lebihkan Puteri dari nephews dan nieces yang lain. Sekarang dah nantoks perlukan bantal sekarang.

Rindu kamu. 



 
                  

Berhati-hati dengan hati

*Berfikir.

Assalamualaikum wbt...

Baru teringat belum lagi memberi salam setelah merasmikan blog ini. Nanti orang kata tuan punya blog tak de ciri-ciri wanita idaman keislaman pula. Tapi tak boleh setiap entry asyik nak bagi salam nanti orang kata eh dia ni nak tunjuk baik pulak la konon padahal dalam hati berkarat hitam legam. Maka hati pun menjawab kau susah pehal? Ada aku mintak duit kau beli klorox nak putihkan hati aku?*abaikan hati yang tengah period meradang tiba tiba.

Pengubat hati *suka wink wink*

Apa saja yang kita buat dalam hidup kita, perkara pertama yang akan kita fikir ialah 'nanti apa orang kata pulak' 'tak pe buat macam ni orang tak marah ke' ' kalau aku buat jugak dia kecik ati tak?' 'dia bunuh diri tak kalau aku beli yang ni?' etc etc...

Pernah tak kita terfikir untuk buat apa saja yang kita rasa nak buat tanpa ambik pedulik apa orang akan kata/lihat/kutuk/tengok? Ya kita boleh buat sesuka kepala otak kita kalau kita duduk dalam gua (yang duduk kat gua musang jangan nak kira pulak) dan di sekeliling hanya ada hutan tropika dan gua batu kapur yang wujud sejak zaman kanibal dulu.

Disebabkan kita hidup bermasyarakat yang mementingkan nilai ketimuran yang tinggi kita tidak boleh menidakkan naluri keinginan untuk ambik tahu tentang perihal orang lain. Sedangkan berapa kali sehari jiran kau kentut pun kau tahu takkan kau tak tahu berapa kali sehari anak jiran kau tukar seluar dalam? ok takde kaitan.

Aku cuba relatekan perkara ni dengan dunia sekeliling. Tapi kosong. Sampai bila-bila pun aku takkan mampu buat apa yang aku nak tanpa fikirkan perasaan orang lain. Keluarga, kawan, sahabat, bos, rakan sekerja, makcik jual kuih depan sekolah, tukang kebun pejabat macam macam lagi yang aku kena letakkan di depan sebelum diri sendiri. Susah tahu?



Friday, September 24, 2010

Intro Pengenalan

Dulu masa belum celik it ada blog selalu ada saja bahan yang terngiang-ngiang di otak dan telinga minta dikeluarkan. Salah satu sebab mengapa blog ini diwujudkan ialah bila berlaku sesuatu kejadian on the spot depan mata aku suka menghuraikan (elaborate wtf) kejadian tersebut akan berakhir dalam versi yang sebaliknya dan semuanya aku simpan dalam memori kepala otak.Memandangkan aku sedar yang kapasiti otak aku bukanlah sebesar mana dan cepat lupa akan banyak perkara akibat makanan kegemaran adalah semut, maka aku perlukan sesuatu atau tempat yang dapat melampiaskan segala kejadian/peristiwa/situasi tersebut. Faham tak kaitannya? Ke tak de kaitan?Kalau tak faham tolonglah buat buat faham. Aku dah malu ni.*bergulung dalam selimut*.

Oh belum cerita lagi bagaimana yang aku maksudkan versi yang sebaliknya. Macam ni, contoh kalau tengah pergi atm nak cucuk duit dan beratur panjang-panjang untuk tunggu giliran tiba-tiba bila sampai giliran kau mesin out of service.Sure kau rasa nak terbakar kan?Masa tu segala ayat-ayat manis carutan akan keluar sambil tangan pura-pura pegang henset sebab tak tahu nak pegang apa.Aku selalu bayangkan kalau jadi macam tu aku tak akan jadi bodoh pegi beratur kat lane lain untuk mengelak kejadian yang sama berulang. Apa yang aku harapkan pegawai bank itu akan datang bawak cash keboomm depan mata aku dan suruh ambik berapa je yang aku nak sebagai tanda minta maaf kerana telah memalukan aku.Untuk lebih memaniskan keadaan pegawai itu hendaklah masih bujang dan hensem.Eh perlu ke?hahahah.

Sebab kedua kewujudan blog ini ialah bila update status di facebook aku suka elaborate (eh bukan dah cakap perkataan ni tadi?) panjang-panjang dan akan menyebabkan friendlist akan berasa sangat annoying bila tengok status aku je yang penuh di wall tu. Jadi untuk mengelakkkan semua kawan-kawan aku muntah darah setiap hari membaca status meraban aku jadi baiklah aku mencari alternatif ini. Mulia kan aku?

Aku tak mengharapkan blog ini menjadi glemer famous popular terkenal macam blog2 yang ada sekarang. Aku berblog adalah untuk aku. Untuk rujukan di hari tua. Dah kata kapasiti memori tak sebagus mana jadi haruslah ada backup plan (kau ingat tengah buat projek juta juta ke weh?). Dan juga untuk dibaca bersama suami selepas bertadarus malam-malam sejurus selepas menidurkan anak-anak kami.Ya sangat gedik aku tahu jangan lempang aku.

Nah amik entry pengenalan panjang tak cukup tanah dari aku. Harapnya akan dapat tunjuk ajar dari otai otai bloggers sekalian. Nak kutuk boleh juga. Aku terbuka.JUMPA KAT SIMPANG NAK??
ADIOS.

Thursday, September 23, 2010

Pencapaian 2010

Akhirnya ada juga pencapaian di tahun ini yang boleh dibanggakan.Helo orang lain dah lama start kau baru terhegeh-hegeh tu yang kau nak banggakan sangat??*sayu.Sedar diri ketinggalan zaman berzaman.

Apapun tetap nak bangga jugak hahah.Bangga weh bangga ada blog sendirik.KAU ADA??????