Tuesday, September 20, 2011

Novel Pilihan : Kuseru Rindu Itu

novel ni dah baca lama. rasanya sebelum lepas raya lagi kot tapi sekarang baru nak buat review (ada orang kisah kau review ke tak?) hoho.

sinopsis asal:


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

***
ini kali ketiga beli novel karya hanni ramsul. novel kali ni agak bersifat dewasa dari novel-novel sebelum ini. banyak pengajaran yang boleh diambil walaupun bila baca tu agak sipi-sipi nak kena batang hidung sendiri haha.  watak hisyam akan membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang diperlukan oleh seorang lelaki dari seorang perempuan/isteri? kalau tak cinta kenapa boleh hidup bahagia bersama selama tujuh tahun dan boleh ada anak?

mungkin dengan baca sinopsis saja kita dah dapat agak siapa sebenarnya pilihan hisyam. namun konflik yang terjadi di antara cerita masih perlu diselami terutamanya tentang perasaan dan taktik yang digunakan idayu untuk mendapatkan semula suaminya. bila masuk kisah maisara, aku rasa agak sedikit meleret di situ. banyak jugak yang aku skip hahaha yelah kita excited nak tahu kisah hisyam-idayu tiba-tiba bab maisara panjang berjela pulak.

rate : 4 bintang.
patut beli ke tak? : memey ahhhh (baca dengan nada jai kl gangster bukan suh ingat bakal bini norman hakim)


No comments: