Saturday, July 30, 2011

Salam 1Ramadhan

Assalamualaikum wbt

cukup menjengkelkan tak tajuk? sebenarnya tajuk taklah se'annoying' perkataan menjengkelkan tu sendiri kan? semalam tengok berita rtm dia cakap macam tu. membuatkan diri ini terpinga-pinga eh dah masuk bulan puasa ke? kalau 30 hari puasa kena cakap salam 30ramadhan ke? 

selalu dengar macam tu. instead of memberi salam dengan betul iaitu Assalamualaikum, pengantara/pembaca berita/pengacara majlis/pengulas sukan/pembancuh air lebih suka memilih perkataan salam 1malaysia. suka buat penonton rasa keliru sama ada nak jawab salam dengan waalaikumsalam atau apa??



penat membebel. *kesat peluh*



SELAMAT BERPUASA SEMUA!






tiba-tiba.




Monday, July 25, 2011

My Name is Kim Sam-soon

katalah aku ketinggalan zaman ke, tertinggal 18 tiang ke...aku tak kisah. ya, aku memang lambat sebab baru je habis tengok series ni, my name is kim sam-soon or my lovely sam soon or whatsoever. orang lain dah tengok sejak zaman purba lagi, aku pedulik hape hahah.






drama ni mengisahkan seorang pembuat kek kim sam soon yang bercita-cita untuk buka kedai kek dan juga amat benci dengan nama sendiri. aku tak faham apa maksud sam soon tapi bagi dia nama tu terlalu outdated dan memalukan. haha datuk sam soon yang bagi nama tu sebab dia geram dia expect cucu ketiga dia lelaki last2 kuar pompuan jugak. sam soon bekerja sebagai pembuat roti di restoran milik hyun ji-hun aka HYUN BIN. nampak sangat gedik bila part HYUN BIN terus tekan capslock. kan dah dua kali tekan haha.

kim sam soon dan hyun ji-hun terikat dengan satu kontrak cinta bila sam soon terpaksa pinjam duit sebanyak 50 million won daripada ji-hun dan ji-hun sendiri dah fed up dengan blind dates yang diatur oleh emak beliau. so here the story goes.....

first impression bila tengok series ni aku rasa macam hampeh gile. yelah, mana ada weh drama korea yang hero hensem nak mamp* tapi heroin nan hado???? tipikal heroin korea kan mestilah cantik/comel, muda, kecik cute miut, kurus, cakap lemah lembut gemalai tapi yang ni semuanya berlawanan. terus frust. tapi lepas setengah jam tengok ep 1 terus hahahahah tergolek gelak sengsorang. sumpah sam soon lawak giler. cakap main lepas mulut je. kasar pulak tu. kesian ji-hun selalu kena tibai.






tarikan utama series ni semestinya hyun bin lah (penat dah tekan capslock). tengok muka dia terus rasa macam dah jatuh cinta kali ke patratusnambelas.

see the dimple?

kan????

tak sabar tunggu weekend nak tengok balik untuk kali ke2.

babai.

Monday, July 18, 2011

Tikam Belakang



setelah hampir lima bulan baru aku tahu siapa backstabber itu. loser yang amat rasanya. lima bulan dulu DIA yang peluk aku, tenangkan aku bila aku depressed dengan keadaan sekeliling. depressed sampai hantar surat resign tapi DIA datang pujuk. hari-hari DIA akan tanya khabar, hari-hari DIA cakap DIA sentiasa ada untuk aku.

bos hr panggil minta penjelasan tentang surat, aku cerita apa yang mampu aku cerita.surat kena reject sebab big boss tak approve. tapi aku masih depressed. aku tetap rasa aku takkan sanggup berada di sini lagi.

DIA datang lagi pada aku. bagi semangat untuk aku kuat. masa tu semua yang dia cakap aku percaya. aku cerita  semua pada DIA. eh semua ke? heh walaupun tak semua tapi DIA tahu most of the story. DIA kata aku boleh percayakan DIA. apa yang aku ceritakan semua off the record. DIA takkan beritahu siapa-siapa even boyfriend sendiri walaupun boyfriend DIA kerja satu ofis. kata-kata yang terbukti palsu sekarang.


hari ni baru aku tahu kisah sebenar di sebalik kejadian lima bulan lepas. apa yang aku ceritakan seakan-akan direkod untuk diceritakan berulang kali kepada bos, big boss, boyfriend dia, orang-orang lain dan entah siapa-siapa lagi yang aku tak (belum) tahu.semestinya versi yang diceritakan adalah versi tokok tambah seolah-olah DIA dah hidup dengan aku selama 40 tahun. versi dah kenal luar dalam.

aku tak marah tentang apa yang DIA ceritakan sebab aku tahu big boss sendiri dah tahu tentang problem aku. cuma aku bengang tentang kenapa perlu diceritakan semua tu kepada mereka yang tak berkaitan? kenapa perlu ditokok tambah cerita yang tak ada?

********

aku tak rasa nak tengok muka dia sekarang. dah tak kuasa nak capslockkan dia lagi. kepada dia, selamat pengantin baru in advance. dah sesuai sangat kahwin masa ni. semoga lepas kahwin dah tak meroyan tak tentu pasal lagi. jaga tepi kain pelikat bakal suami baik-baik, tak payah sibuk gosok tepi kain orang lain.



peace!



Tuesday, July 12, 2011

Mak enon ke hospital besar.

Semalam aku cuti. tapi itu bukan topik utamanya. topik utamanya ialah:

kenapa aku ambik cuti?


ok still takde sapa nak heran sebenarnya. sob sob. hari sebelumnya aku ke klinik swasta, bukan semata-mata untuk dapatkan mc okeh. taulah muka aku muka mc. aku pergi atas nasihat orang keliling yang prihatin tengok aku asyik mc tiap-tiap bulan (padahal orang perli.tapi takpe heh). aku ke hospital besar keesokannya selepas dapat recommendation oleh doktor klinik swasta. jadi ini adalah pengalaman kedua aku berurusan dengan klinik/hospital kerajaan. dulu dah pernah ke klinik daerah (sebelum ditukar jadi klinik1malaysia). nama je bertukar, sistem tetap lambat jugak. ada ke orang tengah ramai campur dengan aku yang tengah senggugut tahap kritikal, boleh tiga-tiga M.A bertugas keluar hisap rokok dan makan secara berjemaah tepat-tepat jam 10pagi? sebel betul.

jadi semalam dengan berbekalkan cerita dari pelbagai versi tentang apa penyakit aku ni, aku melangkah dengan malasnya umpama mengheret sebijik kereta kebal ke hospital. tengok orang keliling terus senyum sampai ke telinga. amik nombor giliran dan duduk. mata jangan cakaplah memang bekerja keras tengok orang lalu lalang. dalam hati duk heran kenapa dina (officemate / memang nama sbenar) cakap kalau nak pergi spital kena awal pagi kalau tak memang berjanggut ah tunggu lama. tapi ni apahal tak sampai 10 orang pun? terus rasa diri sendiri diva sebab tak payah tunggu lama.

lepas 10minit, tiba-tiba gangliosida membantu otak berkembang walaupun dengan lembap. aku perhatikan semua orang yang masuk jumpa doktor mesti bawak anak/baby. saat itu barulah aku sedar...cissss macamana boleh salah masuk unit kanak-kanak nih? *malu*

nasib baik takde yang perasankan aku time tu. haha. dah memang dasar bodoh sombong, tak tahu tapi taknak tanya. kan dah kena.dah padan muka. eh macam pantun. dah tua tapi perasan muda. *sambung berpantun* sebenarnya dulu aku pernah temankan wife bos ke hospital untuk checkup anak dia, jadi unit ni je la yang aku tahu. kahkah.

dipendekkan cerita akhirnya sampailah aku kat unit pesakit luar. makk datukkkkkkk! aku tengok orang yang menunggu dah macam konsert gig tv9 je. punyalah ramai. dalam hati dah was-was nak tunggu ke tak. tapi alang-alang dah datang aku gamble tunggu je. kot tak lain tahun pulaklah nak datang balik kan? jadi dengan penuh tawaduk dan kesabaran yang TINGGI aku pun tunggulah. tinggi betul kesabaran sampai kena bold dan capslockkan. masa daftar kat kaunter dan bayar singgit aku tanya makcik misi tu doktor laki ke pompuan? misi tu jawab sambil tangan buat-buat sibuk menulis "sama je laki dengan pompuan!". makcik misi ni garang tau. tanya pun tak boleh.

bila dah sampai giliran aku pun masuklah bilik rawatan dan terus tunjukkan surat recommendation tu. hmmppp doktor lelaki rupanya. malulah aku nak cerita hal-hal kewanitaan ni. aku kan wanita melayu terakhir. haha. lepas dapat hadiah injek dari doktor tu aku pun keluar. tak sampai seploh minit pun jumpa doktor. tunggu kemain lama lagi. alhamdulillah doktor cakap takde masalah apa-apa cuma darah rendah je. pastu doktor pesan jangan stress2. yeke aku stress? macam tak je. emo je lebih. hahaha.

kepada anda-anda di luar sana kalau teringin nak pergi hospital besar pastikan seawal subuh lagi anda dah terpacak depan pintu masuk. kalau tak sila bersedia untuk sms bos anda untuk mintak cuti sebab walaupun waktu rawatan hanya 10minit, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam untuk dapatkan rawatan. itupun kalau tak salah masuk unit kanak-kanak.

babai.



PosLaju : kasih sayang tak perlu ada jadual berkala, tak perlu ada had masa dan tak perlu tarikh luput. sakit bukan hanya datang semasa weekdays. weekend jugak boleh tahu? -budakemo-

Monday, July 11, 2011

Kalau itu hukumannya, kenapa dirumitkan keadaan menerima hukuman itu? Lepaskanlah.


Perhaps if I have never encountered you, it would have been the best
If I had need been living in another world
If I had need to become strangers in life
It will not have been left with this inflicting pain in my heart

Each day & each day forgetting you
Each day & each day abandoned you
In the midst of my heart deeply concealing something that I can't really openly shout about of my love

It seems all along I have always thought that love was bliss & happiness
Unable to beyond words that love is heaven's render punishment
I just have to love you & my heart will shiver & tremble
This is just living by wiping off tears

My mind I have already forgotten you
My speech I have already forgotten you
Occasionally drinking to drunken stupor
But afraid that I will utter my love for you
Really fear that

It seems all along I have always thought that love was bliss & happiness
Unable to beyond words that love is heaven's render punishment
I just have to love you & my heart will shiver & tremble
This is just living by wiping off tears

Dream will I able to love you ? 
Crying & weeping to my sleep
Awake, each day return to that of the former

Love is to love you
When you aren't around, stealing mutter to say i love you
Afraid that when you heard that, you will run away
Obscure silence inadvertently in loving you

Sunday, July 10, 2011

Antara perhimpunan bersih yang HARAM dan konsert gig tv9 yang HALAL, mana satu pilihan kolbu?



tengah tunggu nightline kot-kot ada yang kena tangkap masa bersesak nak pergi tengok konsert tv9 tadi. happylah korang dapat layanan mesra dari abang-abang polis muka ketat dahtu dapat makan buffet macam kat hotel lagi.


siapa taknak woi!!!

Saturday, July 9, 2011

(Gambar) Sila Muntah Beramai-ramai

Assalamualaikum

Macam yang digebang-gebang arituh, satu program telah berlalu dengan jayanya (jaya sangat ke???). tiga hari berkampung di legend resort cherating untuk kursus imdg code tapi aku hanya pergi dua hari je hahah. takpe sebab aku bukan participant pun, just organizer je. jadi hari ketiga terus pass baton pada orang lain. dah tak larat nak pecut ke legend pagi-pagi buta.
semangat sangat sampai bawak beg pun dua

nak buat-buat candid tapi macam tak jadi







kalau tengok gambar memang tak nampak macam organizer pun. lebih pada sesi menggedik sebenarnya. haha. sebelum ada yang muntah baiklah aku babai dulu. heh.