Tuesday, September 20, 2011

Hiasan raya pejabat

Banyak sangat benda nak ditulis sudahnya semua tersimpan dalam draft untuk tatapan diri sendiri. cerita balik raya, cerita hari raya, cerita beg make-up tertinggal, hari keluarga, kisah kedai emas kena rompak bla bla blah semua tersangkut separuh jalan je sebab tak ada mood nak teruskan.

masa entri ni ditulis pun mood tengah berpusing bak taufan katrina. kalau berjaya sudahkan syabas dari diri sendiri untuk diri sendiri.

***

setiap tahun office akan buat pertandingan hiasan raya untuk semua jabatan yang ada dan tahun ni memang tak terkecuali. disebabkan tahun lepas department aku dapat no. 3 hewhewhew jadi tahun memang semangatlah nak participate. kalau tak dapat no.3, dapat no.1 pun jadilah. haha.

tugas aku? macam biasalah dapat tugas yang paling mulia sekali iaitu beli barang-barang persiapan (cardboard, kertas kaler-kaler, reben untuk ketupat, lampu liplap, macam2 lagilah) kenapa paling mulia? sebabnya kalau duit tak cukup pandai-pandailah topup duit sendiri. aku kan cop duit (tangan di dada mata ke atas).

disebabkan deparment kami terpisah jauh dari hq maka ada sedikit advantage untuk bahagian ruang. boleh buat deko untuk sebesar-besar alam gituww.

pagar tu dibuat daripada kotak-kotak lama. kretip tak? cakap kretip cepattttt!
sebab semua PEMALU jadi amik gambar belakang je.pfffttt.
tahun ni bendera is a must. merdeka raya katanya...
remote tv hilang jadi tengok siaran tu je.




tiga sekawan polisterin tu paling epik. macam kat niagara falls *hiperbola*


semua gambar diambil minggu lepas. baru 70% siap.gambar terbaru belum amik sebab nak tunggu bos datang tengok dulu. tarikh tutup 15hb katanya... bos, sekarang dah berapa haribulan? haha.


No comments: