Thursday, October 14, 2010

Sentap-menyentap

Semua orang tahu ketika menstrusi emosi kebanyakan wanita akan berputar putar dan berubah-ubah dengan cepat dan tanpa sebab serta lebih sensitif . Sangat sensitif. Sebarang lawak bodoh atau lawak spastik adalah dilarang ketika ini jika tidak mahu sebijik penumbuk berada dalam mulut anda. Kalau boleh elak, cuba elak untuk berkomunikasi dengan orang-orang sebegini kerana ianya hanya perbuatan sia-sia ibarat membuang sekilo gula akibat terjumpa seekor anak semut mati dalam gula tu.

Sesiapa yang tidak pernah melalui saat-saat sebegini tabikkk springggg diucapkan. Anda berada di kalangan orang-orang bertuah dan beriman dan kaya-raya (takde kena mengena). Mood swinging setiap kali period amat sengsara bagi orang-orang yang mengalaminya. Saya dah mengalaminya dari mula kena apa itu tuala wanita (pad saje ye bukan mouse pad.bodoh sungguh teka-teki komputer tu laki ke pompuan teeeettt pompuan la sebab ada mouse pad pffftttt) hingga sekarang. Kau boleh bayangkan tak sekarang dah berapa lama aku emo tak menentu sampai jadi kebencian orang keliling?? Eh apsal tetiba dah emo ni? ok proceed.

Perubahan emosi ni berlaku bukan saja semasa menstruasi tapi sebelum. Jadi dua tiga hari sebelum ketibaan tarikh kitaran tu memang memanjanglah bad tempered. Pantang orang sebelah (baca:kawan/pakwe/makwe) silap cakap sikit memang memuncunglah sepanjang hari. Kadang-kadang kalau terlupa nak bilang tarikh (saya memang jarang amik tau pasal ni heheheh) kita sendiri tak sedar kenapa kita cepat bad mood.

Kalau keluar makan dengan bf pastu order nasi goreng taknak sayur pastu makcik tukang masak dah asingkan tak masukkan sayur tapi sebab makcik tukang masak pemalas tak basuh senduk jadi termasuk juga sayur sikit terus bad mood tak makan langsung sikit pun tak hargai penat lelah makcik tukang masak yang malas basuh senduk tu. Bf yang penyabar tanya nak order lain tak pun tak jawab. Geleng kepala je. Merajuklah kononnya. Terus tak diam tak bercakap. Tanya 10 patah jawab sepatah, tanya sepatah tak jawab langsung. Bf yang lapar (sebab makan biskut je dari pagi tu pun curi yang officemate punya) terus hilang selera pun tak makan sama. Sehati sejiwalah katakan WALAUPUN dalam hati dah menyumpahseranah makcik tukang masak pemalas basuh senduk yang menyebabkan awek hilang selera makan pastu takkan nak jadi pakwe kejam pulak boleh makan selamba siap boleh habiskan atau lebih tragis mintak nasik tambah padahal awek sebelah muncung dah panjang sampai ke Perlis.





Tak pernah ingat nak amik gambar sewaktu period pain maka gunalah cik gegel. Ubat penahan sakit (pain killer) sangat sangat sinonim dengan period pain. Dah boleh jadi adik beradik kembar. Dulu masa sekolah hanya kenal pain killer yang kaler pink yang ada jual kat 7e atau kedai-kedai runcit. Jadi setiap kali datang bulan memang harus berkejar ke kedai untuk dapatkan stok kalau tak haruslah tak pergi sekolah hari tu. Memang ramai yang cakap jangan bergantung pada pain killer nanti efek pada perut plus lama-lama sakit takkan berkurang sebab dah immune. Sekarang dah kerja (dah ada duit sikit) dah tak main ubat pink tuh. Sekarang pakai injek pulak. Kau pergi klinik tadahlah bontot punggung ke doktor pastu dia injek sejarum dah rasa nikmat sebab dah tak rasa sakit untuk hari tu. Setakat ni tak pernah dengar pulak apa efeknya kalau selalu injek kat punggung. Dah tanya doktor tapi doktor cakap tak bahaya. Tak tahulah mungkin dia segan nak cakap efeknya bontot awak akan besar sekali ganda lagi. Harap maklum.

Tengahari tadi saya bad mood lagi. Tengok kalendar eh lambat lagi tapi kenapa bad mood cepat? Mood tak sabar nak berubah ke sampai dah tak sanggup tunggu seminggu dua lagi? Puncanya saya nak beli tudung tapi kawan nak makan haaa ambik kau aku dah sentap. Kesian kawan yang drive dah sampai kat kedai taknak turun terus balik office. Hahahahah sori ye kawan len kali kuar makan lagi awk belanja ye!


Posmen : Kawan, lainkali tak payah tanya nak pergi mana kalau saya cakap nak pegi situ sini awak tak nak ikut. Kan rugi masa sentap sensorang!




2 comments:

Unknown said...

Sentap.........huhuhuhu bisa nguh.

CikKaikazie said...

hahahaha nape dah sentap plk ke?