Wednesday, November 24, 2010

Kalau berani hidup nak mati kena berani jugaklah





Bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*tarik nafas*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Erk macamana nak mula ni?
 -
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


OK.

*ngeeeeee* tiba-tiba rasa nak gedik sikit dengan intro tak berapa saspen nih. 
Senyum. 
Sebenarnya serius aku tak tahu macamana nak mulakan. Banyak isi perut yang nak dimuntahkan tapi tak termuntah. Takut aku muntah sebab tertelan muntah sendiri yuckkkks.

Semalam all the way dari hometown ke taxtown (chukai wtf) memanglah satu pengalaman yang agak ngeri. Bukan kerana tertengok eksiden pastu ternampak2 kepala mangsa terkulai layu tu bukan. Bukan jugak sebab ade abang polis trafik yang hensem dan buat muka ketat nak saman sebab potong double-line sampai hancus, pun bukan.

Hampir 3/4 perjalanan dibazirkan dengan limpahan air mata yang tak tahu kenapa sangat teruja nak ikut musim tengkujuh lalu dia pun nak sama lebat. Urban konon. Belum pun bontot kereta panas, belum pun sempat keluar kampung, signboard ke bandar belum nampak lagi,dia dah buat perangai.

Kenapa?

Rasa bersalah, sedih, kecewa, sakit dalam hati semua bercampur. Nasik campur pun tak meriah macam ni. Aku dah buat pengakuan berani mati pada seseorang yang aku paling cinta dalam dunia ni. Dah dekat 3 tahun, sekarang aku dah tak mampu nak telan sorang2. Kena kongsi telan ramai2 baru nikmat.



Bodoh kan?




PosLaju : Entri lama. Sila bayangkan hari ini bertarikh 21/11/2010. Bye.



Saturday, November 20, 2010

Gemuks vs Kurrus

Aku belum jumpa lagi orang yang betul-betul gemuk cakap dia gemuk in public. Selalunya yang bersepah cakap dia gemuk adalah orang yang memang sah lagi sahih dia kurus. Buatlah hearing setahun 14kali pun gerenti hakim cakap dia kurus juga.

Orang-orang ni jugak yang selalu update status kat facebook, blog, myspace, twitter, friendster (hahaha lame gila) cakap (baca : tulis) wehhh aku dah gemoks omg omg dah takleh butang skinny jeans aku! esok wajib start jogging kat taman 10 round. Ataupun : tadi timbang my weight terkezut giler berat aku dah naik 2kg. omaigod tak sanggup tengok angka 42 tu! nak kurus balik!!!

Takde pulak yang betulbetul gems (wajib baca : gembira) cakap alamak dah diet nasik 10 bulan pastu joging tiaptiap hari sampai lunyai tapak kasut tapi turun 0.02g je? bilalah nak dapat berat ideal 65kg instead of 78kg sekarang nih? @ tadi i pegi shopping dengan my bf cari dress untuk dinner next week. tapi frust sebab banyak kedai tak jual dress untuk XXXL. kalau beli S takut terbonjol pulak lemaklemak tepu manis i nih hehehe.

See?

PosLaju : Entri ini sekadar luahan semata-mata. Frust gilerrr wehhhh tadi timbang naik 2kg!!!! Maka wajiblah kau pegi buang segala mamee twisties jack&jill coki2 nasik lemak ikan siakap 16rasa tuh sekarang!! Lepas ni kalau tengok tv wajiblah kau kunyah batang sawi je ok.*sedih*




Tuesday, November 2, 2010

Unta padang pasir pon tak lampi macam kau!



Situasi 1:

Tempat : Dalam office depan pintu keluar

Kawan : Jom pegi amik saman parking aku dalam kete aku nak mintak tolong kau bayar bagi kat jiran sebelah kiri kau yang keje majlis perbandaran.Jiran sebelah kanan tu cina, jangan bagi kat dia sebab kedekut gile tak bagi parking depan umah dia.
Aku : Ade aku kesah?? (dalam hati)
Pulas tombol pintu.
Aku : eh kenape nih tak boleh bukak haa? (cuak cuba pulaspulas tombol)
Kawan : laa pehal?aku kuar tadi okeh je.cuba tolak kuat sket.(serius)
Aku : (berusaha keras untuk pulas tombol tolak pintu tapi tetap gagal.cubaan telah berjaya menarik perhatian sekeliling disebabkan bunyi tolakan yang maha dasyat.hiperbola) tak bolehlahhhhhh.....
Kawan: bolehhhh...cuba lagi..
 Aku : (tarik nafas.kumpul tenaga dan haaaaaaihhhhh) mana bolehhhhhhhhhhhhh....
Pelakon tambahan muncul mendadak.
Pelakon tambahan yang muncul mendada mendadak : Kak nak kuar ke? (Menuju ke suis tepi pintu)

TING! Door opened.

Kawan + pelakon tambahan + orang sekeliling : HAHAHAHAHAHAHA!!!
Aku : vavi.




Situasi 2

Tempat : Kedai makan bawah pokok yang banyak kerengga gatal.

Aku : Petang ni nak mintak tolong polan (nama sebenar) ah mesin semak samun depan rumah yang sekali tengok orang akan keliru eh ni rumah ke hutan simpan?
Kawan : Racun je terus. Senang.
Aku : Tulah nak beli racun ah. Kalau tak puas hati dengan hausmate/ofismate senang leh racun terus muahahahah
Kawan : Beli yang elok sket takut xmati semak samun tuh
Aku : Duk pikir ni nak panggil budak potong rumput. Pastuh terus racun.
Kawan : ??
Aku : Suh dia potong ari kamis leh tak. Jumaat leh racun.
Kawan : Kalau dah tau nak racun kejadah ape nak potong??
Aku : Eh bukan kena potong dulu ke baru racun?
Kawan : (muka biru tahan gelak tapi tak leh tahan) KAHKAHKAHKAH

Aku : Fine. (tunduk muka sedut air lajulaju)




Situasi 3

Tempat : Depan tv dalam rumah anak dara pemalas basuh pinggan duk tengah mengadap citer indon wajib tayang tiap-tiap hari sebab ada Galang.

Kawan 1 : Bodohla galang ngan kirana nih. satu ari berapa belas kali nak gaduh-baik-gaduh-baik?
Aku : aah bodohla duadua. kejap baik kejap gaduh.aku pun tension.baim ngan farah elok je bahagia.
Kawan 2 : (Senyap. Makan keropok)

*iklan*

Aku : Tukar cenel jap. Boring ah iklan (capai remote dan tekantekan cari cenel best) Takde orang lain ke nak amik berlakon selain si pasa sendat nih? apesal rambut adi keras semacam je tuh?
Kawan 2 : blablabla komen blablabla komplen blablabla...
Kawan 2 : (Senyap lagi. Keropok belum habis)

*iklan*

Selepas 5 minit...iklan lagi.
Kawan 2 : Apehal banyak sangat iklan nih? Selalu tak banyak camnih.
Aku : Astro dah takde duit dowh sebab tu banyak iklan skang.

*azan Maghrib*

 kawan 1 : Eh sejak bile astro ada azan?
Aku : Astro dah insap skang ler... (Khusyuk dengan azan sampai habis sambil menginsafi diri)

Azan tamat.

Sambungan citer bermula.

Paradia : you nak mi goreng mamak tak basuh tangan ke mi goreng hotel tapi macam mamak?

Kawan 1 : wehhhhh niza bodo ah ni tv3 lahhhhh! woh galang dah nak abis wooooo!!! niza asdfggghhhjjtk!!
Aku : (menyorok bawah meja)
Kawan 2 : (sambung goreng keropok) Suma bengong.





PosLaju : Kita rasa seronok membahan orang tapi tak sedar bila dibahankan. Renungrenungkan dan selamat membahan!