Monday, June 6, 2011

Kata-kata penyejuk badan. Lebih bagus dari air cap badak.

bila tengok recent post dari blogger femes hamis jalikha tentang please teach your child a simple please & thank you, aku terasa. dan mula berfikir, dalam sehari berapa kali aku ucapkan thank you pada orang sekeliling? even pada pak guard yang hulur kunci office tiap-tiap pagi pun aku cakap terima kasih bila mood okey. tapi biasanya jarang mood aku okey pagi-pagi. hahaha.


berapa ramai di kalangan kita semua yang begitu rendah hati dan ikhlas ucapkan three miracles words : I AM SORRY, THANK YOU, PLEASE setiap hari? jarang kan? (merujuk pada diri sendiri). pernah dalam satu meeting bersama bos kecik dulu, dia cakap orang melayulah yang paling susah nak cakap those three words. ada orang tolong bukakan pintu, kita angguk dan senyum je. berat sangat mulut nak cakap TERIMA KASIH. nak nampak urban sikit cakaplah THANK YOU. tak pun nak nampak gedik boleh je cakap THANXXX YEWW.


kalau nak minta tolong orang, bagi arahan macam bos-bos. 'gambit, belikan aku nasik dua bungkus. nanti gaji aku bayar.'  susah sangat ke nak cakap, 'gambit, TOLONG belikan aku nasik dua bungkus. kau belanjalah, kau kan pengarah video muzik terkenal.'


bila kena marah dalam meeting selalu je buat muka toya. tarik muka sambil tunduk sampai hidung nak cecah meja tapi tangan bawah meja text kat officemate kutuk bos. apa salahnya bila bos habis mengamuk tengok muka bos dan cakap 'SAYA MINTA MAAF bos, saya janji akan tingkatkan bil internet sales target kita'. kan sejuk hati bos tu?


semua contoh-contoh ni merujuk pada diri sendiri ye. kalau ada nak terasa tu silakan. haha. tapi serius aku rasa akulah orang yang paling susah nak cakap bukan saja tiga perkara tu tapi semua yang melibatkan luahan perasaan. ini hanya ucapan yang keluar dari mulut saja ye. kalau setakat nak taip kot sms ke, email ke 956458652 kali pun semua orang boleh buat. kenapa ya kita (baca : aku) susah sangat nak ungkapkan penghargaan kita terhadap orang lain?



yes. kerana ego. aku selalu rasa tak payah kot cakap semua-semua tu sebab orang lain akan faham yang aku cakap TERIMA KASIH dalam hati. boleh??? tak pun aku akan cakap TERIMA KASIH melalui perbuatan. kalau dia bagi aku karipap separuh bekas dia makan, esoknya sebagai balasan TERIMA KASIH aku akan bagi dia karipap sebijik pakej dengan plastik. mulia kan?


selalunya bila ada sesiapa yang bagi hadiah atau apa-apa je, sama ada aku akan say THANK YOU accidentally ataupun memang takde langsung. lima minit lepas tu baru teringat dalam hati eh aku tak cakap TERIMA KASIH lagi eh. tapi memang tak ah kalau lepas lima minit baru nak cakap kan? jadi aku akan tunggu bila dah sampai rumah lepas tu sms ' oh SORRY, lupa nak cakap TERIMA KASIH tadi'. nampak tak game dia kat situ?






seumur hidup aku belum pernah lagi aku cakap I LOVE YOU pada mana-mana manusia kat dunia ni. kalau ada yang claim aku pernah cakap camtu pada dia mungkin masa tu aku tengah tidur pastu mimpi kapel dengan seth tan kot. dulu masa bercinta dengan monyet pun kalau habis sayang aku cuma cakap rindu-rindu je. hahahha gedik. takde masa nak saya sayang awak/i love u nih. buang masa kata ko...


bila dah tahu kekurangan diri macam ni, aku akan cuba untuk perbaiki untuk masa akan datang. ingat tu, aku AKAN cuba. taklah, kita semua patut harus wajib kena buat. jangan cuba-cuba. mungkin boleh praktikkan tagline amir rajalawak dulu kot. tapi tolonglah jangan paksa-paksa. memang sampai tahun 3030 pun aku takkan cakap kalau kena paksa. deal?




kalau susah sangat boleh try nyanyi lagu ni dulu. hafal korus pun takpe.



PosLaju : betul kata hanis, masa keciklah patut kena ajar. kan dah susah kalau tua bangka macam ni baru nak belajar semua tuh. haih!


13 comments:

Nini Hartini said...

heheehe... tini biasa je cakap terima kasih/thanks you. tapi susah nak cakap 'sama-sama'... kalau org ckp time kasih, tini senyum dan angguk je. huhu..

wow...x pernah ckp i love u lg? hebak-hebak...huhu...kdg2 tinitgk niza ni mcm bff tini. pagi2 moody, pastu tak boleh nk ckp i love u nnt kang berlaku muntahan hati perut. huhuhu

CikKaikazie said...

@tini haruslah hebak.nak simpan untuk masa depan.kalau untuk smua ex dh cakap camtu dah tak seprais la hahaha

Miecyber said...

Berbudi bahasa amalan mulia...

Air Asia diarah bayar ganti rugi



Gajah Sama Gajah Bertempur,Kancil Tersepit Di Tengah Tengah

Nini Hartini said...

hohoho..tini dh pernah guna ayat tu dulu b4 ngn hubby. hohoho...mmg sampai skrg menyesal sbb dah basi. hehehe... ms tu guna kt tunang tini. errr ex-tunang.. tp bersyukur putus dgn dia, terus dpt suami yg baik. hehehe

Amirul Faiz said...

nk muntah darah gak...buwekkkk...

CikKaikazie said...

@miecyber
ye baik cikgu.

CikKaikazie said...

@tini
alhamdulillah.suka oh tgk tini ngan asben.suwit jek

CikKaikazie said...

@amirul faiz
sila sila.bekas tak disediakan eh

PeNgEmiS dUniA said...

ckp terima kasih tu xdpt thn lg , tp kalo dh terang wt slh xnk mntk maaf lg mahu suap kaki

Fazidah Che Wan said...

Terima kasih niza, sbb buat entry kesedaran nie....hehehe

littledolphin said...

dengan kawan-kawan kat sekolah je saya ckp terima kasih,sama-sama,tolong dan maaf. tp dgn org yg x kenal aka strangers,rasa malu pulak.takut dia x balas.ataupun dlm erti kata lain,di ignorekan. T.T dan lagi satu sy malu nk senyum. T.T BILALAH NAK INSAF NI?kena mula skarang jugak lah nmpknya :)

CikKaikazie said...

@PD
fad ada jgk jenis macam tu.takut nak rendahkan ego.

@fazidah
sama2 idah hehe

CikKaikazie said...

@hana sudrajat
sejak buat entri ni rasa dah ringan sikit nak cakap 3 words tu.slow2 jgn paksa diri lama2 akan biasa...