Assalamualaikum wbt
Minggu ni dan minggu-minggu seterusnya hinggalah ke akhir julai akan jadi minggu yang sangat hectic bagi kebanyakan staff di company ni. hectic yang macam bila aaron aziz text ajak dating weekend ni di giant kerteh haruslah dengan confidentnya jawab NOOOOOOO!!! siap dengan gelengan kepala selaju mungkin walaupun dia tak nampak. diri haruslah tetap pendirian dan jangan ada penyesalan. yolah tetap pendirian. cuba kalau tibatiba keluar suratkhabar aaron aziz ajak semua warga terengganu ke pratonton filem TRG GANGSTER memang dan dan tu jugak aku apply cuti seminggu semata-mata nak buat persediaan nak pakai baju apa kasut apa. nerves kata ko. hak tuih.
sepanjang julai ni ada beberapa event besar yang menuntut perhatian yang lebih dari semua staff terlibat. perhatian lebih tu maksudnya kau kena bersedia bila-bila masa untuk attend meeting bermula 2 petang hingga 7.30 malam non-stop. mujurlah esoknya dah jumaat. kalau tak harus ke pejabat dengan mata tertutup. aku paling tak faham kenapa ada orang suka meeting lama-lama. bagi dia bila bos bagi notis ada meeting seolah-olah bos bagi 8 bulan bonus. gembira tak terkata. bila ada management meeting memang seboleh mungkin aku akan mengelak. kalau boleh senaraikan macam-macam alasan mungkin alasan tu dah boleh buat sebijik buku. tapi kalau bos tiba-tiba mc memang tak dapek nak nolonglah. edenlah jadi mangsonyo. melanguklah aku dalam meeting room tu berjam-jam.
aku bukan tak suka meeting. aku suka bila melibatkan kerja yang sedang kita usahakan kita buat perbincangan untuk dapatkan keputusan. tapi aku tak suka bila perbincangan tu melarat dari sepatutnya 2 jam dah jadi 6 jam. benda yang tak sepatutnya dibincang jadi topik utama padahal benda tu benda remeh-temeh yang sepatutnya diselesaikan oleh staff yang dah dilantik. takkanlah menu makan tengahari untuk pelajar pun nak bincang sampai dekat sejam?
bila dalam meeting selalunya aku akan jadi yang paling kurang bercakap sebab aku masuk management meeting bila bos aku takde je. jadi perkembangan minda agak lambat terbuka dan take time untuk faham apa yang bos-bos lain tengah cakap. selalunya aku akan cakap untuk bahagian aku je dan tak ambik pot topik orang lain. masalah diri sendiri pun tak larat nak pikir ni kan nak pikir masalah orang lain. tapi meeting baru-baru ni aku telah dibom dengan kata-kata big boss 'kalau masuk meeting nak senyap taknak bagi pandangan bagi takyah buang masa masuk meeting!'. terus aku sentap. bila sentap terus rasa mengantuk nak balik tidur. eh? hahaha.
apapun aku harap semua event yang dirancang pada julai ni akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. setakat masalah kecik tu takde hal lah. paling penting untuk event psmb dan petronas tuh. projek orang lain aku tak amik pot. haha. projek orang lain libatkan menteri-menteri, bajet ratus-ratus ribu. projek aku bajet ciput je tapi kalau jadi insya allah incomenya berlipat kali ganda. masa tu bolehlah dengan confidentnya cakap kat bos,
"BOS NAK BONUS 12 BULAN!"
insya allah bukan setakat bonus, bos bagi pakej notis berhenti sekali.
2 comments:
ke mana pergi je aaron aziz. best sgt ke dia tu? suami tini lg best rasanya. hahaha..
eh, sama lah. x suke betul meeting berjela2 sbb byk selit hal2 x pentng. tini pn sme mcm niza. akn senyap kecuali berckp ketika perlu.
@tini
tula rasa skrg ni asyik aaron aziz je kan?haha.meeting kalau lama sangat buka meeting namanya.banyak cakap benda mengarut..
Post a Comment