Thursday, October 28, 2010

Asmara bin Romantik



Dah lama tak meroyan tunggu citer best2 depan tv. Masa drama Nur Kasih tengah gila babs meletop pun tak seghairah ni. Dah la ketinggalan bertiang-tiang sebab start suka tengok citer tu pun masa 3 episod lagi nak habis. Kesian tak? Orang lain dah pum pang pum pang pasal ending aku melongok sepatah haram tak paham. Disebabkan malu dengan diri sendiri yang selalu lambat, maka mintalah bantuan cik gegel kot-kot ada yang advance dah upload tapi hampeh. Nasib baik TV9 buat ulangan, tiap-tiap hari pulak tu *heaven*.Pastu mengadaplah ulangan tak abis-abis kejap TV9 kejap TV3.

ADA APA DENGAN ASMARA?

Takleh blah soalan. Pertama kali tengok drama ni (episod SATU okeh!) ingatkan cerita dalam kain ke dalam selimut ke sebab tajuk pun dah daring semacam. Ooo sebab tajuk daring kau pun gatallah tengok dari episod pertama? Nur kasih tajuk sikit punya keimanan tu jeling sebelah mata pun  tak boleh pulak tengok yang ulangan je?! MERENYAM. Eh apa ni sikit-sikit bagi contoh nur kasih ni? Taulah one of my lalink pun berlakon sama tak payahlah obvious sangat.

Kalau nak tau sinopsis drama boleh google kat mana-mana blog yang rajin buat review drama.

 Tapi kan kenapa nama dia Asmara eh? Tak boleh bagi nama urban lagi ke? Fatul Akrul bin Ramli contohnya. Nak ganas lagi Razman Jejaka Terkacak pun ok juga. Ni tak, apa kes Asmara bin Malik? Asmara bin Romantik barulah sentimental. Baru niat nak tanya ayah dia kenapa bagi nama cenggitu dah matiwatak Malik tu.


So sekarang ni kalau sape-sape rasa nak booking dating dengan i jangan pilih hari Selasa jam 9 malam ok? Dalam seminggu kan ada 7 hari, jadi sila pilih hari lain.

Nah tengok.


4 comments:

JMR said...

mcm ramai gak layan citer ni..best sgt ke ek?:-p

CikKaikazie said...

besstttttt..haa pnjg x best tu?serius tak rugi tgk.

Anonymous said...

Thanks komen kt blog Hanis Zalikha. Sy Aziz Hazmi.

http://www.facebook.com/azizhazmipages

CikKaikazie said...

hahahaha comellah aziz hazmi nih.nice try okeh?