dah seminggu aku tak muntah kat sini kan? hape? tak kisah?
.............
nak merajuk sebenarnya tapi tak jadi sebab takde orang pedulik pun kannnnnn. ni nak story mory pasal kejadian selasa minggu lepas. kejadian yang menyebabkan aku berjalan dah macam oku sekarang.
pada suatu hari...jeng jeng jeng.. (tak saspen pun ok)
aku dengan niat yang tak berapa suci murni keluar kat depan rumah nak angkat kain. bukanlah kain yang aku pakai tapi kain kat jemuran. (tu pun nak explain ke?) sajalah nak tunjuk rajin dekat auntie-auntie ngan uncle-uncle kat taman ni kot2 ada anak bujang nak dikenenkan. bila sedar yang semua jiran aku cina terus semangat merudum. jalan pun agak malas di situ dan saat itulah aku tak sedar selipar yang aku pakai tu tapak agak licin. jadi bila aku nak melangkah dekat longkang kecik depan rumah tiba-tiba...
GEDEBUKKK!!!!!
tahukah tuan-tuan bunyi apakah itu? tak payah susah-susah nak teka sebab sound efek memang tak sama dengan bunyi sebenar dan bunyi sebenar memang tak sama dengan ejaan sebab aku tak tau nak eja macam mana bunyi orang jatuh. jadi sila terima yang gebebuk tu efek kepada bunyi jatuh. dan tak payahlah nak bayangkan macam mana rupa aku masa tu.
ya, memang akulah yang tergolek tu. buat show depan rumah sendiri memang best. yang bagusnya sikit pun aku tak menjerit apatah lagi menangis melolong. sopan katanya. mata cepat-cepat tengok keliling kot-kot ada penonton tak berbayar.kalau ada pun mesti apek-apek tu dah berlari masuk dalam rumah sebab takut aku menjerit mintak tolong dia angkat. hahaha.
aku nak bangun cepat-cepat tapi sakitnya Ya Rabbi!!!! terpaksa control cun bangun pelan-pelan dan buat-buat takde apa terjadi. masuk je dalam rumah terus mengadu kat housemate sambil tunjuk luka ngan darah kat kaki. sob sob. then masuk bilik air nak gi mandi plus cuci luka. bila kena je air hah masa tulah baru nak menjerit terpekik terlolong. seyes pedih!
yang tu baru part jatuh. ni yang pasal lepas jatuh kena hempuk dengan wilcha pulak.
tak taulah kenapa hormon aku malam tu nak buat perangai. tiba-tiba dan-dan tu jugaklah nak terpeot aka period pain aka senggugut aka sakit-orang-perempuan-yang-memang-sangat-sakit. aku dengan senggugut dah macam adik beradik kembar seiras. tak boleh berpisah langsung. jadi boleh bayangkan tak macam mana keadaan aku malam tu? tolong simpati dan kutip derma sekarang. (eh?)
kesan dari dua-dua incident tu aku dapat mc 3 hari taauuuuuuuuuuuu.. (2 hari je sebenarnya. 1 hari lagi aku bagi bonus pada diri sendiri).
Jadinya pengajaran yang kita dapat ambik dari kejadian ni ialah :
- pastikan jangan pakai selipar yang tapak dah haus. tolong beli selipar baru.
- pastikan niat kena bersih, jangan nak menunjuk rajin depan jiran cina.
- tolong kira tarikh peot betul-betul. jangan bagi clash dengan tarikh nak jatuh. rugi.
motif entri adalah sangat ke laut. harap tak menyesal baca. hahahha
babai.
9 comments:
he3, nk muntah sini
Entry terbaru Apakah Kepuasan Berblogging Bagi Blogger?... (",)
alalalaa...kesian jgk. senggugut tu sakit. huhu..
hihi..
@budakbotak
moh pakat muntah moh
@wanfadhilah
kan?hanya orang yang selalu mengalami je tau hoh
@hiro
hukhuhkhuh
Aduss... kesiannyer...
China miliki 960,000 jutawan
tu la..gatal lagi eh? hahaha...
kejadiannya menyakitkan. tp asyik nk gelak sebab penceritaan melucukan.
so, boleh tak cakap Padan muka? hikhikhik
jgn marah. nnt kena jual ;p
@miecyber
alolololo
@ninihartini
haha kejam sangat tini padan muka tu...
Post a Comment