Ingat lagi tak wishlist mengarut ni? heh. mengarut-mengarut pun kalau dah kata nak tu memang tak boleh buat apa. tinggal external hardisk je yang tak dapat eh bukan tak dapat BELUM dapat lagi. hehe. nak buat wishlist Mei pulak ke? cari maut namanya tu.
hari ni nak cakap pasal KETEGASAN. semalam bos kata aku tak tegas, ikut je apa orang kata cakap walaupun aku tak setuju. pada hari yang sama ada staff cakap aku terlalu ikut kehendak client, takde pendirian. hari tu masa jumpa lawyer company, dia cakap aku kena tegas tak boleh ikut je apa orang beritahu. so bila dah tiga orang cakap benda yang sama dalam masa tak sampai seminggu aku jadi terfikir, betul ke aku jenis
recap balik senario-senario zaman dulu kala aku rasa ada betulnya apa yang diorang cakap. cuma aku bukan tak tegas or tak tetap pendirian tapi lebih pada tak sampai hati nak bagitahu hal sebenar/pendirian aku. cehh nak jugak bela diri. haktuih.
contohnya camni, aku tak suka kalau operasi syarikat tergendala disebabkan benda remeh yang tak sepatutnya terjadi dan akan menjejaskan hubungan syarikat dengan client. bukan tak tegas kena marah-marah tapi lebih kepada cover untuk staff dan kebanyakannya melibatkan duit ringgit lah.
kalau staff kena outstation dan finance lambat bagi duit aku akan dulukan duit aku. padahal boleh je suruh staff guna duit sendiri dulu. kalau staff balik dari outstation declare duit tak cukup aku akan topupkan. padahal boleh je mintak staff ganti sendiri. kalau buat event apa-apa bila budget tak cukup aku akan cukupkan. padahal boleh je buat bodoh. kalau elaun pelatih praktikal lambat aku akan bagi duit aku dulu. padahal takde kena mengena dengan hidup aku pun. kalau office nak beli apa-apa aku akan belikan dulu pastu bila claim tapi tak dapat-dapat aku buat senyap je. bukan tak sayang duit tapi sebab malas nak bising.
aku bukan nak cerita pasal aku ni
contoh kalau kena outstation staff A kena uruskan pasal travel dia tapi dia taknak buat sebab dia kata bukan kerja dia jadi aku yang tolong arrange untuk dia A-Z tapi dekat form aku letak nama dia. kononnya dia yang buat sendiri. tapi tak semua staff camnih, sorang dua yang rasa baru nak naik. kalau kena mintak approval atau kena jumpa orang kat hq memang muka akulah yang selalu menempek kat sana. sampai ada staff kat hq suh aku apply satu meja kat sana senang kalau gi sana dah ada tempat nak duduk. *sarcasm*
serius dulu aku macam tak kisah pasal semua ni (sumpah seranah dalam hati tak ambik kira ye. haha) tapi bila bos cakap camtu, kira macam aku ni senang untuk diambil kesempatan, rasa macam sentap jugaklah.
aku tak suka bila orang fikir aku macam ni tapi aku tak tahu macam mana nak explain kat orang lain yang aku tak suka. faham tak? pernah jugak bila rasa takde mood aku kononnya nak tegaslah tapi bila diorang tinggi suara sikit mulalah nak nangis boooboooo. abis tu cuba bagitau macam mana lagi aku nak buat?
benda ni bukan je melibatkan kerja tapi kehidupan peribadi. dengan family, kawan-kawan, adik beradik, kawan rapat eh bukan ke sama je tuh? haha. nampak sangat hidup aku cuma dikelilingi golongan tu je. serius aku tak tahu nak buat macamana nak bagitau kalau aku tak suka buat sesuatu benda tu. kang kalau betul-betul strict orang benci pulak.
ke lebih senang jadi kebencian orang dari beri kesempatan orang take advantage ke atas kita?
cari ilham dalam mimpi |
PosLaju : aku bukannya nak cerita aku ni staff contoh walaupun pernah dapat anugerah staff cemerlang (bluwekkk wekkk). bila ada orang tegur aku macam shocked. sentap. dan post entri ni.