Situasi 1:
Tempat : Dalam office depan pintu keluar
Kawan : Jom pegi amik saman parking aku dalam kete aku nak mintak tolong kau
Aku : Ade aku kesah?? (dalam hati)
Pulas tombol pintu.
Aku : eh kenape nih tak boleh bukak haa? (cuak cuba pulaspulas tombol)
Kawan : laa pehal?aku kuar tadi okeh je.cuba tolak kuat sket.(serius)
Aku : (berusaha keras untuk pulas tombol tolak pintu tapi tetap gagal.cubaan telah berjaya menarik perhatian sekeliling disebabkan bunyi tolakan yang maha dasyat.hiperbola) tak bolehlahhhhhh.....
Kawan: bolehhhh...cuba lagi..
Aku : (tarik nafas.kumpul tenaga dan haaaaaaihhhhh) mana bolehhhhhhhhhhhhh....
Pelakon tambahan muncul mendadak.
Pelakon tambahan yang muncul
TING! Door opened.
Kawan + pelakon tambahan + orang sekeliling : HAHAHAHAHAHAHA!!!
Aku : vavi.
Situasi 2
Tempat : Kedai makan bawah pokok yang banyak kerengga gatal.
Aku : Petang ni nak mintak tolong polan (nama sebenar) ah mesin semak samun depan rumah yang sekali tengok orang akan keliru eh ni rumah ke hutan simpan?
Kawan : Racun je terus. Senang.
Aku : Tulah nak beli racun ah. Kalau tak puas hati dengan hausmate/ofismate senang leh racun terus muahahahah
Kawan : Beli yang elok sket takut xmati semak samun tuh
Aku : Duk pikir ni nak panggil budak potong rumput. Pastuh terus racun.
Kawan : ??
Aku : Suh dia potong ari kamis leh tak. Jumaat leh racun.
Kawan : Kalau dah tau nak racun kejadah ape nak potong??
Aku : Eh bukan kena potong dulu ke baru racun?
Kawan : (muka biru tahan gelak tapi tak leh tahan) KAHKAHKAHKAH
Aku : Fine. (tunduk muka sedut air lajulaju)
Situasi 3
Tempat : Depan tv dalam rumah anak dara pemalas basuh pinggan duk tengah mengadap citer indon wajib tayang tiap-tiap hari sebab ada Galang.
Kawan 1 : Bodohla galang ngan kirana nih. satu ari berapa belas kali nak gaduh-baik-gaduh-baik?
Aku : aah bodohla duadua. kejap baik kejap gaduh.aku pun tension.baim ngan farah elok je bahagia.
Kawan 2 : (Senyap. Makan keropok)
*iklan*
Aku : Tukar cenel jap. Boring ah iklan (capai remote dan tekantekan cari cenel best) Takde orang lain ke nak amik berlakon selain si pasa sendat nih? apesal rambut adi keras semacam je tuh?
Kawan 2 : blablabla komen blablabla komplen blablabla...
Kawan 2 : (Senyap lagi. Keropok belum habis)
*iklan*
Selepas 5 minit...iklan lagi.
Kawan 2 : Apehal banyak sangat iklan nih? Selalu tak banyak camnih.
Aku : Astro dah takde duit dowh sebab tu banyak iklan skang.
*azan Maghrib*
kawan 1 : Eh sejak bile astro ada azan?
Aku : Astro dah insap skang ler... (Khusyuk dengan azan sampai habis sambil menginsafi diri)
Azan tamat.
Sambungan citer bermula.
Paradia : you nak mi goreng mamak tak basuh tangan ke mi goreng hotel tapi macam mamak?
Kawan 1 : wehhhhh niza bodo ah ni tv3 lahhhhh! woh galang dah nak abis wooooo!!! niza asdfggghhhjjtk!!
Aku : (menyorok bawah meja)
Kawan 2 : (sambung goreng keropok) Suma bengong.
PosLaju : Kita rasa seronok membahan orang tapi tak sedar bila dibahankan. Renungrenungkan dan selamat membahan!
3 comments:
ish3.........nk tergelak lg rase ni..hua3
gelaklah.puas-puas.
ehehhe...ye kot...suka berangan ni :)
Post a Comment