Saturday, December 25, 2010

Handphone itu telefon bimbit. Tapi gantung kat leher pun boleh tak semestinya kena bimbit.


 Eh minah kau ada nombor talipon aaron aziz tak?

Ada.(keluarkan henfon dari poket)

Laa kau guna 3310 ke?apesal tak beli blekberi? tak pelah aku nak tau je kau guna henfon apa.

wadde???


**

 
Sejarah penggunaan handphone aku bermula ketika umur 18. Masa ni kalau bawak pergi mana-mana pun tak de cikgu nak rampas. Kira dah ada lesen. Bukan macam budak2 sekarang ni, upsr tak lepas lagi handphone dah bertukar 2,3 kali. My niece Nurin 6tahun cakap kawan dia dah ada handphone. Bila sekolah dah abis terus call mak suh datang amik. Gila canggih kan budak-budak sekarang?

Gugel la
 1st. Fames giler tau phone ni masa tuh. Kira kalau sape2 dah pakai phone ni dan grand abis dah. Sekarang??? hahaha lu pikirlah sendiri. Kalau tersepak kat mana-mana belum tentu ada orang sudi ambik. Silap-silap orang pi campak dalam unggun api sebab salah sangka ingatkan kayu api canggih dah ada nombor. Tapi serius cakaplah phone ni memang tahan lasak giler. Kau baling kat anjing sure anjing tu cedera parah masuk ICU.Keypad dia pon best laju je leh taip sms. Masa ni memang pro ah dengar lecture tapi tangan pup pap pup pap dalam meja main sms. Hahhaah rindu rindu!

Gugel lagi

2nd. Dah upgrade sket. Maklumlah duk kat U takkan nak pakai phone baling anjing masuk ICU lagi kan? hahaha hakktuih! Masa ni rasanya antara henpon terawal ada GPRS hehehe jakun. Comel je bila pegang phone ni muat-muat tangan je. Masa ni jugak 2 BFF pun guna model yang sama, kira dah habis in la tuh konon. Huh.

Lagi lagi gugel.


3rd. Mulanya dah lupa pasal riwayat yang ni sebab hayat penggunaan sangat singkat. Rasanya tak sampai 4 bulan kot. Sebabnya? heheh bukannya dah kaya boleh tukar phone setahun 2,3 kali tapi sebab aku pandai la aku guna kejap je. Skrin memanglah bapak kecik sampaikan dah set font yang paling besar sekali pun  kena guna kanta pembesar kalau nak baca sms (hiperbola). Last-last let go kat kawan je(kot?). Ralat jugak sebab regenya masa beli tuh mahal yang amat. Sekarang ni kalau rege tuh dah dapat yang paling canggih manggih sekali. Bodoh pulak bila pikir balik. Ok tak payah pikir. Nexttt!!


Hehehe tak de next dah. To be cont. heh.



PosLaju : Takleh blah dengan to be cont. tuh. Ingat kau artis ke orang nak tunggu sambungan episod yang takde faedah nih? *Baiklah tak jadi buat yang to be cont. tu*. Sekali gertak dah terkehel kepala lutut. Lemah semangat punya budak.

Wednesday, November 24, 2010

Kalau berani hidup nak mati kena berani jugaklah





Bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*tarik nafas*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Erk macamana nak mula ni?
 -
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


OK.

*ngeeeeee* tiba-tiba rasa nak gedik sikit dengan intro tak berapa saspen nih. 
Senyum. 
Sebenarnya serius aku tak tahu macamana nak mulakan. Banyak isi perut yang nak dimuntahkan tapi tak termuntah. Takut aku muntah sebab tertelan muntah sendiri yuckkkks.

Semalam all the way dari hometown ke taxtown (chukai wtf) memanglah satu pengalaman yang agak ngeri. Bukan kerana tertengok eksiden pastu ternampak2 kepala mangsa terkulai layu tu bukan. Bukan jugak sebab ade abang polis trafik yang hensem dan buat muka ketat nak saman sebab potong double-line sampai hancus, pun bukan.

Hampir 3/4 perjalanan dibazirkan dengan limpahan air mata yang tak tahu kenapa sangat teruja nak ikut musim tengkujuh lalu dia pun nak sama lebat. Urban konon. Belum pun bontot kereta panas, belum pun sempat keluar kampung, signboard ke bandar belum nampak lagi,dia dah buat perangai.

Kenapa?

Rasa bersalah, sedih, kecewa, sakit dalam hati semua bercampur. Nasik campur pun tak meriah macam ni. Aku dah buat pengakuan berani mati pada seseorang yang aku paling cinta dalam dunia ni. Dah dekat 3 tahun, sekarang aku dah tak mampu nak telan sorang2. Kena kongsi telan ramai2 baru nikmat.



Bodoh kan?




PosLaju : Entri lama. Sila bayangkan hari ini bertarikh 21/11/2010. Bye.



Saturday, November 20, 2010

Gemuks vs Kurrus

Aku belum jumpa lagi orang yang betul-betul gemuk cakap dia gemuk in public. Selalunya yang bersepah cakap dia gemuk adalah orang yang memang sah lagi sahih dia kurus. Buatlah hearing setahun 14kali pun gerenti hakim cakap dia kurus juga.

Orang-orang ni jugak yang selalu update status kat facebook, blog, myspace, twitter, friendster (hahaha lame gila) cakap (baca : tulis) wehhh aku dah gemoks omg omg dah takleh butang skinny jeans aku! esok wajib start jogging kat taman 10 round. Ataupun : tadi timbang my weight terkezut giler berat aku dah naik 2kg. omaigod tak sanggup tengok angka 42 tu! nak kurus balik!!!

Takde pulak yang betulbetul gems (wajib baca : gembira) cakap alamak dah diet nasik 10 bulan pastu joging tiaptiap hari sampai lunyai tapak kasut tapi turun 0.02g je? bilalah nak dapat berat ideal 65kg instead of 78kg sekarang nih? @ tadi i pegi shopping dengan my bf cari dress untuk dinner next week. tapi frust sebab banyak kedai tak jual dress untuk XXXL. kalau beli S takut terbonjol pulak lemaklemak tepu manis i nih hehehe.

See?

PosLaju : Entri ini sekadar luahan semata-mata. Frust gilerrr wehhhh tadi timbang naik 2kg!!!! Maka wajiblah kau pegi buang segala mamee twisties jack&jill coki2 nasik lemak ikan siakap 16rasa tuh sekarang!! Lepas ni kalau tengok tv wajiblah kau kunyah batang sawi je ok.*sedih*




Tuesday, November 2, 2010

Unta padang pasir pon tak lampi macam kau!



Situasi 1:

Tempat : Dalam office depan pintu keluar

Kawan : Jom pegi amik saman parking aku dalam kete aku nak mintak tolong kau bayar bagi kat jiran sebelah kiri kau yang keje majlis perbandaran.Jiran sebelah kanan tu cina, jangan bagi kat dia sebab kedekut gile tak bagi parking depan umah dia.
Aku : Ade aku kesah?? (dalam hati)
Pulas tombol pintu.
Aku : eh kenape nih tak boleh bukak haa? (cuak cuba pulaspulas tombol)
Kawan : laa pehal?aku kuar tadi okeh je.cuba tolak kuat sket.(serius)
Aku : (berusaha keras untuk pulas tombol tolak pintu tapi tetap gagal.cubaan telah berjaya menarik perhatian sekeliling disebabkan bunyi tolakan yang maha dasyat.hiperbola) tak bolehlahhhhhh.....
Kawan: bolehhhh...cuba lagi..
 Aku : (tarik nafas.kumpul tenaga dan haaaaaaihhhhh) mana bolehhhhhhhhhhhhh....
Pelakon tambahan muncul mendadak.
Pelakon tambahan yang muncul mendada mendadak : Kak nak kuar ke? (Menuju ke suis tepi pintu)

TING! Door opened.

Kawan + pelakon tambahan + orang sekeliling : HAHAHAHAHAHAHA!!!
Aku : vavi.




Situasi 2

Tempat : Kedai makan bawah pokok yang banyak kerengga gatal.

Aku : Petang ni nak mintak tolong polan (nama sebenar) ah mesin semak samun depan rumah yang sekali tengok orang akan keliru eh ni rumah ke hutan simpan?
Kawan : Racun je terus. Senang.
Aku : Tulah nak beli racun ah. Kalau tak puas hati dengan hausmate/ofismate senang leh racun terus muahahahah
Kawan : Beli yang elok sket takut xmati semak samun tuh
Aku : Duk pikir ni nak panggil budak potong rumput. Pastuh terus racun.
Kawan : ??
Aku : Suh dia potong ari kamis leh tak. Jumaat leh racun.
Kawan : Kalau dah tau nak racun kejadah ape nak potong??
Aku : Eh bukan kena potong dulu ke baru racun?
Kawan : (muka biru tahan gelak tapi tak leh tahan) KAHKAHKAHKAH

Aku : Fine. (tunduk muka sedut air lajulaju)




Situasi 3

Tempat : Depan tv dalam rumah anak dara pemalas basuh pinggan duk tengah mengadap citer indon wajib tayang tiap-tiap hari sebab ada Galang.

Kawan 1 : Bodohla galang ngan kirana nih. satu ari berapa belas kali nak gaduh-baik-gaduh-baik?
Aku : aah bodohla duadua. kejap baik kejap gaduh.aku pun tension.baim ngan farah elok je bahagia.
Kawan 2 : (Senyap. Makan keropok)

*iklan*

Aku : Tukar cenel jap. Boring ah iklan (capai remote dan tekantekan cari cenel best) Takde orang lain ke nak amik berlakon selain si pasa sendat nih? apesal rambut adi keras semacam je tuh?
Kawan 2 : blablabla komen blablabla komplen blablabla...
Kawan 2 : (Senyap lagi. Keropok belum habis)

*iklan*

Selepas 5 minit...iklan lagi.
Kawan 2 : Apehal banyak sangat iklan nih? Selalu tak banyak camnih.
Aku : Astro dah takde duit dowh sebab tu banyak iklan skang.

*azan Maghrib*

 kawan 1 : Eh sejak bile astro ada azan?
Aku : Astro dah insap skang ler... (Khusyuk dengan azan sampai habis sambil menginsafi diri)

Azan tamat.

Sambungan citer bermula.

Paradia : you nak mi goreng mamak tak basuh tangan ke mi goreng hotel tapi macam mamak?

Kawan 1 : wehhhhh niza bodo ah ni tv3 lahhhhh! woh galang dah nak abis wooooo!!! niza asdfggghhhjjtk!!
Aku : (menyorok bawah meja)
Kawan 2 : (sambung goreng keropok) Suma bengong.





PosLaju : Kita rasa seronok membahan orang tapi tak sedar bila dibahankan. Renungrenungkan dan selamat membahan!









Thursday, October 28, 2010

Asmara bin Romantik



Dah lama tak meroyan tunggu citer best2 depan tv. Masa drama Nur Kasih tengah gila babs meletop pun tak seghairah ni. Dah la ketinggalan bertiang-tiang sebab start suka tengok citer tu pun masa 3 episod lagi nak habis. Kesian tak? Orang lain dah pum pang pum pang pasal ending aku melongok sepatah haram tak paham. Disebabkan malu dengan diri sendiri yang selalu lambat, maka mintalah bantuan cik gegel kot-kot ada yang advance dah upload tapi hampeh. Nasib baik TV9 buat ulangan, tiap-tiap hari pulak tu *heaven*.Pastu mengadaplah ulangan tak abis-abis kejap TV9 kejap TV3.

ADA APA DENGAN ASMARA?

Takleh blah soalan. Pertama kali tengok drama ni (episod SATU okeh!) ingatkan cerita dalam kain ke dalam selimut ke sebab tajuk pun dah daring semacam. Ooo sebab tajuk daring kau pun gatallah tengok dari episod pertama? Nur kasih tajuk sikit punya keimanan tu jeling sebelah mata pun  tak boleh pulak tengok yang ulangan je?! MERENYAM. Eh apa ni sikit-sikit bagi contoh nur kasih ni? Taulah one of my lalink pun berlakon sama tak payahlah obvious sangat.

Kalau nak tau sinopsis drama boleh google kat mana-mana blog yang rajin buat review drama.

 Tapi kan kenapa nama dia Asmara eh? Tak boleh bagi nama urban lagi ke? Fatul Akrul bin Ramli contohnya. Nak ganas lagi Razman Jejaka Terkacak pun ok juga. Ni tak, apa kes Asmara bin Malik? Asmara bin Romantik barulah sentimental. Baru niat nak tanya ayah dia kenapa bagi nama cenggitu dah matiwatak Malik tu.


So sekarang ni kalau sape-sape rasa nak booking dating dengan i jangan pilih hari Selasa jam 9 malam ok? Dalam seminggu kan ada 7 hari, jadi sila pilih hari lain.

Nah tengok.


Saturday, October 23, 2010

Orang nak cool kau pun nak cool juga

Ni n3 bulan lepas. tak perasan belum post lagi. hehehe.


Lately aku tak tahu kenapa nafsu membeli tudung sangat membuak-buak seperti gunung berapi yang dah lama pasang niat nak meletus di sangat para saintis dah confident kawasan tersebut selamat untuk didiami. Dalam masa sebulan dua aku dah beli lebih kurang 20 tudung/shawl plus inner skali. Gila babun kan? Kot celah mana nak pakai aku pun tak tahu...

Tapi yang pasti semua tudung tersebut sangat chantekkk terbaeekk dari ladang okeh. Dah lama giler cari inner cotton tapi tak jumpa2 akhirnya jumpa kat sini sebab terpengaruh (wahhh?) dengan budak chantek ni. Sangat cool pakai inner ni dan muka tak jadi macam bola tapi bila pakai orang tetap nak sepak sebab annoying sangat hahahah.

Ada juga yang aku jumpa shawls chantek2 kat sini dan sini. Pantang tengok je ada update stock baru yang awesome mesti gedik-gedik nak beli pastu memang tak beli selai je sebab pikir rugi bayar kos pos laju kalau beli satu je. Haahaa kedekut giler.

Dulu selalu rasa tak confindent je nak pakai shawls belit putar alam ni. Selalu pikir nanti orang tengok pelik pulak aku pakai camnih tak pun nanti orang kata alien zaman sekarang dah pandai pakai tudung eh? huhuh sadis tol..First time aku pakai tudung ala-ala bini Dato' K ramai kagum (baca:terkejut beruk) tengok aku sampai ada yang panggil ninja.huh wtf?? Tapi bila dah 2,3 kali pakai aku dah tak kisah dah. Suka ati kaulah bedah nak cakap ape pun yang penting aku selesa dan boleh perasan diri chantek okeh.

Dah usaha taknak bagi muka nampak bulat tapi tang pipi tu tetap tak boleh sorok damnnn!




Shawl ni dah lama hehehe.Eh kenapa gaya sama je nih? Tempat pon sama apehal?

Takleh blah gambar mata juling blur pon nak letak jugak!

Dahlah. Nanti ada yang muntah pulak. 

BABAI.





Kenapa aku terpaksa tolak cinta mereka?

Siapa yang tak pernah ada pengalaman bercinta dalam hidup sila lempang diri sendiri sekarang!

Bersedialah terima hakikat bahawa hidup anda sangatlah loooser ok. Kau pegi tanya budak tadika 6taun gerenti kau malu pada diri sendiri sebab budak tu dah ada 3 boyfren sebelum ni. 6taun okeh?Kau ada???*mengaku loser*

Sepanjang hidup bertahun-tahun (dah baligh) dah banyak cinta lelaki yang aku terpaksa tolak. Ramai yang kata aku memilih. kot celah mana memilih pun aku tak tahu. My ex2 dulu memang handsome, cukup handsome tapi hati aku tak boleh terima. Entahlah ada aje halangan yang datang macam tak merestui hubungan kami ecehh... Oklah, entry ni just nak share kenapa aku tak boleh get along with all my exs. Sorry to all my exs kalau I terpaksa tunjukkan muka you olls.p/s: mana-mana yang ada penyakit kronik lagi berbahaya dilarang membaca sampai habis dikhuatiri penyakit korang akan menyerang bila-bila masa. Aku bagi warning ni!

Ramai orang kata cinta pertama memang susah nak lupa. So do I ecehhh. wtf ecehh dari tadi tapi tak cerita2 jugak? okla ini adalah cinta pertama aku...



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Handsome tak? Sape kate tak boleh get lost! Dulu bagi budak yang tak akil baligh macam aku dapat yang macam ni dah cukup sempurna dah. dah boleh berlagak bawak gambar pi kelas tayang muka pakwe hahahaha. Sape-sape yang kenal aku dulu memang taulah yang aku dah cukup tangkap leleh lentoks dengan mamat ni. Memang fanatik gile babs ah dengan KRU masa tu. Dari tahun 1992  darjah 2 beb dah pandai tangkap lentok. Masa tu belum ada henfon xleh nak sms2 bagai. Jadi main surat-surat ngan kad-kad jelah. Tingat ada satu kali raya tu aku kirim kad raya kat abang yuci ni. Punyalah panjang aku tulis sampai tak muat kad sambung dengan kertas kajang pulak last-last dia balas IKHLAS DARI:(sign diorang bertiga). Dapat yang gitu pun aku dah besar rahmat sengih sorang-sorang sampai abis raya pastu sambung sengih sampai raya aji pulak. Tapi bila aku masuk matrik hubungan kami macam dah renggang. Dia ajak aku kawen tapi aku cakap tunggu lepas abis belajar. Agaknya abang yuci boring tunggu aku study tak abis2 jadi dia main mata ngan era pajira.

Eh tercrop pulak!

Hancur hati aku bila dapat tau yang dia nak kawen ngan era sobs sobs...Tapi sebab sayangkan study aku terpaksa mengalah sobs sobs...Jadi hubungan kami tamat waktu sebelum dia kawen. Walaupun sekarang dia dah duds tapi tak macam tawar hati dah tak nak pisang berbuah 2 kali hahaha hahkktuih!!




Zamani ni bukanlah aku gila sangat pun. Just spare part je lepas clash ngan Yusry hahahah. Tapi aku suka giler sore dia masa tuh. Kenapa putus? Dia degil. Aku suruh potong rambut dia taknak. Nak jugak simpan rambut rebonding tuh kalah tau rambut aku.




Pastu aku terjatuh cinta pulak dengan mamat nih...


Macam kena paksa senyum je..takutla tu kena pakai baju shell takut orang kata eh ni pump attendant apesal hot sangat?Tak pelah yang penting u hensem i tetap suka. Rugi tau LO ngan scha tak suka u. Dah tak suka banyak bunyi pulak. U pukul2 manja je pun nak bising. U pun selalu pukul i, i tak bising pun. Apa salahnya tolong pukulkan nyamuk kan?

Tapi satu je yang i tak berkenan ngan u tahu tak. Body u yang macam malek noor tu buat i rasa macam berjalan dengan bodyguard body builder je, tough semacam. Dahla u suka pakai baju tarik perhatian orang. Kenapa tak percaya? u tengok nih...

Haaa tak percaya lagi? Tengok ni pulak.

Benci tau! Suka buat orang ingat u single lagi. abes tu i ni u nak campak kat lombong mana? dahla tak nak kawan ngan u lagi sob sob..



Credit to fesbuk Zizan


Hahaha ex yang ni aku suka sangat. Kalau dating dengan dia memang tak kering gusi gigi. Bukan sebab sepanjang masa duk melantak jadi gusi tak sempat kering tapi sebab duk gelak memanjang. Dia tak payah cakap duk diam pun aku gelak bila tengok muka dia. Tengah tulis ni pun aku rasa nak gelak hihihi...

Ok serius sekarang. dulu aku ingat dah sama negeri kelahiran ni senang sikit. Kenduri pun dekat-dekat je tak payah travel jauh. Balik kampung raya pun tak payah gaduh. Tapi punca kami clash pun sebab sikap dia yang tak pernah serius tulah. Ada ke muka aku dah abis ketat giler serius duk cari solution pasal nasib penduduk Palestin yang tak abis2 dikecam dek lahanat Israel dia boleh buat lawak pasal kucing Mak Tin gaduh ngan ayam Pak Rais berebut whiskers? Kan tak de sifat2 humanity tuh? CANCEL.






Bila umur dah dewasa sikit taste pun mula berubah. Nak cari lelaki baik-baik yang soleh gitu hehehehe....

 Nampak tak NUR kat situ? Bukan nur amina dalam nur kasih tu..ni nur cahaya keimanan la hahahahah.... Start suka kat fizz bila tengok nur kasihlah. Sejuk hati perut tengok dia cakap, berjalan, makan semualah. Dah habis nur kasih pun still suka lagi tengok dia. Fizz jadi orang jahat pun aku suka sebab aku dah pesan siap-siap kat dia " kalau abang (dah muka baik, panggil pun kenalah sopan awww) nak berlakon jadi orang jahat boleh tapi kopiah tu jangan tinggal lak. Apa salahnya jadi pembunuh beriman..."


Tang lesung pipit tu yang tak leh tahannnn. Ni masa raya tahun ni. Kaler baju satu tema ngan kaler keta aku hahahaha sweet kan abang fizz? Tapi akhirnya cinta kami kecundang jugak di tepi jalan mati. Tak pela bang, saya redha je abang dengan si almy kurus keding tu. Apalahnya mengalah kalau abang cuba nak solehahkan dia kan? *terharu.baru sedar diri ada sifat dermawan macam ni*.





Lepas kapel dengan ustaz tiba-tiba rasa nak kapel dengan rockstar pulak ngeh3.


 Tabik spring!!!! Inilah bintang batu (rockstar??) kesayanganku ever. Dengan yang ni tak payah cakap banyak...cukup suruh dia nyanyi je dah leh tangkap lentok..Kalau tengok bang pejal perform memang tiba2 jiwa tu terasa nak naik stage perform bersama. Punyalah jauh aura tu datang. Memang semangat ah tengok dia nyanyi. Tapi setiap orang ada masa2 ups and down jadi bang pejal pun tak terkecuali. Korang mesti tau kan kes bukak dada baju dia dulu? Aku pun heran apa yang pelik sangat dia buka2 baju tu sampai kena gam bagai. Oh lupa kat Malaysia artis lelaki tak boleh seksi2, artis pompuan telanjang takpe.

 Tak pelah bang pejal, kalau tak leh nyanyi lagi pasni u terbang jelah. Boleh pergi vacation free tak payah pening2. i jadi u punya lana lang okeh?




Bila dah sampai 6 lelaki ni aku rasa dah penat nak couple. (Wekkkk!) Takut tak jadi lagi. (Wekkk lagi!) takut nanti kena mengalah lagi bagi can kat artis2 pompuan yang baru nak up tuh (nak wekkk lagi tapi tak jadi.tahan je dalam perut).

Tapi kan tapi...........haaa ni aku harap sangat cinta aku yang last akan long lasting macam bateri energizer tu. Kira ni yang last jadi nak biar jadi macam cerita cinderella tu kan  they live happily ever after la konon. Hahaha. Nak tau tak sape my recent boyf? Tak pelah biarlah aku simpan je yang ni dalam lubuk hati yang paling dalam ewahhh..

Ok bai.



















Eh ada lagi? Kenapa pulak macam tak puas hati je muka tu? Okla okla sebab korang dah paksa kan (citt podah!) terpaksalah aku reveal juga sape boyf aku sekarang. Tapi jangan kutuk tau. Boyf aku bese2 je tak de hensem mana pun hehehehe...

Ni dia...

Taraaaaaaa


*Tarik nafas*. Handsomenye!!!!

*Tarik nafas dalam2* Cekci tau!

*Tarik nafas eh terkentut pulak!*

Puas hati???

Hahahahaha. Aku gilakan aaron sekarang. Tolong lempang laju2 sebab minat kat hot daddy camnih!



i jeles tau!



BABAI.


Posmen: TQ to cik gegel sebab simpan semua gambar ex i. Biase dia simpan gambar ex orang nih!