Monday, August 15, 2011

Sedikit dugaan Ramadhan

 Doa merawat penyakit:

"Ya Allah ya Tuhanku,Tuhan manusia,lenyapkan kepayahan daripadanya,sembuhkanlah dia,kerana Engkaulah yang menyembuhkan,tiada sembuhan lain melainkan sembuhan-Mu,suatu sembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." 

***
Semalam dapat berita dari kampung yang angah (kakak nombor 2) dikejarkan ke HUSM kerana semua anggota badan cramp, macam strok dan juga disyaki ada ketumbuhan. luluh rasanya hati bila dengar khabar sebegini lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ni. lebih luluh bila mengenangkan anak-anak angah iaitu puteri, dhia dan dania yang masih kecil dan juga dania yang masih menyusu badan. bila dengar ma bercerita sambil menangis terus rasa macam nak lari balik dan-dan tu juga.

harap-harap bila keluar result test darah dan scan petang ni takde apa-apa penyakit yang merbahaya. aminnn...


1 comment:

Nini Hartini said...

La Tahzan..

semoga kakak niza dijauhkan dr penyakit2 seperti itu... bersabar ye...