Yay! ESOK CUTI!
hahaha. silakan saja kalau rasa nak lempang budak gedik ni.
Sekarang ni dah dalam mood nak balik kampung yey! Macam good-good je kan sibuk je orang lain raya dia pun sama naik nak sibuk sama. Dahla kampung dekat je. Dekat?? 5 jam okeh!
Sebelum balik kampung kita wajib buat apa adik-adik?
Shopping!
Kemas Baju!
Tidur puas-puas!
Mandi lama-lama!
Paaaandai adik-adik semua. Semua tu betul kecuali mandi lama-lama tuh, Kejadah apa balik kampung nak mandi lama sangat? Tak mandi pun boleh balik apa. Bila datang sini balik barulah mandi dan berendam lama-lama. Pernah berpengalaman tak mandi selama 2,3 hari? Macam mandi pagi khamis untuk pergi kerja dan jumpa skali lagi bilik mandi pun pagi ahad untuk pergi kerja. Tambah sadis kalau tiba-tiba Malaysia menang Piala Suzuki dan ahad pun jadi public holiday jadi pagi isninlah jumpa bilik air. Faham tak ni? Tak faham tak apa, yang faham jangan terasa. Eh jadi pantun pulak.
Berbalik kepada persoalan utama kita (dah boleh jadi pengacara WHI ni), sebelum balik kampung tolonglah kemas barang-barang yang perlu dibawak balik tu awal-awal. Jangan tunggu last minit setengah jam lagi nak balik baru nak kemas. Jangan tiru budak tuh. Dia pakar bab-bab dah gerak separuh jalan kena pusing balik sebab
Bagi yang jarang dapat peluang balik kampung tu kalau ada duit terlebih apa salahnya shopping dulu hadiah-hadiah untuk mak abah
Kunci semua pintu dan tutup tingkap kemas-kemas. Pastikan switch off semua lampu, kipas, plug tv dan segala plug yang ada. Plug rumah jiran tak payah rajin nak pergi tutup sama, kalau nak jugak mintak izin dulu okeh. Kalau rajin pesan-pesanlah kat jiran tetangga yang tak balik tu untuk tengok-tengokkan rumah kita. Kalau yang duduk dekat area yang ramai chinese tu untunglah sebab diorang memang tak balik. Beraya kat sini terus. Yang sibuk balik kampung biasanya golongan yang tak beraya macam aku ni hehehe.
Bagi pemandu-pemandu sekalian, pastikan tidur dan rehat secukupnya ye. Bagi yang memandu sorang diri tu haruslah double rehat dan tidur tu. Tapi janganlah tidur straight 12jam tak bangun-bangun. Agak-agak ar weh. Kalau yang jenis mata cap kambing tu (mengata dulang paku serpih), banyakkanlah minum nescaffe/kopi (amalan tak sihat) ataupun telan je serbuk kopi tu. Konfem tak mengantuk seminggu.
Last but not least (ayat kegemaran karangan BI), check kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Walaupun aku ni tak tahu menahu sangat pasal kereta2 ni tapi setakat check minyak hitam tu okla. hahaha nasihat orang macam aku ni terror sangat. Pada yang buta macam aku ni cubalah mintak tolong kawan-kawan tolong checkkan. Apa guna ada kawan kalau tak boleh dipergunakan kan? hahaha. Biasanya yang selalu orang check ialah minyak pelincir, air wiper, air dalam radiator, air bateri, keadaan tayar ok ke tak dan lain-lain (hahha kerja senangkan bagi dan lain-lain terus).
Ok, semua ni adalah pandangan peribadi aku je. Kalau ada salah/cacat kat mana-mana tu tolong perbetulkanlah. Saya kan budak baru belajar, bak galah tu nak tolong jolokkan. Dah macam lucah pulak. Tukar tukar. Saya kan budak baru belajar, jom pergi sekolah kita belajar. hahaha baik kan.
Blah ah niza.
6 comments:
awat cuti start lambat sangat,
cek start last week lagi.
hehe, bagi pemandu jalan raya, sila memandu dengan berhemah.
ingatlah orang tersyang.
hohoh mmg ah PB cuti awal..kat sini esok bru start cuti.nway hepi holiday!
wehhh.....kemain seronok lg nk blk kg... Bon voyage.....
alaaa...kite dah nak habis cti dah...=(
aku suka bab mandi lama2 tuh..
paker:
mmg ah sonok sbb sorg.kl ramai beronok2.
ain:
heee dah back to work daaa...
elia:
kenapa suka?pernah alami?
Post a Comment