Tuesday, February 1, 2011

Jom bercuti!

Yay! ESOK CUTI!




hahaha. silakan saja kalau rasa nak lempang budak gedik ni.

Sekarang ni dah dalam mood nak balik kampung yey! Macam good-good je kan sibuk je orang lain raya dia pun sama naik nak sibuk sama. Dahla kampung dekat je. Dekat?? 5 jam okeh!

Sebelum balik kampung kita wajib buat apa adik-adik?  

Shopping! 
Kemas Baju! 
Tidur puas-puas! 
Mandi lama-lama!

Paaaandai adik-adik semua. Semua tu betul kecuali mandi lama-lama tuh, Kejadah apa balik kampung nak mandi lama sangat? Tak mandi pun boleh balik apa. Bila datang sini balik barulah mandi dan  berendam lama-lama. Pernah berpengalaman tak mandi selama 2,3 hari? Macam mandi pagi khamis untuk pergi kerja dan jumpa skali lagi bilik mandi pun pagi ahad untuk pergi kerja. Tambah sadis kalau tiba-tiba Malaysia menang Piala Suzuki dan ahad pun jadi public holiday jadi pagi isninlah jumpa bilik air. Faham tak ni? Tak faham tak apa, yang faham jangan terasa. Eh jadi pantun pulak.

Berbalik kepada persoalan utama kita (dah boleh jadi pengacara WHI ni), sebelum balik kampung tolonglah kemas barang-barang yang perlu dibawak balik tu awal-awal. Jangan tunggu last minit setengah jam lagi nak balik baru nak kemas. Jangan tiru budak tuh. Dia pakar bab-bab dah gerak separuh jalan kena pusing balik sebab suar dalam henfon tertinggal. Disebabkan yang kita nak balik ni adalah rumah sendiri, jadi bawak barang-barang yang betul-betul perlu je sebab kebanyakannya dah ada kat rumah kan. Melainkan kalau dapat cuti panjang. Kalau cuti just 3,4 hari wat penat packing je. Oh ya kepada wanita pemalas berkerjaya, bakul baju kotor jangan lupa. Nak bawak balik bakul terus pun tak pe tapi jangan lupa tutup elok-elok bakul tu mana tahu kat tengah jalan nanti ada mamat hensem hon2 nak usha terus tak jadi bila tengok anak-anak duk melambai nak keluar dari bakul gedabak tu.

Bagi yang jarang dapat peluang balik kampung tu kalau ada duit terlebih apa salahnya shopping dulu hadiah-hadiah untuk mak abah jiran adik beradik kan? Kalau yang tiap-tiap minggu asyik muka dia je balik kampung tu tak payahlah. Boleh kalau nak beli jugak tapi pastikan hujung bulan bersedia untuk melantak plastik maggi ye. Plastik je. heh. Hadiah tu tak perlulah nak mahal-mahal. Yang biasa-biasa pun dah ok. Price is just a number.Aku pernah terdengar dalam satu forum kat TV, kalau nak bagi hadiah pada mak abah bagi pada kedua-duanya. Jangan bagi pada salah seorang. Walaupun memang mereka takkan minta atau tunjuk depan kita tapi sebaiknya cuba elakkan untuk buat mereka kecil hati. Kita semua anak yang baik kan?hehee

Kunci  semua pintu dan tutup tingkap kemas-kemas. Pastikan switch off semua lampu, kipas, plug tv dan segala plug yang ada. Plug rumah jiran tak payah rajin nak pergi tutup sama, kalau nak jugak mintak izin dulu okeh. Kalau rajin pesan-pesanlah kat jiran tetangga yang tak balik tu untuk tengok-tengokkan rumah kita. Kalau yang duduk dekat area yang ramai chinese tu untunglah sebab diorang memang tak balik. Beraya kat sini terus. Yang sibuk balik kampung biasanya golongan yang tak beraya macam aku ni hehehe.

Bagi pemandu-pemandu sekalian, pastikan tidur dan rehat secukupnya ye. Bagi yang memandu sorang diri tu haruslah double rehat dan tidur tu. Tapi janganlah tidur straight 12jam tak bangun-bangun. Agak-agak ar weh. Kalau yang jenis mata cap kambing tu (mengata dulang paku serpih), banyakkanlah minum nescaffe/kopi (amalan tak sihat) ataupun telan je serbuk kopi tu. Konfem tak mengantuk seminggu.

Last but not least (ayat kegemaran karangan BI), check kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Walaupun aku ni tak tahu menahu sangat pasal kereta2 ni tapi setakat check minyak hitam tu okla. hahaha nasihat orang macam aku ni terror sangat. Pada yang buta macam aku ni cubalah mintak tolong kawan-kawan tolong checkkan. Apa guna ada kawan kalau tak boleh dipergunakan kan? hahaha. Biasanya yang selalu orang check ialah minyak pelincir, air wiper, air dalam radiator, air bateri, keadaan tayar ok ke tak dan lain-lain (hahha kerja senangkan bagi dan lain-lain terus).

Ok, semua ni adalah pandangan peribadi aku je. Kalau ada salah/cacat kat mana-mana tu tolong perbetulkanlah. Saya kan budak baru belajar, bak galah tu nak tolong jolokkan. Dah macam lucah pulak. Tukar tukar. Saya kan budak baru belajar, jom pergi sekolah kita belajar. hahaha baik kan.

Blah ah niza.

6 comments:

areripe said...

awat cuti start lambat sangat,
cek start last week lagi.
hehe, bagi pemandu jalan raya, sila memandu dengan berhemah.
ingatlah orang tersyang.

CikKaikazie said...

hohoh mmg ah PB cuti awal..kat sini esok bru start cuti.nway hepi holiday!

parkker said...

wehhh.....kemain seronok lg nk blk kg... Bon voyage.....

Ain Atika Zailani said...

alaaa...kite dah nak habis cti dah...=(

ciknecr said...

aku suka bab mandi lama2 tuh..

CikKaikazie said...

paker:
mmg ah sonok sbb sorg.kl ramai beronok2.

ain:
heee dah back to work daaa...

elia:
kenapa suka?pernah alami?