Sunday, January 23, 2011

Kenapa aku malas nak bermukabuku?

ADA HAKU KESAH?

Yaa...aku tahu mesti ramai yang berebut nak cakap macam tu kan? Dan ya tak de sapa pun kisah kalau aku tak buka facebook hatta aku tak wujud sekalipun. *sedih*. Takpelah. Kalau tak de orang nak tahu aku cerita pada diri sendiri jelah. *Amik cermin sekarang dan mula bercakap sekarang*.

Selama bermukabuku ni pernah tak korang (baca : aku) bertindak kejam dengan meremove beberapa friend list korang? Jangan angkat tangan. Mengaku dalam hati sudahlah. Aku percaya korang mesti ada sebab tersendiri kan kenapa buat macam tu (ayat sedapkan hati sendiri). Dan janganlah buat muka terkejut pulak bila tiba-tiba korang nak skodeng account awek/pakwe idaman tiba-tiba keluar ayat "ADD AS FRIEND". Tak ke rasa nak nyanyi lagu WHAT THE FISH di situ? 

Tentunya korang akan tertanya-tanya sendirian (mestilah sendirian takkan nak tanya kawan-kawan pulak. Drop my water face u know?) kenapa mesti aku yang diremove? Kenapa? Kenapa?

Dan ini adalah beberapa faktor yang menyumbang kenapa anda meremove atau diremove di friend list di facebook. Zassss!!!

1) Update status seminit 56 kali.
Simpan 4 saat untuk garu kepala nak pikir tulis apa untuk next status. Ya, itu hak masing-masing nak update status berapa ribu kali pun dalam sehari. Tapi boleh tak jangan annoying sangat sampai nak mandi nak berak pun kena bagitau semua orang. Contoh kalau nak keluar makan. Baru 2 saat cakap NAK KUAR MKN SAT pastu MANA KUNCI KETE NIH? selang 3 saat lepas tu EH BARU INGAT AKU MANA ADA KETE LAGI HIHI dan dalam saat yang sama KENAPA AKU TAKDE PAKWE KAN SENANG NAK AJAK G MKN? dan tuan tuan boleh bayangkan situasi tu berlangsung sehingga dia keluar-cari kedai-pusing-pusing bandar-jumpa kedai-order makanan-duduk makan-balik. Bila dia baca balik mesti kagum giler status kat fb pon dah boleh buat novel tebal 5078 muka surat.

2) Like dan komen status sendiri.
Yang ni sumpah aku kesian dowh. Kau bayangkanlah dia update status pukul 3.34 petang, kelik LIKE kat status dia pukul 3.35 petang then komen balik kat status yang baru dia update tadi jam 3.36. Paling parah sekali boleh pulak dia kelik LIKE sekali lagi kat komen tuh pulak. Bukan sekali dua okeh. Tiap-tiap kali update status memang dia akan buat camtuh. Tak tahulah aku kalau tu salah satu cara dia hiburkan hati sendiri ke apa kan. Takpelah kira boleh dimaafkanlah...

3) Upload gambar makan. SETIAP KALI makan.
Breakfast*nasik lemak kosong*. Tea break kul 10 *biskut hapseng cicah milo*. Lunch *nasi putih dengan ikan kering*. Hi-tea *Bubur kacang bedal kawan punya*. Light dinner kul 7 *roti enak dimakan begitu saja*. Dinner *Megi telur*. Supper *Megi rendam air panas*.

Sengsara tau tak kawan-kawan nak menengok satu-satu gambar semua jenis makanan kau tuh. Nak sadis lagi tag gambar kat semua yang ada dalam friend list. Happy kan?

4) Update status yang bertaraf 30SXXX ke atas.
Kalau lelaki tu boleh kita cap gatal miang keladi tapi kalau perempuan yang suka tulis bab-bab dalam kain ni camne? Bab nak menarik perhatian lelaki tu satu hal, bab menganjengkan maruah sendiri tu pun satu hal lagi. Perlu ke nak bagitau semua orang yang tuuuut kau tuh gatal sebab salah guna pencuci tuuuutttt? Dan memang sah-sah la kan ramai giler siott jantan-jantan yang komen dan kau pulak boleh jawab komen2 tu tanpa segan silu. Syabbas betaji!

5) Guna ayat Myspace.
kAw PeWnaHW TewnGoks TaKs caMnew OwanG cAwKap caMnieY kAts faCeBoOK? aQew SukEW GiLeWw aWw tEWkANS2 cAPSLoCk NieYh rAseW baHaGiEw GiTeWw awwWW.

Cuba bagitau apa perasaan korang sekarang?

*muntah hijau*

Ok fine aku dah faham.

6) Upload segala macam link lagu/video
Kalau lagu tuh tengah top sekarang okla boleh diterima setakat upload satu dua. Tapi kalau 344 video dalam masa 15 minit? Penuh satu wall dengan link lagu yang rasanya hampir semua orang dah ada. Kalau nak dengar download la pastu duduk diam-diam dalam bilik dengarlah puas-puas sampai tercabut telinga tuh!

7) Update status bengang sebab bos bagi banyak giler kerja tapi boleh pulak update status selang seminit kan? Siap berbalas komen lagi hikhikhik...

8)  Tanya pendapat orang nak makan/masak apa hari ni
Sendiri punya perut takkan nak tanya orang lain kan? Okla kalau kau jawab nak variasikan makanan mana tahu kawan-kawan suggest makanan yang best2 ke kan. Tapi bila kawan-kawan dah respond siap bagi resipi lagi kau cakap tak pelah rasa nak makan benda alah ni je lagipon dah beli barang-barang nak masak benda ni pagi tadi. Wadde kan?

9) Tag kad kawin/kad hari raya/hari jadi/harimau/ bisnes duit
Dah macam trend sekarang kan main tag je kad nak jemput kawan-kawan g kenduri kawen.  Sep bajet!! Bagi aku yang tak suka berkenduri ni tak pelah tak kisah pon. Cuma kadang-kadang nampak kesungguhan nak menjemput tu dah tak de. Main tag je nama tak kira sapa-sapa pun. Sentimental value dah tak de sebab kita share kad tu dengan 50 orang plus plus lagi.  So kalau ada yang tag kad raya memang aku akan removekan nama aku termasuk yang suka tag untuk bisnes entah hape-hape tuh. Macam sengal je susun duit banyak-banyak pastu tag orang. Cari keje berfaedah sikit boleh tak?

 Dah ah banyak-banyak kang berpinar bijik mata nak baca satu-satu. Anyhow kita berhak tentukan cara kita express diri masing-masing. Ini hanyalah pendapat aku dan korang jangan risau kalau-kalau ada yang rasa dia termasuk dalam mana-mana kategori tuh aku takla kijam sangat nak remove korang, paling jahat pun hide status je hakhak. Lagipun sekarang ni aku jarang buka facebook. Setakat sign in, tengok notifications then sign out.

Loser kan?

Babai.

6 comments:

parkker said...

leh tahan cikkaikazie ni..syabass bethe..hahaha

CikKaikazie said...

syabbas inspektor sahab!

Jeepers Creepers said...

setakat ni xde lagi remove sesaper kat fb..dia nak post apa, letak gambau apa, tu hak dia..asalkan dia x menyemak kat fb aku ^_^"

ciknecr said...

kalu aku remove je orang camtu..buat wink wink je mata aku..

CikKaikazie said...

YB raz:
ye YB..what u give u get back.arini aku remove org esok lusa org remove aku huwaaa

ciknecr:
bunyi perkataan mcm dh ramai jd mangsa kejammu itu..

Imran nyambek said...

nicelah