Monday, January 10, 2011

Ana Je Layak (AJL)

Salam.

Masih dalam keadaan takde mood sebenarnya. Kenapa? Meh nak habaq sat.

Aku pasti mana-mana insan yang online facebook hari ni perasan apa yang aku perasan. Hampir semua post kat wall masing-masing semuanya berkisarkan tentang AJL malam tadi. Kan? Ada yang mengutuk keputusan juri and of course ada yang memuji. SAPE YANG PUJI TUH? MEH NAK LUKU SAT. Aku? Hanya mampu merenung skrin laptop dengan linangan air mata bercucuran membasahi dagu dan buku lali. Dahlah, semua orang tau aku menipu. sob sob sob

Tapi siyes wehhh aku sangat tak PUAS HATI dengan result semalam. Sangat berbaloi tunggu sampai habis walaupun sampai tersengguk-sengguk tertido masa Dato' CT and the gang nyanyi. Syabas kepada M.Nasir kerana berjaya membuat kelainan untuk AJL kali ni. Tahun depan sila pilih beliau lagi sebagai ketua juri dan semua orang jangan pandai-pandai nak buat ramalan-ramalan ni bagai. Kalau nak buat pun sila pilih lagu yang korang rasa paling tak layak masuk final even separuh akhir. Eh kenapa bunyi macam emo je ni?


 Kau tetap winner di hatiku.

Cuba lagi taun depan k. Kalau FT buat lagu TOLONG LEMPANG AKU SEKARANG sure menang besar tau!

Dahlah nak sambung emo sorang-sorang. Babai.


PosLaju : One of my BFF buat kelakar seram plk time orang nak emo2 nih. Dia nak tengok AJL tapi lupa tarikh dan diumpan oleh hubby dia untuk tengok drama Kum Kum. Dari awal dia dah pelik sebab selama ni hubby dia tak layan citer-citer hantu tahyul cam tu boleh pulak layan kum kum sampai abis. Dan pagi tadi baru dia dapat tau yang AJL tu malam tadi and sekarang tengah bengang dengan hubby dia. Hahahahaha sweet la dua-dua!

3 comments:

Anonymous said...

FT the hero!

Anonymous said...

ish3..kesian lak ek,xpelah cuba lg taun dpn ek

CikKaikazie said...

cik anon 1:
haruslah kan?

en anon 2:
sape kena cuba lg taun depan? u ke?hahahaha

haruslah tau anon ni cik @ en kan?cik ni aura ni lain mcm sket...