Saturday, January 15, 2011

10 jangans yang korang perlu tahu untuk first date aka blind date.

Ada beberapa perkara yang kita sebagai wanita (of course) dan lelaki (maybe) terlepas pandang tentang betapa pentingnya menjaga kelakuan / penampilan untuk first date (terutamanya blind date la kan). Walaupun hampir 70% yang ditunjukkan hari tu adalah plastik tapi tu semua bakal menjamin yang akan menyusul date ke2 ke3 dan seterusnya ngeh3.

Antaranya ialah:

1) Jangan menipu.

"don't cheat or u'll end like this!"cikgegel.

Selalu sangat kita dengar polan tu date dengan anu ni janji pakai baju sama-sama kaler pink walaupun polan muntah darah sewaktu membeli baju tu. Tapi bila tiba hari tu tiba-tiba polan datang pakai baju lain konon-konon standby senang nak lari kalau kau tak menepati ciri-ciri yang diidamkan. Tapi kalau kau cun gila babs meletops boleh pulak selamba badak gi tegur dan bagi alasan "alamak sorry ar baju pink I adik lelaki pinjam untuk jamming black metal dia." Ataupun bila keluar janji nak jumpa kat mana-mana bagitau pakai kereta apa kaler apa tiba-tiba kau call dia "u kat mana?i dah ada depan ni ha..". Dia jawab "ni i pakai volkswagen polo belakang u ni" sebab polan tu nak usha dulu kau tu cun ke tak. Berlagak tak hengat! Kau lupa eh polan yang dalam facebook kau bergambar dengan kereta kau sebesar-besar alam ada hati nak tukarkan viva ke vw polo konon!

2) First impression tu SANGAT-SANGAT penting ok? Buangkan segala barang kemas yang tergantung kat badan tu untuk first date ok. Ke ada girl yang suka tengok lelaki bersubang, berantai siap berloket, pakai bangle segala macam dah sebijik macam pokok krismas dah (dialog Heliza dalam Syurga Cinta). Tak sesuai sangat kot kan? Kalau rasa duit dah berlebih-lebih bak bawak mai boleh aku beli gelang tangan penuh sampai  bahu!

3) Jangan merokok. Walaupun anda perokok tegar yang wajib habiskan sekaton rokok sehari, cubalah untuk tidak merokok bila keluar untuk first date anda. Apatah lagi bila date partner awal-awal lagi dah bagi hint yang dia tak suka lelaki/perempuan merokok. Kalau rasa dah sangap sangat, mintalah izin untuk ke tempat ruangan merokok sebentar untuk melampiaskan nafsumu itu. Tapi ingat! Jangan sesekali merokok dalam kereta @ semasa makan. Potong stim tau tak?

4) Bila sang lelaki/perempuan dah tahu pasal ex @ exs sang date partner, janganlah spoilkan sepanjang hari tu dengan mengungkit segala kisah silam si dia dengan exs dulu. First date kot, tak payahlah gelabah sangat nak amik tahu semua. Sepatutnya hari tu masing-masing kena ambik peluang untuk kenal lebih dekat diri masing-masing bukannya bertekak siap doa konon-konon biarlah time tu terserempak dengan exs si dia biar exs tu nampak yang si dia ni dah ada awek/balak baru. Wadde?

5) Manners. Kawal nafsu makanmu itu, jangan gelojoh sangat. Baca Bismillah dulu ok?

6) Jangan desperate sangat cakap soal nikah kahwin seolah-seolah kau dah jumpa mak bapak si dia tiap-tiap hari sejak 2 tahun lepas. Kejadah apa first date nak cakap pasal berapa pasang kanopi nak pasang untuk majlis kahwin nanti, baju pengantin kaler apa, nanti anak nak panggil kau apa?dedi, mami, papi,abuya, ummi etc etc. wekkkkk nak muntah aku!

7) Kalau si dia tak sealiran minat muzik dengan kau, jangan paksa ok? Lek la bro...slow-slow. Kalau kau minat metal takkan kau nak paksa awek kau yang ayu bertudung ketawa kihkih tutup mulut nak minat metal gak kan? Agak-agak ar derr. Tapi awas! JANGAN SESEKALI KUTUK BAND/ARTIS YANG DIA SUKA K! Nak-nak kalau kau tahu yang si dia peminat jenis kipas susah mati artis tu. Memang menempah maut namanya tuh bang... Agak-agak ar nak cakap FT gua tu gay. Lu penah tengok dia comolot dengan mana-mana lelaki ke? haaa kang tak pasal-pasal dah emo ni.

8)

9)

10)

No. 8 - 10 tu korang tolong aku fikirkan k.hahaha. Btw, kepada lelaki/perempuan di luar sana yang pernah merasai pengalaman macam ni boleh share2. Sharing is caring kan? Bila dah balik dari blind date tu dan korang terus sms date partner korang untuk tanya khabar tapi dia ambik masa dekat 5 jam untuk balas satu sms walhal sebelum ni tak sempat korang sms berderet dia sms dulu, mungkin korang ada terbuat salah satu atau salah dua atau salah semua antara yang di atas ni. Dan masa tu bolehlah korang redha je pada diri sendiri dan boleh mula mencari partner blind date yang lain pula.

Selamat merenung diri.



PosLaju : Aku dah letak nuff. Tolong kelik. Terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

hati-hatilah ble brcakap tu,kan dah kne..huhuhu..cian lak ek.

AIMAN said...

tgk dari jauh ar dulu kalu blind date.. hee

areripe said...

aiman ni kat mana pun ada. haishhh!
tq, im noob yang tak pernah dating...
hehe!

CikKaikazie said...

anon:
bercakap sama dengan melintas.sebab tu orang kata hati2 di jalan raya.silap cakap kang dh kena penyek setepek kt muka.

aiman:
aah ye.pas tu lari jauh2 kl xsuka kan?

areripe:
xpernah?kna try lah but not a blind date pls.blh sakit jiwa hahah